GENAP seminggu sudah komposer terkenal, Johan Nawawi yang juga merupakan suami kepada penyanyi, Nora Ariffin, kembali ke rahmatullah. Dalam tempoh ini, pastinya Nora sedang cuba menyesuaikan diri menerima kenyataan bahawa insan yang tercinta telah pun pergi mengadap Ilahi. Mengimbas kembali detik indahnya bersama Johan, Nora sebentar tadi memuat naik gambar senaskhah kitab Al-Quran yang merupakan…
loading...
Friday, 31 March 2017
Pasangan ‘Awesome’ Hadiah Gedung Buku Borders Untuk Anaknya!
BIASANYA, apabila tiba hari ulang tahun kelahiran anak-anak, majoriti ibubapa akan berusaha sedaya upaya untuk belikan hadiah yang terbaik dan teristimewa. Lain pula dengan sepasang ibubapa ‘awesome’ ini, mereka hadiahkan anak-anak mereka gedung buku Borders yang terkenal itu! Hari ini, sedang aku belek-belek tajuk akhbar utama, mataku tertumpu pada sepasang ibu bapa yang dilaporkan dalam…
Pemuda BN Beri Minyak Percuma Hari Ini & Esok
KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) memperuntukkan sebanyak RM45,000 untuk Program Isi Minyak Percuma bagi bulan April kepada penunggang motosikal di ibu kota, Putrajaya dan Labuan. Ketua Pemuda BN WP Datuk Mohd Razlan Rafii berkata program setiap awal bulan bermula Mac lepas itu bagi meringankan perbelanjaan harian penunggang motosikal. “Kami…
Polis Kelantan Rampas Pil Kuda Bernialai RM4.7 Juta
KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas dadah dipercayai jenis pil kuda bernilai RM4.7 juta di sebuah rumah yang dijadikan pangkalan haram dekat sempadan Kelantan-Thailand Khamis lepas. Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata rampasan 474,000 biji pil kuda itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di kawasan pangkalan…
Majikan Siap Rakam, Ketawa Tengok Maid Jatuh Tingkat 7
DASAR majikan berhati kering! Seorang wanita Kuwait tergamak membiarkan pembantu rumahnya terjatuh dari tingkat tujuh tanpa menghiraukan rayuannya yang minta diselamatkan. Lebih kejam, detik penuh cemas itu dijadikan peluang untuk wanita itu merakam aksi pembantu rumahnya yang sedang bergayut di birai tingkat sebelum terjatuh. Menerusi video itu, majikan wanita itu turut kedengaran ketawa apabila melihat situasi…
Felda Wujudkan Dana Pusingan RM100 Juta
HULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mewujudkan dana pusingan RM100 juta untuk memastikan pembayaran hasil seminggu sekali kepada peneroka dapat dilakukan seperti sebelum ini. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata dana pusingan dari Felda itu bertujuan melancarkan pembayaran hasil mingguan itu sementara mendapat bayaran daripada kilang sawit. Katanya, pembayaran hasil seminggu…
Tiada Sebab Terus Tahan 3 Suspek Korea Utara – KPN
KUALA LUMPUR – Pembebasan tiga warga Korea Utara yang dikehendaki bagi siasatan berhubung pembunuhan Kim Jong Nam apabila dibenarkan meninggalkan Malaysia akhirnya didedahkan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa tiada sebab untuk terus menahan mereka bertiga yang bersembunyi di Kedutaan Korea Utara di sini setelah polis selesai merakamkan kenyataan mereka.…
Kes Tibi Di Sabah Meningkat Tahun Lepas
SANDAKAN – Sebanyak 4,953 kes Tibi dikesan di negeri ini tahun lepas, meningkat 489 kes berbanding tahun 2015 yang mencatatkan 4,464 kes, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi. Beliau berkata pelbagai aktiviti kawalan Tibi telah dan sedang dilaksanakan, bagaimanapun masih ramai penduduk di negeri ini dikesan menghidap Tibi setiap tahun. Sokongan…
Dasar Pengambilan Pekerja Korea Utara Masih Kekal
KUCHING – Pengambilan pekerja asing dari Korea Utara diteruskan mengikut tatacara sedia ada dan permintaan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat. Masir berkata seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam, hubungan diplomatik dua negara masih dikekalkan dan rakyat Korea Utara masih bebas untuk melawat negara ini, begitu juga…
Kalah Saman Kosmo, Shila Amzah Muat Naik Status ‘Pedas’
PENYANYI terkenal Shila Amzah gagal dalam tuntutannya setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam menolak samannya terhadap seorang wartawan akhbar Kosmo! dan dua pihak lagi berkenaan. Ia berhubung satu artikel yang pernah disiarkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu popular tersebut pada pada tarikh 17 September 2014 lalu. Hakim Datuk Rosnaini Saub menolak saman yang difailkan penyanyi…
Lagi 13 VIP Diburu SPRM Cuba Sogok Sultan Johor
PUTRAJAYA – Nampak gayanya seperti sudah berjangkit pula apabila kes ini tiba-tiba menjadi kes besar dan ramai bakal panas punggung kerana ia melibatkan golongan kaya dan berkedudukan. Daripada asalnya hanya seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dari Klang, Selangor, kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa memburu lagi 13 orang kenamaan di seluruh negara.…
KJ Lepaskan Larian Baton Bangkit Bersama Di Thailand
BANGKOK – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyertai Larian Baton Bangkit Bersama sempena Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN 2017 di sini hari ini. Walaupun hujan renyai, beliau menyertai rakan sejawatannya dari Thailand Kobkarn Wattanavrangkul melepaskan peserta larian sejauh 24 kilometer (km) di hadapan Stadium Tertutup Huamark di sini. “Walaupun setiap negara…
Pupuk Semangat Kesukarelawan, Cintakan Kebersihan
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melancarkan program Sukarelawan Untuk Putrajaya atau V4Putrajaya, satu inisiatif menyemai semangat kesukarelawan di kalangan komuniti dan belia setempat. Beliau berkata antara lain, program yang disertai 1,700 peserta itu juga bertujuan memperbanyakkan aktiviti dan penyertaan sukarelawan dalam menjaga kebersihan serta memelihara persekitaran, selain…
Tan Sri Md Raus Sharif Dilantik Ketua Hakim Negara
KUALA LUMPUR – Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Tun Arifin Zakaria yang mencapai tempoh perkhidmatan 66 tahun enam bulan. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan…
Lebih 500 Penduduk Hadir Program Senamrobik Esscom
LAHAD DATU – Program senamrobik Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di Kompleks Sukan Lahad Datu hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 500 penduduk setempat termasuk anggota pasukan keselamatan itu. Program sempena Sambutan Ulang Tahun ESSCom kali ke-4 itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka termasuk pertandingan tarik tali tiga penjuru dan…
Siti Nurhaliza Cerita Pengalaman Saksi Kelahiran Cucu
TAHNIAH diucapkan kepada anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Ariffin yang juga merupakan selebriti Indonesia kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung, semalam. Tya melahirkan bayi lelaki seberat 4 kg kira-kira jam 4.33 petang di sebuah hospital swasta di Ampang. Berita gembira itu dikongsi penyanyi nombor satu Malaysia, Siti menerusi laman…
Jumlah Mangsa Banjir Berkurangan Pagi Ini
IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak pagi ini berkurangan kepada 282 orang berbanding 378 orang malam tadi. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, keadaan ini berikutan mangsa banjir di pusat pemindahan surau Kelip-kelip Kampung Dew, di daerah Larut, Matang dan Selama telah dibenarkan pulang tengah malam tadi. Di daerah Kerian pula jumlah mangsa masih…
Azrel Ismail Selesa Urus Kerjaya Sendiri
PETALING JAYA -Pelakon Azrel Ismail memberitahu dia lebih selesa menguruskan kerjaya seninya sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak pengurusan. Azrel, 31, berkata, latar belakangnya sebagai seorang pegawai perhubungan awam di beberapa buah hotel terkemuka membuatkan dia mudah untuk berkomunikasi dan merancang kerjaya sehariannya. “Buat masa ini saya selesa bergerak sendiri sahaja kerana saya tahu apa…
Guru Poland Mogok Bantah Perubahan Sistem Pendidikan
WARSAW – Guru di Poland melancarkan mogok di seluruh negara semalam, membantah tindakan kerajaan mengubah sistem pendidikan yang menghapuskan sekolah menengah. Mereka khuatir perubahan ini adalah langkah awal kerajaan memperkenalkan kurikulum baharu kebangsaan yang boleh menjejaskan persediaan pelajar untuk melangkah ke dunia moden. Penambahbaikan sistem pendidikan itu menjadi punca pertelagahan antara Parti Kehakiman dan Undang-Undang…
Sharnaaz Ahmad Sah Bergelar Suami Noor Nabila
TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Shaznaaz Ahmad dan Noor Nabila yang kini telah pun selamat bergelar suami isteri, kira-kira jam 9.15 malam tadi. Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Bin Hj. Mohd Supri dengan sekali lafaz. 31.03.17 [#ISTAUPDATE] The Solemnization of Sharnaaz & Nabila #SharnaazxNabila Sharnaaz’s…
Salman Khan Adakan Konsert Di Malaysia Selepas Sedekad
KUALA LUMPUR – Selepas hampir 10 tahun, superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 14 April ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) dekat sini. Pelakon dan penerbit dari India berusia 51 tahun yang sering membawa watak utama dalam beberapa filem seperti Sultan, Dabang dan Bajrangi Bhaijaan dijangka akan memberikan…
Tentera Bunuh 10 Pemberontak Komunis
MANILA – Tentera Filipina bertempur dengan pemberontak komunis berhampiran bandar General Nakar menyebabkan 10 gerila dan dua askar terbunuh, kata pegawai semalam. Jurucakap tentera, Rhoderick Parayno berkata, askar Filipina tidak mengambil mayat pemberontak berkenaan tetapi saksi mengira terdapat 10 gerila terbunuh. Menurutnya, satu unit askar bertempur dengan kira-kira 30 pemberontak komunis di General Nakar yang…
Lembu Diberi Minum Bir Untuk Peroleh Daging Lebih Lembut
CHIMAY (Belgium) – Seorang penternak di sini memberi lembu ternakannya meminum empat liter bir setiap hari, kononnya ia boleh menyedapkan lagi daging haiwan itu. Hugues Derzelle berkata, dia mendapat idea untuk berbuat demikian selepas membaca kisah pengeluar daging di Kobe, Jepun, menyanyi dan memberi haiwan ternakan mereka minum bir. Walaupun cerita di Jepun itu hanya…
Remaja Godam 4,600 Laman Sesawang
JAKARTA – Seorang remaja berusia 19 tahun ditangkap polis kerana menggodam lebih 4,600 laman sesawang dan sistem komputer termasuk milik kerajaan sejak setahun yang lalu. Remaja itu dikenali sebagai Haikal dan tidak bersekolah juga didakwa mencuri tiket penerbangan dalam sebuah laman sesawang menjual tiket dalam talian, tiket.com. Menurut Tribunnews.com, tindakan itu menyebabkan syarikat itu mengalami…
4 Lelaki Dipercayai Hilang Di Gunung Panti
JOHOR BAHRU – Empat lelaki dipercayai sesat di Gunung Panti, Kota Tinggi, petang semalam. Ketua Zon Kota Tinggi Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata pihaknya menerima laporan kehilangan mereka pada 6.02 petang semalam. “Kenderaan yang dipercayai kereta mangsa jenis Perodua Kelisa dijumpai berdekatan air terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Operasi mencari dan menyelamat…
Lelaki Mati Lemas Ketika Mandi Di Pantai Kemayan
BACHOK – Seorang lelaki ditemui mati lemas manakala anak saudaranya yang berusia tujuh tahun hilang ketika mandi di Pantai Kemayan di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu Mohd Shamsure Mat, 37, yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu ditemui lemas oleh orang…
M’sia, India Adalah Pemimpin Orde Baharu Yang Sedang Muncul Di Asia
NEW DELHI – Oleh kerana Malaysia dan India sudahpun diiktiraf sebagai orde baharu yang sedang muncul di Asia dan di dunia, kedua-dua negara perlu bekerjasama dengan lebih rapat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata mereka perlu terus bekerjasama bagi membina masa depan yang berdasarkan kepada kestabilan, kemakmuran dan saling memahami sebagai paksi…
Najib Tiba Di New Delhi
NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini dari Chennai pada Jumaat, untuk memulakan bahagian kedua lawatan rasmi enam harinya di India. Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Stesen Tentera Udara Palam di sini kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (8.30 malam waktu Malaysia).…
Najib Pelawa Rajnikanth Buat Penggambaran Sekuel Kabali Di M’sia
CHENNAI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mempelawa bintang filem Tamil, Rajnikanth, untuk membuat penggambaran sekuel filem Kabali di Malaysia. Katanya perkara itu disampaikan dalam pertemuan beliau dengan pelakon dan pengarah popular itu, yang nama sebenarnya Sivaji Rao Gaekwad, di sini hari ini. Najib berkata tawaran itu antara strategi untuk…
Pandelela-Nur Dhabitah Terlepas Pingat Di Kazan
KUALA LUMPUR – Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, terlepas pingat acara 10m platform seirama Siri Terjun Dunia FINA Ketiga di Kazan, Rusia, pada Jumaat. Untuk siri kali ini yang berlangsung di Kazan Aquatic Palace, Pandelela yang bergandingan buat pertama kali dengan Nur Dhabitah, menduduki tempat keempat selepas memperolehi 283.02 mata. Acara…
Tiada Perang Harga Petrol & Diesel
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan tiada perang harga petrol dan diesel seperti yang tular di media sosial, dan menganggapnya sebagai satu penipuan. Pengarah Penguat Kuasa Datuk Mohd Roslan Mahayuddin berkata sejak pengumuman harga baharu petrol dan diesel bagi pelaksanaan harga secara mingguan pada Rabu, pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNKK bertindak…
Ular ‘Haus’ Masuk Kampung Rayu Minta Air
