Bachok: Muka ditekup dengan plastik, ditikam dengan senjata tajam di dada dan perut sebelum dicampak ke semak. Itu yang dilakukan terhadap empat orang dipercayai lelaki sebelum mayat mereka ditemui penduduk kampung di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, di sini, 6.30 petang tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya berlaku pergaduhan di tempat lain sebelum mereka dibunuh dengan kejam.
Katanya, berdasarkan keadaan mayat, pihaknya percaya mangsa sudah mati sekurang-kurangnya tiga hari.
“Berdasarkan kecederaan mangsa semua mangsa dibunuh dengan menggunakan modus operandi yang sama ditekup muka dengan plastik sebelum ditikam di dada, perut dan beberapa bahagian badan.
” Berdasarkan kesan calar di bahagian badan mangsa kita percayai berlaku pergaduhan sebelum mangsa dibunuh oleh lebih dari seorang suspek,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, setakat ini identiti, jantina, warganegara, dan bangsa masih belum dikenal pasti.
” Bagaimanapun salah seorang mangsa mempunyai tatu di lengan kanan.
” Kita percaya kejadian ini dipercayai salah faham, dendam lama yang mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini,” katanya.
Menurutnya semua mayat dibawa ke Hospital Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk bedah siasat
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber : Kekita Media Network
Sumber: jubahsemalam
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment