loading...
Showing posts with label Heboh!. Show all posts
Showing posts with label Heboh!. Show all posts

Wednesday, 19 April 2017

'Kalau abang nak kahwin lagi, tunggu selepas saya bersalin & kemudian kita berpisah'



Salam KRT, tolong post, perlukan pandangan kalian semua. 

Saya dan isteri sudah ada masalah sejak setahun lebih yang lalu. Semuanya gara-gara tekanan belum ada rezeki anak sejak berkahwin empat tahun lalu dan keluarga saya sendiri yang banyak memberi tekanan. Disebabkan masalah ini, saya mahu berkenalan dengan perempuan lain dan memang ke arah nak berkahwin. 

Disember tahun lalu selepas saya keluar dari rumah isteri dan berbincang dengan ibu bapa, saya ambil keputusan untuk berpisah dengan isteri. Hujung bulan lalu saya pulang ke rumah isteri dan terkejut mendapat tahu yang isteri saya disahkan sudah mengandung 6 bulan sejak Disember lalu. Dia tak pernah beritahu saya tentang hal ini dan saya dah jadi seperti polis menyoalnya dengan bermacam-macam soalan. 

Saya sedar, walaupun kami bergaduh dan tak sehaluan, saya masih sentuh dia. Isteri saya memang berbeza dengan perempuan yang saya kenal sekarang di mana perangainya degil, garang, tegas dan berdikari. Mungkin sebab dia datang dari keluarga bpercah belah yang menjadikan dia seperti itu pada hari ini. Dan girlfriend saya yang sekarang ini, lembut, hati tisu sikit. ciri-ciri wanita terakhir. 

Bila saya dapat tahu isteri saya mengandung, perasaan saya bercampur. Jujur saya gembira bila mendapat tahu dia mengandung walaupun saya terkilan sangat dia tak beritahu saya. Sempatlah kami bergaduh sejam dua dan akhirnya saya tidur di depan dan dia tidur di dalam bilik. 

Saya perasan banyak perubahan pada isteri semenjak dia mengandung. Dia dah pakai tudung, sembahyang pun dia jaga. Kadang-kadang saya nampak dia baca surah. Saya pun perasan isteri dah montel. Kejap-kejap makan, seluar jeans pun dah tak muat dan tak pakai. Berjalan pun perlahan saja. Cuma satu saja yang tak berubah. Mulut memang tak boleh kawal kalau menjawab. 

Tapi ayah ada beritahu, isteri dengan saya seperti buku bertemu ruas. Orang lain asyik kena beralah dengan saya. Tetapi isteri saya memang tak bagi peluang pada saya. Saya tak pasti apa maksud ayah. Kami tak sesuai ke bersama? 

Saya beritahu keluarga tentang keadaan isteri, mak dan ayah terkejut terutamanya mak seperti tidak percaya. Tetapi ayah teruja dan nak jumpa isteri saya. 

Sepanjang perkahwinan kami yang naik turun ini, ayah tak pernah komen atau berat sebelah. Hanya diam sehaja. Saya jujur dengan girlfriend saya dan dia menangis dan kata isteri saya hanya nak menganiaya saya. Mula-mulanya memang saya nak percaya apa yang keluarga saya katakan. Mak, adik dan girlfriend saya serang isteri saya semasa saya outstation ke Kedah awal bulan baru-baru ini. Mujur ayah saya ada dan tolong selamatkan keadaan. 

Baru-baru ini saya berbincang dengan isteri. Dia tanya apa yang saya mahu dan kenapa saya balik. Saya beritahu dia tentang keadaan saya sekarang, tentang girlfriend saya. Isteri izinkan saya berkahwin lagi tetapi selepas dia sudah selamat bersalin. Selepas itu kami akan berpisah. Isteri kata, bawa saja surat permohonan kahwin lagi. Kalau perlukan tandatangan dia, dia akan tandatangan. 

Saya dapat rasakan isteri saya menahan air mata dan hati dia. Saya tak tahu dari mana dia dapat kekuatan setiap hari. Saya tanya dia, kenapa mudah sangat dia melepaskan saya? Dia kata, saya yang sudah lama melepaskan dia. 

Sejak saya balik ke rumah isteri, bila tinggalkan dia seketika, saya asyik teringat pada dia. Risau, dah makan ke? Baby okay ke? Boleh ke memandu? Saya cuba nak berbaik semula dengan isteri tetapi dia cuba menjauhkan diri. Saya rasa macam dia sudah tiada hati pada saya. Salah ke saya cuba nak berbaik? Gagal ke saya sebagai seorang suami? 

Saya beritahu girlfriend yang isteri benarkan saya berkahwin dengan dia. Tetapi dia pula tidak mahu berkongsi dan meminta saya memilih dia atau isteri. Mak pun dah macam orang gila, tuduh isteri saya mengandung anak lelaki lain. Ayah pula teruja sangat nak dapat cucu. Kalau jalan-jalan di mall dengna mak, singgah atau tengok-tengok/beli barang baby, mak marah-marah saya. Gagalkah saya? 

Ramai Simpati Kena Tinggal, Ini Komen Balas Radin Tentang Hubungannya Dengan Ayda Jebat

Ramai Simpati, Ini Komen Balas Radin Tentang Hubungan Dengan Ayda Jebat 



Radin merupakan penyampai Radio Era FM yang sebelum ini dikaitkan dengan penyanyi, pelakon popular Ayda Jebat.

Kini Ayda Jebat dikaitkan pula dengan pelakon kacak Redza Rosli dan rata-rata mengandaikan hubungan Ayda dengan Radin kini sudah berakhir.

Banyak juga para peminat yang bersimpati dengan nasib Radin apabial hubungan mereka dikatakan tidak berjaya.

Namun Radin memberitahu dia tidak patah hati apabila Ayda Jebat kini dikatakan sedang rapat dengan Redza.

Sebagai kawan dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayda Jebat.

Ini komen Radin:

"Saya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta.

"Jadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka," 


"Memang ramai yang komen kasihankan saya bila keluar berita berkaitan Ayda, tolong jangan kasihankan saya. Saya baik-baik sahaja.


"Kamu baru sahaja bertemu beberapa hari lalu dalam sebuah majlis.


"Saya akui ada peminat yang suka dan mahu melihat kami bersama tapi kenyataannya mereka perlu bezakan antara kerja dan peribadi,"


Itulah penjelasan dari pihak Radin tentang Ayda Jebat.


Sumber: beritamemey

Ini Foto Wajah Comel Anak Sulung Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah

Ini Foto Wajah Comel Anak Sulung Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah


Pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana telah selamat menerima kehadiran cahaya mata lelaki pagi semalam.

Bayi lelaki sulung itu dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram di Pusat Perubatan Pantai Bangsar kira-kira jam 6.30 pagi.

Nama yang dipilih oleh pasangan ini memang amat sedap iaitu Syaikhul Islam Mohd Shamsul.

Ini komen Syamsul:

“Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang Islam yang ikhlas wahai Syaikhul Islam Bin Mohd Syamsul. Marhaban ya Syaikhul Islam. Terima kasih isteri, Puteri Sarah Liyana,”

Di laman IG, para peminat menyatakan kegembiraan dan turut meraikan berita terkini itu dengan memberikan ucapan tahniah sempena kelahiran anak sulung mereka.

Dalam masa yang sama Syamsul Yusod turut berkongsikan sedikit wajah anak lelakinya itu.

Ini foto wajah anak mereka berdua:


Untuk pengetahuan semua, Syamsul dan Puteri Sarah telah bernikah pada Mac 2014.

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga kehadiran anak menceriakan hari mereka.
......

Ini sedikit tips untuk mudah mengandung secara saitifik

Jom baca:

7 tips for getting pregnant.

1) Do get a preconception checkup. ...
2) Do get to know your cycle. ...
3) Don't worry about the best positions for getting pregnant. ...
4) Do lay low right after 'together'. ...
5) Don't overdo it. ...
6) Do de-stress any way you can. ...
7) Do live a healthy life.

Sumber: beritamemey

20 buah bot nelayan Vietnam curi hasil laut di perairan Malaysia


KUALA TERENGGANU - "Inilah punca banyak unjam-unjam nelayan, lubuk-lubuk karang, lopak-lopak dan hasil laut habis dikaut oleh bot pukat tunda ganding Vietnam" demikian persoalan Mie Ngail yang memuat naik video beberapa buah bot nelayan didakwanya milik nelayan Vietnam. 

Menurut Mie Ngail, video itu baru dirakamnya pada 18 April, jarak 30-40 batu nautika dari Kuala Terengganu dan beliau menganggarkan lebih kurang 20 buah bot nelayan Vietnam yang sedang rakus mencuri hasil laut di perairan negara dengan menggunakan pukat tunda. 

"Lihatlah video-video yang dirakam, begitu banyak kapal pukat tunda Vietnam sedang rakus menunda secara beramai-ramai di perairan negara kita. Dua buat kapal sekali tarik. 

"Inilah punca hasil laut kita habis dikaut oleh mereka." tulisnya. 







Video yang dimuat naik itu telah dikongsi sebanyak 523 pengguna Facebook dan netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu. - The Reporter

Lelaki Ini Belanja Ibu Yg Tak Cukup Duit Beli Nasi, Apa Yg Terjadi Lepas Itu Buat Lelaki Ini SAYU !!!

Lelaki Ini Belanja Ibu Yg Tak Cukup Duit Beli Nasi, Apa Yg Terjadi Lepas Itu Buat Lelaki Ini SAYU !!! | Erti bersyukur. Nak kongsi satu cerita, kisah ketika masih HO di Hospital Melaka. Sempat curi masa untuk ke kantin hospital, semasa ingin bayar di kaunter akak yang beratur depan saya pun ingin bayar.
 
Tengok akak tu ambil untuk bungkus, dua bungkus nasi ada kuah dan telur masin setengah biji setiap satu. Masa akak tu nak bayar, macam terkorek-korek dompet nak cari duit syiling.
Saya tanya: “Akak takde duit kecil ke…”
Akak tu jawab:
“Eh sorry doktor… tak tahu pula bekas makan ni kena charge..tak cukup duit pula…”
Akak tu cakap dengan cashier:
“Dik… saya letak balik telur masin ni…”
Saya tahan akak tu…
“Takpe kak… saya bayar baki tu…”
“Akak makan ayam kan? Saya bayar sekali dengan dua ketul ayam goreng… akak gi tambah ayam…”
Entah macam mana hari tu tersemangat pula nak belanja orang.
Akak tu terus tersenyum gembira.
“Terima kasih doktor… dekat wad tolong orang… dekat kantin pon tolong orang…”
“Takpe la kak… rezeki akak.”
Selepas membuat pembayaran saya terus bergerak ke wad, ternampak akak tadi bawa bungkusan nasi tadi ke suatu pondok rehat di kawasan hospital.
Terdengar jeritan budak-budak..
“Yeay ade nasi!!!”
Ada empat anak anak menyambut akak tadi di pondok… dan ada seorang mak cik yang agak berumur duduk sekali. Langkah saya terhenti, dua bungkus nasi je?… Hati saya menjadi sangat sayu…
Saya kembali ke kantin beli empat bungkus nasi ayam dan berikan kepada akak tersebut. Riuh rendah pondok tersebut. Seronok melihat anak anak akak tersebut makan.
Akak tu menyatakan dia datang melawat suaminya yang sedang dirawat kerana eksiden motor dan ibu mertuanya datang sekali kerana teringin benar nak tengok anaknya di hospital. Saya tanya bagaimana datang ke hospital, akak tu jawab ada jiran hantar.
Saya tanya lagi, nanti akak nak balik macam mana?.. Tunggu jiran dia ambil lepas jiranya habis kerja. Kelihatan mak mertuanya yang sudah berumur. Saya berikan sedikit duit untuk akak tadi untuk pulang naik teksi. Jenuh akak tadi berkeras tidak mahu ambil, tapi saya paksa juga..
Saya pulang ke wad dengan perasaan bercampur baur…Gembira kerana dapat menolong… tapi sedih mengenang nasib akak tadi… Masih ramai rakyat Malaysia yang hidup begitu…
Pengajaran yang saya ingin kongsikan:
1) Prihatin pada orang sekeliling.
2) Cubalah membantu apa yang termampu.
3) Sentiasa bersyukur. Lihat apa yang ada, bukan apa yang masih tiada.
4) Bekerja bersungguh sungguh untuk memajukan negara supaya boleh membantu semua orang.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post Lelaki Ini Belanja Ibu Yg Tak Cukup Duit Beli Nasi, Apa Yg Terjadi Lepas Itu Buat Lelaki Ini SAYU !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber: malaysiakinii