NEW DEHI – Seekor ular tedung selar jenis King Cobra sepanjang hampir empat meter, berasa kehausan akibat kemarau dan memutuskan untuk masuk kampung. Memang satu senario ngeri. Namun ia tidak diapa-apakan oleh para penduduk desa itu malah reptilia itu juga tidak ‘mengamuk’, sebaliknya, ia dibantu sekumpulan orang kampung yang baik hati apabila akhirnya diberi minum dari sebotol…
Kejayaan Bawa Balik Rakyat Malaysia Bukit Keprihatinan Najib, Kerajaan
MELAKA – Kejayaan membawa pulang sembilan rakyat Malaysia dari Korea Utara adalah bukti keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan kepada rakyat, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Beliau berkata usaha itu dicapai dengan pengurusan dan pentadbiran sistematik dilaksanakan kepimpimpinan Najib, sekali gus menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia untuk membawa…
Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara
PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bersara wajib hari ini setelah berkhidmat selama 25 tahun dalam badan kehakiman negara. Sempena persaraannya itu, Arifin berkata beliau telah melaksanakan empat janji yang dibuatnya semasa dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Ke-13 pada 12 Sept 2011. Empat janji itu adalah menjadikan mediasi sebagai komponen teras dalam sistem…
Tinggi Hutang Luar Negara Bukan Bermakna Bankrap
BAYANGKAN menurut statistik rasmi kerajaan Singapura, hutang luar negeri republik itu pada akhir Februari 2017 ialah S$1.744 trilion – bersamaan kira-kira RM5.5 trilion – atau RM5,500 bilion. Peliknya baru-baru ini, pihak pembangkang di Malaysia menyebarkan kebimbangan tidak berasas kononnya hutang luar negeri kerajaan negara kita telah meningkat berkali-kali ganda sehingga mencecah kepada RM908.7 bilion. Kelakarnya…
Halang Polis Jalankan Tugas, Juruteknik Didenda RM1,800
PETALING JAYA – Seorang juruteknik didenda RM1,800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, empat hari lepas. Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Vengadarajah, 43, kerana dengan sengaja menghalang seorang anggota polis daripada menjalankan tugasnya untuk membuat pemeriksaan di parkir motosikal Blok B,…
Penganggur Direman Seminggu Kerana Disyaki Edar Dadah
KOTA TINGGI – Seorang penganggur berumur 38 tahun direman tujuh hari berikutan polis menemui sejumlah dadah di dalam kereta yang dipandunya selepas terlibat dalam kemalangan di Batu Ampat, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata lelaki beralamat di Felda Sungai Sibol, Kota Tinggi itu memandu berseorangan kereta jenis Ford Laser…
M’sia Tidak Putuskan Hubungan Dengan Korea Utara
CHENNAI – Malaysia tidak memutuskan hubungan dengan Korea Utara setelah republik itu memenuhi tuntutan-tuntutan yang ditetapkan dalam proses rundingan sehingga membawa kepada pelepasan sembilan rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Pyongyang sejak lebih sebulan lepas. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun berdepan kesukaran namun penyelesaian yang dicapai berjaya memenuhi dua objektif rundingan…
Staf MB Selangor Lama Tak Payah Pulang Duit
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi memutuskan tujuh bekas staf Menteri Besar Diperbadankan (MBI) di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu pulangkan pampasan RM2.7 juta diterima pada 2014. Menurut laporan media, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam keputusannya itu pada Jumaat mendapati bahawa bayaran tersebut dibuat mengikut peraturan berdasarkan kepada Enakmen MBI…
RTM Lancar TV5 Rai Ulang Tahun Ke-71
MENJELANG pelaksanaan pendigitalan sepenuhnya semua siaran televisyen tempatan percuma pada 1 Jun 2018, Jabatan Penyiaran Malaysia melancarkan stesen baharu dikenali sebagai TV5. Saluran tersebut dipancarkan secara percuma dan digital yang beroperasi 24 jam itu memulakan siarannya pada 1 April 2017 sempena menyambut detik bersejarah ulang tahun penubuhan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-71. Sumber industri bagaimanapun…
Terlalu Mengejar Populariti, Punca Brand-Perry Berpisah
AKTOR Russell Brand mendedahkan punca perceraiannya dengan penyanyi Katy Perry adalah kerana jadual kerja yang padat dan masing-masing sibuk mengejar kemasyhuran atau populariti. Brand dan Perry mengikat tali perkahwinan pada 2010 setelah bertemu di Anugerah Video Muzik MTV namun memutuskan untuk berpisah selepas dua tahun bersama. Terdahulu sumber memberitahu kedua-dua selebriti ini berpisah kerana jadual…
Polis Jakarta Tahan Lima Aktivis Islam Kerana Cubaan Timbulkan Kekecohan
JAKARTA – Polis menahan lima aktivis Islam termasuk Setiausaha Agung Forum Umat Islam (FUI) Muhammad Al Khaththath bagi membantu siasatan cubaan mahu menimbulkan kekecohan hari ini. Ketua Hubungan Masyarakat Polis Metro Jaya, Argo Yuwono dipetik sebagai berkata, kelima-lima individu itu ditahan di lokasi berbeza pagi ini. “Mereka ditangkap kerana disyaki mahu menimbulkan kekecohan dan kesemuanya…
Sikap Tenang Najib, Dasar Berkecuali Asas Kejayaan Selesai Isu Jong-nam
KUALA LUMPUR – Konflik dengan pihak Korea Utara bukanlah satu perkara mudah untuk diselesaikan, termasuk oleh negara-negara kuasa besar, menurut seorang penganalisis politik antarabangsa hari ini. Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, mana-mana negara yang berkonflik dengan Korea Utara mungkin terpaksa mengambil masa yang panjang untuk sebarang penyelesaian di meja rundingan dan ia…
Pembiayaan Bersih Sektor Swasta Berkembang: BNM
KUALA LUMPUR – Pembiayaan bersih kepada sektor swasta mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 5.4 peratus pada Februari, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata pertumbuhan berkenaan didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam pinjaman yang diberikan oleh sistem perbankan dan institusi kewangan pembangunan (IKP), serta terbitan bon korporat terkumpul bersih pada…
2 Anggota Dewan Negara Akan Dilantik Pada Sidang DUN Perak Nanti
IPOH – Proses pemilihan dua Anggota Dewan Negara akan diadakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan mula bersidang selama enam hari bermula 4 April ini, kata Speaker S. Thangasvari. Beliau berkata proses pemilihan itu diadakan bagi menggantikan bekas Anggota Parlimen Kampar Datuk Lee Chee Leong dan Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamzah…
Mahkamah Tolak Rayuan 372 Peneroka Felda
PUTRAJAYA – Sebanyak 372 peneroka Felda bukan sahaja gagal dalam rayuan mereka berhubung saman sivil mengenai gred perahan buah sawit, tetapi juga perlu membayar kos berjumlah RM472,000 kepada Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd. Pada 27 Jun 2015, Mahkamah Tinggi di Seremban memerintahkan peneroka berkenaan dari Tanah Rancangan Felda Serting Hilir dan Tanah Rancangan…
