loading...

Wednesday, 8 February 2017

AWAS! Beberapa Ekor Buaya Muncul Di Kampung Pasir Baru, Semenyih!!

Lokasi dipaya sebelah sg semenyih(belakang kubur nirvana)sekurang2nya 2ekor kelihatan sejak disedari semalam..berkemungkinan besar terlepas dari jagaan pemilik secara haram..

2nd post..
Setelah pengesahan pengecaman haiwan disahkan oleh jabatan PERHILITAN,JPAM,JBPM dan PDRM selesai,kerja2 pengepaman air paya dgn tujuan pengeringan dilakukan setelah perbincangan sesama agensi berkaitan...sy difahamkan oleh masyarakat yg tinggal berhampiran paya itu,terdapat sekurang2nya 3ekor berdasarkan saiz dan warna berbeza..semoga berjaya kpd jabatan2 berkenaan..
Sumber: Laman Facebook Syahrul Ambia

Semenyih: "Tiga puluh tujuh tahun hidup di Kampung Pasir Baru, Semenyih berdekatan Sungai Semenyih, belum pernah saya melihat buaya di sungai itu atau kawasan sekitarnya."

Demikian kata pekerja kolam pancing, Syahrul Ambia, 37, yang terkejut selepas melihat kelibat haiwan itu berjemur di paya kira-kira 50 meter dari sungai berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh pekerja warga asing Nirvana Memorial Park yang tinggal 30 meter dari paya melihat haiwan itu pada Ahad lalu.

"Jadi pada Isnin, saya ke kawasan itu dan lihat sendiri buaya berkenaan berjemur di paya antara 10 pagi hingga 12 tengah hari setiap hari sehingga hari ini sebelum menuju ke sungai," katanya ketika dihubungi.

Syahrul yang memuat naik gambar buaya itu di Facebook (FB) berkata, dia percaya kemungkinan ada pihak yang memelihara haiwan itu secara haram dan terlepas disebabkan banjir yang berlaku bulan lalu.

"Saya terkejut sebab penduduk gunakan sungai itu untuk aktiviti harian seperti memancing dan menjala termasuk kanak-kanak gemar mandi sungai.

"Tetapi bila dengar ada buaya, mereka bimbang dengan keselamatan termasuk yang menggunakan sungai untuk ke Air Terjun Sungai Tekala, 2 kilometer (km) dari sini (Kampung Pasir Baru)," katanya.

Dia berkata, setakat ini pernah melihat tiga ekor buaya berjemur tetapi kemungkinan ada lebih banyak kerana pekerja warga asing itu memberitahu anak buaya turut kelihatan sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang melakukan pemantauan di kawasan itu dan akan memaklumkan perkembangannya selepas laporan penuh diperoleh.


Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...