Pengasuh pukul, campak & biar anak² asuhan kesejukan dalam kolam kerana tak puas hati dibayar gaji murah



Jam 2 pagi, masih tak dapat lelapkan mata. Asyik teringat kejadian petang tadi. 

Saya bawa anak riadah di kolam mandi bawah flat saya di Taman Len Sen, Cheras. Ada seorang wanita ini, dia bawa empat orang kanak-kanak. Paling besar, umur lingkungan dalam 6 tahun. Yang kecil perempuan dalam 2 tahun. 

Dia marah budak-budak itu. Yang kecil dipukul sebab nak buka pampers. Siap buka, terus dia campak saja ke dalam kolam itu, sekali dengan seorang lagi budak. Allahu, apalah salah budak-budak itu. Kalau kau tak puas hati bayaran, bawa-bawalah berbincang. Jangan pukul budak-budak. 

Saya tak berani nak sampaikan hal itu pada mak budak-budak terbabit sebab orang di sini jenisnya bawa hal masing-masing. Nanti mak budak-budak itu boleh ke percaya cakap saya? 

Sebelum balik, anak dia terjun sekali lagi ke dalam kolam dan air terpercik lalu terkena si adik. Akibatnya, si anak ditampar dan dibelasah bagai nak rak, sampai saya terpaksa menenangkan dia. Di depan orang ramai dia berani buat begini. Di rumah? Tak tahulah apa nasib budak-budak itu. 

Saya menahan geram tengok. Dalam hati teringin sangat nak bertanya, kenapa buat anak-anak begitu? Akhirnya dapat juga tanya. 

Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun, yang perempuan berusia 2 tahun itu adalah anak yang diasuhnya. Dua orang lagi adalah anaknya sendiri yang masing-masing berusia 4 dan 6 tahun.

Dia asyik-asyik marah dan pukul budak-budak itu. Dua beradik yang diasuhnya, dibiarkan kesejukan dalam kolam. Anak dia, pandai pula dia bawa keluar sebab sejuk. 

"Kasihan budak-budak itu kesejukan," saya kata. 

"Biarlah, nak sangat mandi. Lagipun mak dia bayar upah murah sangat," kata wanita itu. 

Saya cuma dapat tahu yang ibu dua beradik itu kerja di HUKM, waktu pejabat (bukan shift) dan biasa pakai baju hijau. Harap sangat-sangat mak budak-budak itu ada dalam group Kelab Ibu Mengandung Malaysia. 

Di depan saya, dia (pengasuh) pukul anak-anak awak. Di belakang orang, mungkin lagi teruk rasanya. Kasihan dengan anak-anak awak. Nak jumpa awak depan-depan, takut jadi hal lain. Silap-silap awak tak percaya saya. 