Suami Isteri Bakar Kemaluan Remaja Lelaki Rogol Anaknya
SEPASANG suami isteri di Nigeria ditangkap kerana didakwa membakar zakar seorang remaja lelaki kerana mengesyaki individu terbabit merogol anak perempuannya yang berusia empat tahun. Menurut pihak polis negara itu, Atiku Yahaya dan Farida Hamza dilaporkan membayar sekumpulan lelaki muda untuk menculik Ahmad Ibrahim, 17, selepas mengesyakinya merogol anak perempuan mereka pada 24 Mac lalu. Sekeping…
Abdullah Puji Kerajaan Selesai Krisis Korea Utara
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi memuji kejayaan kerajaan menyelesaikan krisis diplomatik dengan Korea Utara yang berakhir dengan kepulangan sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara. Beliau berkata kejayaan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat rundingan secara diplomasi dengan Pyongyang dan menamatkan ketegangan…
PAS Tetap Bentang RUU355 Pada Sidang Parlimen Kali Ini
MARANG – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap akan membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 pada persidangan Parlimen kali ini. Beliau berkata walaupun kerajaan Barisan Nasional memutuskan untuk tidak membentangkan rang undang-undang itu, PAS tetap akan membentangkan sebagai rang undang-undang persendirian dan berharap kerajaan akan menyokong tindakan itu. “Masa…
Polis Sabah Tembak Mati Penjenayah Paling Dikehendaki
KOTA KINABALU – Polis menembak mati seorang lelaki, yang juga penjenayah paling dikehendaki, dalam satu insiden tembak menembak dan merampas 3.7 kilogram dadah dipercayai syabu dianggarkan bernilai RM300,000 di Taman Sri Gayang, Tuaran dekat sini, malam tadi. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata berikutan satu kes samun di Keningau pada 17 Mac lepas melibatkan…
APMM Sedia Ambil Kerja 3 Mangsa Culik Bot Tunda Serudong Tiga
PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berminat mengambil kerja tiga mangsa culik yang berhasrat menyertai agensi itu, kata Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar. Beliau berkata mereka yang merupakan kru bot tunda Serudong Tiga mempunyai kelebihan kerana memiliki kepakaran dalam ilmu kelautan. “Pengambilan mereka boleh dilakukan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam…
TNB Kenal Pasti Modal Insan Berpotensi
KUALA LUMPUR – TNB akan menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya Malaysia 2017 di London mulai Sabtu ini, bagi mengenal pasti modal insan berpotensi dalam kalangan 17,000 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di United Kingdom dan Ireland. Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata beberapa promosi telah dibuat lebih awal bagi menarik minat calon berpotensi dan…
Resort Ditutup Akibat Kerosakan Puting Beliung Debbie
KUALA LUMPUR – Resort hotel dan harta pembangunan Mulpha International Bhd (Mulpha), One&Only Hayman Island yang terletak di Terumbu Sawar Besar, Australia, akan terus ditutup untuk kerja-kerja pembaikan sehingga diberitahu kelak. Ia berpunca daripada kerosakan besar yang dialami akibat bencana puting beliung Debbie pada 28 Mac lepas. Dalam satu kenyataan hari ini, Mulpha berkata tahap…
Klinik Simpan Picagari, Jarum Terpakai Dalam Laci & Tin Biskut
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa pusat pakar pergigian Imperial Dental Specialist Centre Sdn Bhd yang didakwa berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, semasa menerima rawatan gigi, menyimpan picagari dan jarum suntikan terpakai di dalam laci kabinet dan tin biskut. Ketua Penolong Pengarah Cawangan Keselamatan Amalan Perubatan Swasta Bahagian Amalan Perubatan Swasta…
Peluang Iskandar Beraksi Di Sukan SEA Kuala Lumpur Cerah
KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin kini boleh menarik nafas lega selepas doktor pakar memaklumkan beliau berpeluang beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini. Namun buat masa ini, beliau dinasihatkan agar kerap menjalani fisioterapi kerana keretakan tulang belakangnya itu akan sembuh dengan sendiri. Pemain berusia 25 tahun itu juga…
Pelan Khusus Untuk Kaum India Dilancar Bulan Depan
CHENNAI – Kerajaan akan melancarkan satu pelan tindakan baharu khusus untuk memastikan kemajuan masyarakat India, bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata inisiatif baharu itu bertujuan mengimbangi pembangunan kaum India bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam agenda transformasi negara. Katanya satu mekanisme khusus akan diwujudkan bagi memastikan kejayaan pelan tindakan…
Loya Tekak Tengok Ayam ‘Volcano’ Darah
Hilang selera makan selepas melihat video yang dikongsi pengguna Facebook, Zuyyin Haiza yang dihidangkan ayam goreng yang masih berbuih-buih darahnya. Menerusi perkongsian Zuyyin, dia bersama rakannya ke restoran makanan segera terkenal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi memberi ganjaran kepada dirinya yang berjaya menyelesaikan masalah di tempat kerja. Dia yang sememangnya mengemari ayam goreng di…
Banteras Jenayah Dadah Fokus Utama Polis Tawau
TAWAU – Penglibatan pelajar dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini tidak begitu membimbangkan namun usaha membanteras jenayah itu terus menjadi fokus utama, kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus. Beliau berkata meskipun beberapa sindiket dadah yang aktif di daerah ini berjaya ditumpaskan tetapi jenayah dadah akan terus diperangi habis-habisan. “Kita akan gempur habis-habisan,…
Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas
GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu daripada pertuduhan memfitnah dalam isu komunis Bukit Kepong, enam tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Lim Chong Fong membuat keputusan itu selepas menolak rayuan yang dikemukakan Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang Datuk Razali Che Ani terhadap…
Kes Seleweng Dana Selangor: SPRM Serbu Pejabat Teresa
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat pemimpin DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh di Kuchai Lama di sini hari ini. Pembantu kepada ahli parlimen pembangkang tersebut, Edmund Teoh turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan, lapor portal propembangkang Malaysiakini yang dipetik oleh MalayMail Online. Siasatan tersebut dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana Skim Mesra Usia…
Lantai Kayu Runtuh Tiba-Tiba Ketika Berpesta
SEKUMPULAN keluarga di Kampung Ayer, Brunei berdepan detik cemas apabila lantai kayu di kediaman mereka tiba-tiba runtuh ketika sedang asyik berpesta. Klip berdurasi 1 minit 45 saat itu dikongsi oleh sebuah laman di Facebook memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain rebut kerusi sambil disaksikan oleh ahli keluarga masing-masing. Di awal pemulaan video itu, segala kelihatan tenang…
