Tidak ada keperluan untuk menambah garam ke dalam makanan bayi. Sebagai panduan, satu per empat sudu teh mengandungi 0.53gm natrium. Bayi hanya memerlukan jumlah kecil garam iaitu kurang daripada 1.0gm (0.4gm natrium) sehari sehingga berusia 12 bulan. Pengambilan garam yang dibenarkan adalah dalam jumlah yang sangat sedikit kerana buah pinggang bayi di usia ini masih tidak matang untuk memproses sebarang garam tambahan. Sehingga usia tiga tahun, jumlah garam yang dibenarkan adalah tidak melebihi 2.0gm (0.8gm natrium) sehari.
Apabila anak anda telah mula makan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain, pastikan juga tidak menambah garam ke dalam makanannya. Ini juga akan memberi manfaat kepada ahli keluarga yang lain! Saranan pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak. Jumlah garam yang dibenarkan bagi kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ialah 3.0gm (1.2gm natrium) sehari, manakala kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun sebanyak 5.0gm (2gm natrium) sehari. Bagi yang berusia 11 tahun ke atas, saranan adalah seperti keperluan dewasa iaitu 6.0gm (2.4 natrium) sehari.
Bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun juga tidak sepatutnya diberikan makanan segera yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti biskut dan snek. Sebaliknya, pemberian makanan rendah garam seperti buah-buahan, sayur sayuran dan susu amat digalakkan.
Sumber : Majalah PA&MA







0 comments:
Post a Comment