Kepala saya masih terbayangkan insiden itu. Sampai sekarang tak dapat nak lelap fikirkan nasib budak-budak itu. 

Wanita Ini Disahkan Meninggal Dunia. Selepas 24 Jam Dikebumikan Apa Yg Jadi Slps Itu MENGEJUTKAN !!!

Wanita Ini Disahkan Meninggal Dunia. Selepas 24 Jam Dikebumikan Apa Yg Jadi Slps Itu MENGEJUTKAN !!! | Kematian adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan akan berlaku kepada semua manusia tak kira cepat atau lambat.

Apabila kita kehilangan seseorang yang penting dalam hidup buat selama-lamanya, ia adalah seumpama menerima tamparan yang hebat kepada realiti kehidupan yang akan dihadapi pada masa akan datang.

Pemergian seseorang boleh membuatkan kita berada dalam keadaan yang tidak menentu. Marah, sedih, tekanan, penafian realiti, harapan sebelum akhirnya kita mula menerima ketentuan takdir.

Keadaan-keadaan yang telah disebutkan di atas dialami oleh Rudy Gonzalez yang berasal dari Honduras. Lebih teruk lagi, dia dikatakan mendengar suara isterinya dari dalam kubur.

Si isteri yang bernama Neysi Perez dikatakan tidak sedarkan diri selepas mendengar beberapa bunyi das tembakan ketika terjaga pada waktu malam untuk menggunakan tandas yang terletak di luar rumah.

Neyes dipercayai mengalami serangan panik ketika terkejut dengan bunyi tersebut ditemui rebah di lantai dengan mulut yang berbuih. Kedua-dua ibu bapanya yang melihat keadaan Neyes pada ketika itu menyangkakan anak mereka dirasuk oleh makhluk halus lantas memanggil paderi untuk melakukan upacara menghalau hantu.

Akan tetapi, Neysi tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika upacara tersebut dijalankan. Mereka membawa Neysi ke hospital dan selepas tiga jam, dia disahkan telah meninggal dunia oleh doktor. Apa yang lebih menyedihkan adalah berita tentang kandungan berusia tiga bulan di dalam perut Neysi.

Keluarga Neysi menyarung gaun perkahwinannya ketika upacara pengebumian.

Sehari kemudian, suaminya Rudy Gonzalez telah pergi melawat kubur isterinya di La Entrada dan pada ketika itulah, dia mula mendengar bunyi-bunyi yang sangat mengejutkan! Bunyi tersebut adalah bunyi jeritan dan dentuman daripada dalam kubur tersebut.

“Sebaik sahaja saya meletakkan tangannya pada kuburnya, saya boleh mendengar bunyi-bunyi aneh di dalam. Saya mendengar bunyi ketukan, suaranya meminta pertolongan tetapi sudah lebih 24 jam dia dikuburkan. Saya seolah-olah tidak percaya. Saya berasa sangat gembira dan berharap bahawa dia masih hidup,” ujar Rudy kepada Primer Impacto.

Jesus Villanueva, penggali kubur turut menyatakan bahawa dia mendengar bunyi daripada kubur tersebut.

“Saya cuba meyakinkan diri bahawa jeritan tersebut datang daripada tempat lain. Saya tidak pernah terfikir bahawa ada orang yang masih hidup ditanam di sana”.

“Pada tengahari itu, suaminya datang kepada saya dan merayu supaya saya mengeluarkan isterinya yang masih hidup. Tidak beberapa lama kemudian, keluarganya datang dan mula memecahkan tembok kubur tersebut sambil menjerit memanggil nama Neysi,” tambah penggali kubur tersebut.