Banjir Di Alor Gajah, Melaka Pulih
MELAKA – Banjir di Alor Gajah dekat sini pulih dan semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kumpulan terakhir mangsa banjir iaitu 43 orang daripada 14 keluarga di pusat pemindahan Bilik Bacaan Taman Seri Bayu 2,…
Pembinaan MRT Laluan SSP Kini Pada Tahap 5.3 Peratus
KUALA LUMPUR – Pencapaian keseluruhan pembinaan MRT Lembah Klang bagi Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) kini pada tahap 5.3 peratus. Pengarah projeknya Datuk Amiruddin Ma’aris berkata peratusan itu menepati jadual pembinaan bagi laluan itu. “Setakat ini, pembinaan berjalan mengikut perancangan sejak bulan lepas. Kerja-kerja pembinaan telah bermula bagi proses penjajaran bertingkat di utara dan selatan, seksyen…
KPSTM Tumpu Lahir Usahawan Bersifat Kopetitif
TAWAU – Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSTM) Sabah tidak hanya mahu melahirkan bilangan usahawan yang ramai tetapi menumpukan usaha membentuk usahawan bersifat kompetitif. Pembantu Menterinya, Datuk Hamisa Samat berkata usaha itu bagi memastikan usahawan yang dilahirkan memiliki daya tahan dan saing tinggi dalam menghadapi cabaran ekonomi tidak menentu. “Malahan, penghasilan produk berkualiti…
6 Lelaki & Seorang Wanita Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Ejen Hartanah
KUALA LUMPUR – Enam lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang ejen hartanah wanita dalam kejadian tembak di Taman Overseas Union Garden (OUG), tahun lepas. Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 13 hari untuk perbicaraan bermula 11 April. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa…
Trump Bakal Adakan Pertemuan Dengan Presiden China: Rumah Putih
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping Presiden China Xi Jinping Presiden China Xi Jinping dan pertemuan itu dilihat akan melakar hala tuju hubungan antara kedua-dua buah negara, kata Rumah Putih pada Khamis lapor agensi berita China Xinhua. Kedua-dua pemimpin akan bertemu di Mar-a-Lago, Florida pada 6 hingga…
APMM Tangkap 30 Nelayan Vietnam Di Perairan Miri
MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan asing dari Vietnam serta merampas hasil tangkapan ikan seberat lima tan bernilai RM60,000 di perairan Miri dalam “Operasi Permai” pada Selasa lepas. Timbalan Pengarah Operasi APMM Miri Komander Maritim Mohamad Hambali Yaakub berkata, turut ditahan ialah 30 orang warganegara Vietnam berumur 19 hingga 46…
Najib Bertemu Rajinikanth Sempena Lawatan Rasmi
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpeluang bertemu secara langsung dengan bintang filem Tamil terkemuka, Rajinikanth ketika lawatan rasminya ke India. Menerusi akaun Twitter rasmi milik beliau hari ini, Najib telah berkongsi dengan memuat naik gambar beliau bersama-sama legenda berusia 66 tahun itu di kediamannya di Chennai, Tamil Nadu. “Baru sahaja mengadakan pertemuan ramah…
Tiga Exco PAS Tetap Kekal Dalam Pentadbiran Selangor
SHAH ALAM – Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ketiga-tiga mereka termasuk dirinya juga akan menunggu keputusan muktamar PAS bulan depan, sebelum memutuskan langkah seterusnya. “Saya ikut…
Abang Ketua Polis Negara Meninggal Dunia
SEREMBAN – Abang sulung Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di sini awal hari ini, akibat serangan jantung. Muhamad Ali, 72, menghembuskan nafas terakhir pada 1.56 pagi selepas digegaskan ke hospital itu pada tengah malam tadi setelah mengadu sesak nafas. Bercakap kepada pemberita di sini, anak Allahyarham,…
Saksikan Video Comelnya Kids News
TIGA wajah yang comel, sentiasa tersenyum dan bergaya pula sangat stailo. Itulah identiti wajah-wajah pembaca berita Kids News TV AlHijrah yang mula bersiaran hari ini. Kids News produk berprofil tinggi ini akan menemui penonton setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada 7.45 pagi, 2.15 petang dan 5.00 petang. Pada sesi sidang media di TV AlHijrah, pada…
Projek Lembah Chuping Harus Berjaya Dilaksana
PADANG BESAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu projek Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang kelak. Sehubungan itu, baginda meletakkan harapan tinggi agar projek berimpak tinggi yang bakal dilengkapi dengan pelabuhan darat dan kawasan perindustrian terbesar di Perlis menjadi realiti tidak lama lagi. Baginda yang juga Yang…
Imigresen Tumpas Sindiket Pemalsuan Dokumen Didalangi Warga Asing
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga asing didalangi warga Myanmar dikenali sebagai ‘Dr Harun’ yang beroperasi di negara ini hampir tiga tahun. Ini susulan penahanan lapan warga asing yang mempunyai kaitan dengan sindiket itu iaitu enam warga Bangladesh, seorang warga Pakistan dan “Dr Harun’ di beberapa lokasi antara 9 Mac dan…
Kastam Berjaya Batal Saman Syarikat Pengimport & Pengedar Kurma
KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia hari ini berjaya membatalkan saman sebuah syarikat pengimport dan pengedar buah kurma dari Arab Saudi berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas buah kurma kering. Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari kepada pemberita selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Roslan…
Thursday, 30 March 2017
Baju Nikah Nora Danish Dikritik Tak Sesuai, Terlalu Seksi
TAHNIAH diucapkan kepada pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri yang telah selamat menjadi pasangan suami isteri kira-kira jam 8.40 malam semalam dengan dua kali lafaz. Walaupun majlis tersebut diadakan secara sederhana, majlis pasangan tersebut tetap meriah dan mendapat perhatian orang ramai. Selepas lapan tahun menjadi ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, Nora, 35, berkata dia…
Penyokong, Penentang Erdogan Bertempur
BRUSSELS – Beberapa orang cedera dalam insiden pertempuran antara penyokong dan penentang Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan, di depan pejabat konsulat Turki dekat sini, kata polis Belgium. “Insiden serius tercetus antara penyokong dan penentang rejim Turki di jalan raya, luar pejabat Konsulat Turki. Ramai yang cedera dan dibawa ke hospital,” kata jurucakap polis, Ilse van…
Urutan Peristiwa Pembunuhan Kim Jong-nam
KUALA LUMPUR – Pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, telah menyebabkan hubungan diplomatik antara dan Korea Utara berada dalam keadaan tegang. Berikut ialah urusan peristiwa yang berlaku sepanjang 46 hari krisis itu berlarutan yang diselubungi ketidakpastian sejak 13 Februari: 13 Feb: Seorang lelaki rakyat Korea Utara berada di Lapangan Terbang…
