loading...

Sunday, 21 January 2024

“Bila Nak Pregnant?” – Aisyah Hijanah Minta Semua Wanita Elak Terasa Dengan Soalan Ni

Sejak isu Aisyah Hijanah diduakan suaminya, Alif Teega, susuk tubuh influencer media sosial ini terus menjadi perhatian kebanyakan wanita kerana turut tempias dengan apa yang dilaluinya.

Tapi bukan itu yang kami nak ketengahkan, apa yang menjadi perhatian kami apabila usahawa tudung jenama Hijanah Haul memuat naik satu posting menrusi akaun instagram miliknya.

“This question is so common,” – Aisyah

Posting tersebut berkaitan tentang soalan “Dah ada isi ke? Bila nak pregnant?” yang sudah terbiasa dalam kalangan masyarakat melayu sebelum memulakan perbualan.

Menurut pandangan Aisyah, dia percaya soalan ini bukan untuk niat memerli atau menggasak para wanita mengandung tapi hanya untuk memulakan perbualan.

Dia faham soalan itu merupakan soalan sensitif bagi para wanita yang belum lagi dikurniakan zuriat tapi dia yakin, soalan itu hanyalah soalan saja selepas menimang anak.

Dalam masa yang sama juga dia pesan kepada semua orang elakkan terus mengandung selepas tiga bulan bernikah kerana bagi yang tidak mempunyai anak lagi, itu adalah ruang dan rezeki untuk meluangkan masa dengan suami.

“Isu sensitif ni ulas di balas..” – netizen

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya ramai para wanita kurang selesa dengan apa yang dicoretkan Aisyah.

“Jangan mudah koyak sangat adik-adik,” – netizen

Tapi ada juga yang menyokong apa yang dipesan oleh Aisyah kerana mereka pernah melalui fasa tersebut.

Apa pun, min doakan semua wanita yang dah berkahwin dikurniakan zuriat yang sempurna sifatnya, soleh dan solehah.

0 comments:

Post a Comment

loading...