Menurut sepupu kepada Neysi iaitu Carolina Perez;

“Sebaik sahaja Neysi dikeluarkan, saya meletakkan tangan saya pada badannya. Saya hampir pengsan kerana dapat merasakan kehangatan pada badannya. Pada dahinya terdapat beberapa kesan calar dan lebam pada jarinya. Ia kelihatan seperti dia cuba untuk melepaskan diri daripada keranda tersebut sehingga mencederakan dirinya”.

Maria Gutierrez, ibu kepada Neysi percaya bahawa anaknya ditanam hidup-hidup.

Dia turut menyalahkan pihak hospital yang menyatakan kematian anaknya tanpa melakukan pemeriksaan teliti.

“Doktor mengesahkan kematiannya tetapi kami semua tidak merasakan Neysi sudah mati. Dia tidak kelihatan seperti orang yang telah meninggal dunia. Walaupun sehari selepas dikuburkan, warna kulitnya masih lagi kelihatan normal, mayatnya tidak berbau dan dia kelihatan seperti sedang tidur nyenyak”.

“Badannya tidak sejuk dan tidak kaku jadi tidak mungkin dia telah lama meninggal dunia. Kami sangat gembira kerana walaupun selepas disahkan telah meninggal dunia, kami berharap akan dapat berita gembira dengan menggali semula kuburnya,” ujar ibu Neysi.

Neysi yang masih berada di dalam kerandanya telah dibawa ke hospital berdekatan yang terletak di San Pedro Sula.

“Seluruh keluarganya bergegas masuk ke hospital dan hampir merobohkan pintu masuk tersebut. Saya meminta mereka untuk mengeluarkannya dari keranda dan letakkan pada katil. Mereka menyatakan bahawa Neysi masih hidup jadi saya lakukan segala prosedur yang perlu,” ujar Dr. Claudia Lopez.

Menurut doktor tersebut, berlaku kemungkinan di mana jantung Neysi telah berhenti berdegup ketika serangan panik berlaku. Hal itu menyebabkan badan Neysi kehilangan fungsi-fungsinya walaupun sebenarnya masih hidup.

Namun begitu, sedang Dr. Lopez melakukan pemeriksaan ke atas mayat wanita tersebut, dia mendapati bahawa Neysi sudah pun meninggal dunia. Lebih tragis lagi, Neysi mungkin meninggal akibat asphyxia atau kesesakan nafas kerana kekurangan oksigen di dalam keranda yang tertutup itu.

Akur dengan kejadian tersebut, keluarganya membawa mayat Neysi kembali ke kawasan perkuburan.

Sumber: Era Baru

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

 

The post Wanita Ini Disahkan Meninggal Dunia. Selepas 24 Jam Dikebumikan Apa Yg Jadi Slps Itu MENGEJUTKAN !!! appeared first on HARIAN METRONI.



Sumber: harianmetroni

Terkejut Anak Murid Bawa ‘Kotex’ Ke Kelas

Bagi sesetengah ibu bapa, tak ada masalah untuk membeli keperluan anak-anak sekolah. Namun ada juga segelintir ibu bapa yang tidak mampu memberi segala yang diperlukan untuk anak-anak belajar.

Itulah yang berlaku pada seorang guru, Syafaat Nasir, yang terkejut apabila salah seorang anak muridnya membawa ‘kotex’ ke sekolah.

Bagaimanapun, isi dalam di dalamnya bukanlah seperti yang kita semua sangka. Menurut guru terbabit, sebaik sahaja dibuka, dia mendapati terdapat alatan mewarna di dalamnya.

“Terkejut tengok anak murid bawa dalam kelas. Bila check, rupanya dalam ada color pencils. Takpa la. Janji boleh letak color pencils leklok.” tulisnya.

Kejadian sedih itu dikongsi oleh guru tersebut di akaun Twitter miliknya.

Guru berkenaan kemudian menghadiahkan pelajar tersebut sebuah kotak pensil baru dan satu beg kecil untuk menyimpan pensil warnanya.