Asia’s Next Top Model: Wakil Malaysia Tak Baca Kritikan, Kekal Positif
DUA peseta Malaysia yang terpilih dalam Asia’s Next Top Model 5 (AsNTM5), Alicia Amin dan Shikin Gomez memberitahu mereka sentiasa mengamalkan sikap positif dan tidak mahu mengambil pusing tentang pandangan negetif yang diberikan kepada mereka kerana menyertai program itu. Shikin 24, dan Alicia, 22, berkata walaupun musim terbaru itu belum mula ditayangkan di televisyen, namun…
Kompleks Bunga Raya, KLIA Jadi Tumpuan Media
SEPANG – Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menjadi tumpuan media termasuk media antarabangsa di awal pagi ini untuk menanti ketibaan sembilan rakyat Malaysia yang dihalang meninggalkan Korea Utara sebelum ini. Lebih 100 pengamal media berada di persekitaran kawasan kompleks berkenaan dengan ada yang tiba seawal 12 tengah malam…
Najib: Pembangkang Sabotaj Ekonomi, Burukkan Malaysia
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak sikap pembangkang yang memberi keutamaan untuk memburukkan Malaysia dalam misi luar negara mereka, dan menganggapnya sebagai tindakan untuk mensabotaj ekonomi negara. Beliau berkata tindakan itu adalah satu kesilapan besar kerana ia seakan-akan menghalau pelabur asing dari negara ini. “Bukankah ini satu tindakan…
PM Kota Janji Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Korea Utara
SEPANG – Datuk Seri Najib telah menunaikan janjinya untuk membawa pulang sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang meninggalkan Pyongyang, Korea Utara, sejak 7 Mac lepas. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata pada awal episod malang ini, perdana menteri telah berjanji kepada kakitangan kedutaan dan ahli keluarga masing-masing yang bimbang dengan keselamatan mereka. Katanya,…
Sembilan Rakyat Malaysia Tiba Di Tanah Air
SEPANG – Sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang selamat tiba di tanah air, awal pagi ini. Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga masing-masing, yang menaiki pesawat khas, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada…
Pemangku Gabenor, Ketua Menteri Kunjungi Najib
CHENNAI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui pemangku Gabenor Tamil Nadu, Vidyasagar Rao dan Ketua Menteri negeri itu yang baru dilantik, Edappadi Palaniswami ketika memulakan lawatan rasmi enam hari ke India. Pertemuan berlangsung di Raj Bhavan, kediaman rasmi Gabenor yang terletak di bandar Chennai. Najib, yang tiba di kediaman itu…
Thailand Destinasi Ke-5 Larian Baton KL 2017
KUALA LUMPUR – Larian Baton Bangkit Bersama yang diadakan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) akan diteruskan di Thailand, Sabtu ini. Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dalam satu kenyataan memaklumkan larian di negara jiran itu bakal mencatat rekod larian terpanjang dalam siri…
Drama ‘Jong-nam’ Selesai Selepas 46 Hari
KUALA LUMPUR – Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Korea Utara di Sepang, selesai hari ini. Segalanya bermula susulan pembunuhan seorang lelaki, Kim Chol, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Feb lepas. Lelaki itu,…
Nora, Nedim Sah Bergelar Suami Isteri
KUALA LUMPUR – Dengan dua kali lafaz, bintang jelita, Nora Danish sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri kira-kira jam 8.37 malam ini pada majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Seputeh, di sini. Diadakan secara sederhana, majlis tetap meriah dengan kehadiran kira-kira 200 anggota keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak. Nora, 35, berkata,…
Kalau PAS Ditipu – Mengapa RUU355 Belum Berhenti?
PAS ditipu kes RUU355? Tetapi Kenapa RUU355 masih belum Berhenti? Heboh dimainkan PAS ditipu oleh UMNO dalam isu RUU355. Pastinya yang begitu menyanyikan omong omong ini adalah dari parti serpihan dan juga mereka yang anti dengan Syariat. Tetapi pelik pula dalam isu Akta 164 yang dipinda sehingga menimbulkan kecelaruan dalam keluarga muallaf, mereka tidak pulak…
Pegawai Polis & Warga Bangladesh Di Reman
SHAH ALAM – Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan lelaki warga Bangladesh direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan daripada seorang pengusaha restoran bagi membebaskan pekerjanya yang ditahan. Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Syajaratudur Abd Rahman. Mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…
Balai Polis Di Narathiwat Diserang, 1 Maut & 5 Cedera
NARATHIWAT – Enam lelaki menaiki sebuah kenderaan pikap melepaskan tembakan senjata automatik ke arah Balai Polis Ranget di sini menyebabkan seorang anggota polis terbunuh dan lima yang lain cedera. Ketua Polis Daerah Ranget Kol Surapon Chattisuk berkata kejadian pada 8.45 pagi itu (waktu tempatan) ketika anggota polis sedang berbaris mendengar ucapan daripada pegawai kanan. “Ketika…
Khairy Kekal Jawapan ‘Sedia Kerjasama’ Dengan FAM
PUTRAJAYA – Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) kekal diuruskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), setidak-tidaknya buat masa ini, kerana belum ada tanda perubahan statusnya kepada program yang dilancarkan pada 2014. Malah, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang sekali lagi diajukan soalan sama mengenai status program itu, kekal dengan jawapannya: “Kita akan beri kerjasama…
Ibu Lahir Rasa Syukur Anak Akhirnya Bakal Pulang
PUTRAJAYA – Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia di Korea Utara melahirkan rasa syukur dengan berita kepulangan anaknya yang dijangka tiba pagi esok. “Alhamdulillah.. saya merasa bersyukur selepas mendapat berita daripada siaran TV tadi,” katanya kepada Bernama di sini malam ini. Katanya beliau kini berada di Kuala Lumpur dan akan menetap di salah…
Bida Nombor Plat Khas RIMAU Serendah RM500
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang memiliki nombor pendaftaran ‘RIMAU’ setelah Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) melancarkan penjualan tersebut. Ia sebagai sebahagian daripada rancangan pemasaran dan promosi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 di Kuala Lumpur pada Ogos dan September. Bidaan akan dibuka secara rasmi mulai pada 1 April 2017 untuk sejumlah 10,000 nombor…
9 Warga Malaysia Di Korea Utara Sah Dibebaskan
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak awal malam Khamis mengumumkan bahawa simbilan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara telah dibenarkan meninggalkan negara itu 7.45 malam waktu Malaysia. Khabar gembira tersebut disampaikan oleh Najib melalui satu kenyataan media khas sebentar tadi. “Alhamdulillah, mereka berlepas dari Pyongyang hari ini pada jam 7.45 malam waktu Malaysia, dan…