“Haaaa pencil box dan color pencils box baru. Nasib baik ada stok hadiah pertandingan lebih haritu. Parents jangan tak sensitif sangat ya!” tulis Syafaat.

Kata Syafaat juga, selepas kejadian sedih itu dikongsi kandi Twitter, orang ramai mula menghubunginya untuk menyumbang.

“Laju gila orang whatsapp gua nak bagi sumbangan color pencils baru untuk students gua. Baik betul hati. Murah rezeki la semua!”.

Ini sekaligus menunjukkan betapa pemurahnya orang Malaysia. Syabas semua!

The post Terkejut Anak Murid Bawa ‘Kotex’ Ke Kelas appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage

Serah Wang RM62,000 Yang Dijumpai Untuk Tunjukkan Contoh Baik Pada Anak-Anak

Ohio: Seorang lelaki memulangkan semua wang sebanyak $14,000 (RM62,000) yang ditemuinya bagi menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak.

Memetik NY Times, Jake Bowers menemui wang itu pada 8 April di jalanan ketika sedang memandu bersama keluarga ke taman.

Pada mulanya dia terlihat satu beg di tepi jalan dan menyangka laptop seseorang di dalamnya. Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat beg itu sebenarnya penuh dengan duit kertas $100.

Jake mengambil beg itu dan membawa ke balai polis berdekatan sebelum diserahkan kepada pemilik asal.

Menurut laporan polis, pemilik wang itu membawa wang terbabit ke sebuah kedai menjual kereta namun tidak jadi untuk membeli. Dia memberitahu polis bahawa dia mungkin tertinggal di atas kereta sebelum memandu pergi.

The post Serah Wang RM62,000 Yang Dijumpai Untuk Tunjukkan Contoh Baik Pada Anak-Anak appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage

TERKEJUT. Bakal Suami Pengsan Sebelum Akad Nikah Selepas Bakal Isteri Berterus Terang Tentang Dirinya !!!

TERKEJUT. Bakal Suami Pengsan Sebelum Akad Nikah Selepas Bakal Isteri Berterus Terang Tentang Dirinya !!! | Satu kiriman yang kami terima daripada seorang yang dirahsiakan identitinya itu telah mengirimkan kepada kami mengenai satu kes dimana seorang bakal pengantin lelaki telah jatuh pengsan selepas mengetahui hal sebenar mengenai status bakal isterinya itu.

Gambar Hiasan

Kisah ini hanyalah sekadar satu perkongsian saja. Lihat dan baca apa yang terjadi sebenarnya kepada pengantin lelaki itu.

Gambar Hiasan

“Sayang…. sebelum kita nikah esok, biarlah abang berterus terang”

“Kenapa bang?”

“Lihat gambar ni”

“Siapa wanita ni bang?”

“Wanita ni sebenarnya, isteri abang. Bila kita nikah esok, sayang akan jadi isteri kedua abang”. Sayang marah tak?”

“Abang, demi cinta, sayang turutkan. Kalau itu dah suratan takdir dan jodoh sayang,sayang terima abang seadanya .

Sungguh murni kata kata mu, terharu abang. Tapi bang, sayang pun nak tunjuk gambar jugak.”

“Erkkk… gambar apa pulak ni? Siapa lelaki ni?” Abang teka lah… sayang pun macam abang jugak”

“Apaa… ni gambar bekas suami sayang ke?”

“Tak lahhh..!! Kan sayang belum pernah kahwin lagi”

“Habis tu? Gambar boyfren lama sayang?”

“Hihihihihi… Tidakkkkk… sayang cinta abang soranngggg je tau!!”

“Habis tu gambar siapa ni?”

“Tu gambar saya sebelum operate!”

“Abang….. abanggggg!!… alaahh pengsan pulak dia!!”

Lebih baik kita berterus terang sebelum keadaan lebih parah. Terpulanglah pada anda jalan mana yang terbaik buat kalian.