Mayat Kim Jong-nam Sudah Dibawa Ke Beijing
SEPANG – Mayat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dilihat memasuki perkarangan Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 2.47 petang. Sejurus tiba, kenderaan van jenis Toyota Hiace yang membawa jasad itu terus melalui pagar halangan automatik untuk pemeriksaan terlebih dahulu dan seterusnya menuju ke bahagian kargo. Difahamkan, mayat Jong-nam akan terus dibawa…
2 Pemain Piala Presiden P.Pinang Cedera Kemalangan
GEORGE TOWN – Dua pemain skuad bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang cedera dalam kemalangan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di Batu Maung ketika mahu ke Stadium Negeri Batu Kawan, hari ini. Pemain pertahanan, Muhammad Shahmi Mohd Sohairi, 21, cedera parah manakala penyerang, Muhammad Asraf Aliffudin Yassin, 18, cedera ringan apabila motosikal…
Anggota Jawatankuasa Penaja Belum Diputuskan
GEORGE TOWN – Pakatan Harapan belum memutuskan siapa yang akan dilantik menganggotai jawatankuasa penaja gabungan pembangkang yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Beliau berkata setakat ini, belum ada pengesahan mengenai seanrai anggota jawatankuasa penaja itu, yang akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS). “Kami belum membuat sebarang keputusan mengenainya…
Tak Timbul Soal Pusingan U Dalam Keputusan RUU355
PUTRAJAYA – Tidak timbul soal pusingan U dalam keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ini adalah kerana keputusan itu berlandaskan polisi BN iaitu tidak boleh meneruskan sekiranya tidak mendapat konsensus dalam kalangan parti komponen BN.…
Individu Rasuah Sultan Johor Serah Diri Di SPRM
PUTRAJAYA – Individu dipercayai cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran membawa gelaran ‘Tan Sri’, menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata lelaki berusia 54 tahun itu tiba di pejabat SPRM di sini, beberapa jam selepas beliau memberi amaran…
N.Sembilan Catat Peratusan Tertinggi Kesan Tibi
SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mencatat peratusan tertinggi dalam pengesanan kes wabak tuberculosis (tibi) atau batuk kering secara aktif di Malaysia pada tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam) Dr Zainudin Mohd Ali. Beliau berkata penyakit tibi adalah isu kesihatan global dan sebagai anggota masyarakat, semua pihak perlu mengetahui simptom wabak ini…
Perkeso Kedah Beri Amaran Majikan Gagal Carum Pekerja
JITRA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah mengingatkan majikan yang belum mendaftar dengan pertubuhan itu supaya berbuat segera agar tindakan tidak diambil dalam Ops Kesan 2017 yang bermula 1 April. Pengarah Perkeso Kedah, Mamsor Abdul Manaf berkata sehingga kini lebih 100 majikan di negeri ini dikenal pasti belum mendaftar dengan Perkeso negeri walaupun tempoh pemutihan…
Pindaan Akta 355 Sekadar Kembali Kepada Asal
KUALA LUMPUR – PAS mengalu-alukannya sekiranya kerajaan bersedia membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Parlimen kerana ia akan lebih memudahkan usaha tersebut. Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS bagaimanapun tidak terkesan sekiranya parti itu yang diperlukan berbuat demikian kerana ia sememangnya rancangan PAS sejak…
Pratempahan Galaxy S8 Bermula 11 April Ini!
SAMSUNG hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaharunya, Galaxy S8 dengan reka bentuk dan paparan lebih mengagumkan dan elegan berbanding sebelumnya. Syarikat gergasi elektronik Korea Selatan itu mengatakan pelancaran Galaxy S8 merupakan bukti bagi mendapatkan semula kepercayaan pengguna serta menandakan satu pencapaian baharu dalam legasi telefon pintar Samsung. Galaxy S8 pada awalnya dijaduakan akan dilancar pada…
Jauhi Rasuah, Bantu Jayakan Wawasan Perlis Maju 2030
ARAU – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan penjawat awam supaya tidak terlibat sama sekali dengan rasuah kerana jenayah itu boleh menghancurkan diri dan keluarga mereka. Berikutan itu titahnya, mereka perlu mengelakkan diri daripada menerima apa juga bentuk pemberian yang mungkin mempunyai maksud yang lain. “Tiada sesiapa akan beri wang dengan percuma. Beta…
Akta355: BN Buktikan Solidariti Parti Komponen
KUALA LUMUR – Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil alih peranan dan tanggongjawab PAS dalam membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Parlimen bukti betapa konsistennya amalan BN dalam memutuskan sesuatu perkara secara konsensus. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tradisi itu antara kunci kekuatan BN degan solidariti…
Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Kekal 54 Orang Setakat 5 Petang Ini
MELAKA – Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah, Melaka kekal 54 orang daripada 15 keluarga setakat 5 petang ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata semua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Petai ekoran hujan lebat bermula kira-kira 8 pagi tadi. Keadaan cuaca petang ini dilaporkan cerah, katanya dalam kenyataan…
KDN Haram Akhbar Daesh, 13 Buku Lucah Di Pasaran
PUTRAJAYA – Selepas diharamkan di Singapura, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap Al-Fatihin: Surat Kabar Bagi Muhajirin Berbahasa Melayu di Daulah Islamiyyah. Pengharaman akhbar terbitan Deash itu disahkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata warta perintah larangan dikeluarkan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Akhbar setebal…
Kedudukan Tan Cheng Hoe Tidak Di Bincang Pada Mesyuarat Eksekutif
ALOR SETAR – Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Badrul Hisham Hashim berkata persatuan itu tidak membincangkan kedudukan ketua jurulatih “Helang Merah” Tan Cheng Hoe pada mesyuarat eksekutif KFA yang diadakan semalam. Beliau berkata, meskipun terdapat ura-ura Tan bakal digandingkan dengan Mario Gomez bagi mengendalikan skuad Harimau Malaysia, namun pihak KFA tidak membincangkan…
Dewan Rakyat Lulus Tiga Rang Undang-Undang
KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016, RUU Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017. RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016 adalah bertujuan menyeragamkan kaedah-kaedah permulaan untuk tindakan sivil di mahkamah termasuk bagi kes yang masih berjalan dan…
RUU355: Keputusan Kerajaan Tidak Lemahkan Semangat PAS
KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat tidak akan melemahkan semangat PAS untuk berbuat demikian. Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata beliau yakin rang undang-undang itu dapat dibentangkan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.…
Perak Cadang MAHB Sedia Bas Perantara Di LTSAS