Kredit : KisahDuniawi

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

The post TERKEJUT. Bakal Suami Pengsan Sebelum Akad Nikah Selepas Bakal Isteri Berterus Terang Tentang Dirinya !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber: malaysiakinii

Patung 23,000 Tahun Mirip Punggung Kim Kardashian

Sekumpulan penyelidik arkeologi di Moscow menemui patung wanita yang dianggarkan berusia 23,000 tahun dengan punggung mirip selebriti terkenal, Kim Kardashian.

Patung zaman batu tua atau Paleolitik itu dijumpai secara tidak sengaja ketika proses cari gali sejarah di wilayah Bryansk, kira-kira 483 kilometer dari ibu kota Rusia, Moscow menurut laporan media tempatan pada Isnin.

Mereka dilaporkan terpegun apabila mula menyaksikan patung tersebut kerana susuk belakang tubuh badannya saling tidak tumpah seperti rupa punggung montok Kimberley West, personaliti terkenal Amerika Syarikat (AS).

Apa yang menarik, ia ditemui sekali dengan ukiran gading gajah gergasi purba atau disebut mammoth sekali gus menunjukkan manusia zaman prasejarah sudah pun membayangkan imej fantasi kecantikan punggung wanita.

Ketua pasukan ekspedisi, Dr. Konstantin Gavrilov membandingkan patung ini dengan lukisan Danae, karya terkenal artis Rembrandt Harmenszoon van Rijn mengenai susuk dewi mitologi Greek menerusi lukisannya itu pada 1636.

“Ia jelas menggambarkan seorang wanita yang agak gemuk, kakinya panjang dan kurus,” terang beliau sambil menambah, bahagian buntutnya agak besar dan cukup menonjol berbanding saiz tubuh perempuan tipikal.

Patung tersebut kemudian menjadi perhatian ramai sarjana ilmuwan atau pakar artifak purba dari Jabatan Zaman Batu di Institut Arkeologi Rusia, menurut Gavrilov sambil menyifatkan ia menggambarkan wanita itu amat subur.

Dua belahan punggung yang menonjol kembang itu menggambarkan perempuan ini agak gendut, mungkin untuk memberi gambaran wanita tersebut sedang hamil anak kembar dengan corak perut memboyot begitu besar.

Kebanyakan ahli sejarah bagaimanapun percaya patung prasejarah tersebut adalah benda yang dipakai untuk sebuah upacara khas dan ‘ritual’ keagamaan masyarakat bagi memohon kemurahan rezeki atau menolak bencana.

Kandungan patung itu umumnya diperbuat daripada tulang mammoth, kerbau bison dan batu-batu tebal, pada lapisan berusia puluhan ribu tahun di tapak arkeologi Khotylyovo-2, Rusia. – Agensi

The post Patung 23,000 Tahun Mirip Punggung Kim Kardashian appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage

Dia tak tahu kawan dia dah mati...


QUZHOU, CHINA - Gambar seekor anjing enggan meninggalkan bangkai rakannya yang telah mati di tengah jalan, mengundang rasa sayu dan simpati netizen. 

Insiden yang dirakam di Quzhou, wilayah Zhejiang, timur China itu menunjukkan haiwan juga mempunyai perasaan, di mana anjing berkenaan cuba mengejutkan rakannya tanpa mengetahui haiwan itu telah mati akibat dilanggar kereta. 

Melihat keadaan rakannya yang tiada respon, anjing itu kemudian berlegar-legar di sekitar dan menjaga rakannya itu daripada dilanggar kenderaan untuk jangka masa yang panjang walaupun pada ketika itu keadaan jalan agak sesak. Sesekali itu, dia cuba mengejutkan rakannya lagi.





Sejak gambar-gambar itu viral di media sosial, ramai netizen yang terasa sebak dan simpati, selain kagum dengan semangat setia kawan haiwan berkenaan. 

"Ini mungkin gambaran yang terbaik erti persahabatan yang sebenar," kata netizen. - The Reporter
loading...