IPOH – Kerajaan negeri Perak mencadangkan supaya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan perkhidmatan bas perantara di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini. Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon penyediaan bas tersebut bertujuan menangani beberapa masalah kesukaran ketika waktu hujan.…
Zahid Arah Keputusan Keselamatan Sempadan Disusuli Tindakan Proaktif Agensi Penguatkuasaan
PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua keputusan dasar yang telah diputuskan kerajaan, khususnya dalam aspek keselamatan sempadan, disusuli dengan tindakan yang proaktif dan menyeluruh oleh agensi-agensi penguatkuasaan. Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan keberkesanan operasi kawalan sempadan negara dalam membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan. Ahmad Zahid yang juga Menteri…
Pekerja Kilang & Peniaga Warga Pakistan Didakwa Simpan Haiwan Liar Tanpa Lesen
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menyimpan 10 ekor hidupan liar tanpa lesen termasuk Lotong Cengkung dan Musang Pulut, dua hari lepas. Intan Mazura Mohd Mokhtar, 36, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shamsudin Abdullah. Mengikut pertuduhan pertama…
Polis Rampas 61 Paket Dadah, Tahan Tiga Individu
JEMPOL – Polis merampas dadah jenis heroin seberat 400.63 gram dan syabu seberat 68.48 gram serta menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia di sebuah rumah di Bahau, dekat sini, semalam. Dalam serbuan pukul 4 petang itu, kesemua suspek berusia antara 17 dan 35 tahun tersebut ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah…
Video: Comel, Ibu Peserta Running Man Pakai Tudung
RUNNING MAN merupakan rancangan realiti popular berbentuk ‘game show’ terbitan stesen tv SBS, yang mula mencipta fenomena sejak ditayangkan pada Julai 2010. Rancangan ini menjadi program pilihan bukan sahaja dalam kalangan peminat Kpop, malah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan bangsa. Maka tidak hairanlah nama seperti Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong Kook, Haha,…
Aksi Pembantu Pilot Garuda Solat Di Kokpit Tular
JAKARTA – Meskipun berada tinggi di atas awan biru, aksi bersahaja pembantu juruterbang Garuda tekun solat fardu di dalam kokpit pesawat ternyata menerima banyak pujian netizen di Indonesia. Gambar swafoto unik tersebut pada asalnya dirakamkan juruterbang pesawat syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia itu, Kapten Jaka Pituana, menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini sebelum menjadi tular. Foto…
Carcosa Seri Negara Disewa Sepenuhnya Kepada Syarikat Tempatan
KUALA LUMPUR – Carcosa dan Seri Negara disewa kepada sebuah syarikat sosial 100 peratus milik Malaysia dikenali sebagai Asian Heritage Museum Sdn Bhd untuk dijadikan Pusat Perdagangan Artifak dan Seni Persembahan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tujuan bangunan bersejarah yang terletak di bawah bidang kuasa kementerian…
CMTM Harap Pihak Berkuasa Fokuskan Usaha Memerangi Rokok Murah
KUALA LUMPUR – Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) berharap pihak berkuasa akan meningkatkan usaha memerangi perdagangan rokok murah haram jika mereka serius untuk mengurangkan tabiat merokok. CMTM dalam satu kenyataan hari ini, berkata semua agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk Kementerian Kesihatan, perlu berganding bahu dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk memerangi perdagangan rokok haram. “Rokok haram…
Felcra FC-UM Teruskan Kerjasama Tingkatkan Prestasi Dalam Liga FAM
KUALA LUMPUR – Pasukan bola sepak Felcra FC meneruskan kerjasamanya dengan Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) khususnya dalam bidang sains sukan dalam usaha meningkatkan prestasi pasukan tersebut. Timbalan Presiden Felcra FC, Datuk Hazian Murad berkata kerjasama yang memasuki tahun kedua itu diharap dapat memberi manfaat kepada pasukan itu yang kini beraksi dalam Liga FAM. Menurutnya,…
Dua Peniaga Kerugian RM7,000 Gerai Musnah Dalam Kejadian Ribut
BUKIT MERTAJAM – Seorang peniaga bukan sahaja kerugian selepas gerai dan barang jualannya diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut semalam malah nyaris maut apabila terjatuh ke dalam tali air sedalam kira-kira dua meter di belakang gerainya. Sufyan Mat Nordin, 26, berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, beliau sedang berniaga laksa dan air tebu di…
Jakim Sedia Lebih RM56 Juta Untuk Aktiviti Memperkasa Islam Di Perak
KUALA KANGSAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan RM56.85 juta untuk aktiviti memakmurkan masjid dan pendidikan Islam di Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata bantuan itu diberikan khas kepada 4,834 imam, guru takmir, guru pondok, guru tahfiz, guru Sekolah Menengah Agama negeri serta guru Sekolah Menengah Agama Rakyat…
Peniaga Kerugian RM7,000 Gerai Musnah Kejadian Ribut
BUKIT MERTAJAM – Seorang peniaga bukan sahaja kerugian selepas gerai dan barang jualannya diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut semalam malah nyaris maut apabila terjatuh ke dalam tali air sedalam kira-kira dua meter di belakang gerainya. Sufyan Mat Nordin, 26, berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, beliau sedang berniaga laksa dan air tebu di…
Sentiasalah Ingat Senarai Tempat Larangan Merokok Di Singapura
SINGAPURA – Perlu diingat bahawa terdapat lebih daripada 40 pelbagai tempat larangan merokok di Singapura. Antara tempat yang tersenarai dalam laman sesawang Agensi Sekitaran Kebangsaan(NEA) Singapura adalah di tempat-tempat awam, tandas awam, pusat penjaja, pusat hiburan seperti pub, bar, disko dan ruang istirehat (lounge), serta mana-mana kawasan dalam lingkungan lima radius meter dari perhentian bas…
Video: Bayi Berhenti Menangis Lepas Cium Baju Busuk Ibu
SATU momen yang comel apabila seorang bayi yang sedang meraung secara tiba-tiba berhenti menangis setelah diberikan baju busuk ibunya untuk dicium. Video yang dirakam pada awal bulan ini di sebuah daerah di San Francisco, Amerika Syarikat itu menunjukkan bayi lelaki berusia tiga bulan berkenaan terus tenang, malah memeluk erat baju ibunya sambil tersenyum. “Satu hari, saya sedang menjaga…
RUU 355: Tidak Bentang Bukan Bermakna K’jaan Tolak
KUALA KANGSAR – Kerajaan tidak menolak pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 walaupun mengambil ketetapan untuk tidak membentangkannya di Parlimen. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tidak timbul isu kerajaan menolak pindaan itu kerana Akta 355 adalah milik kerajaan, namun cadangan pindaannya kali…
Polis Nasihat Petani Tidak Berseorangan Di Kebun
JAKARTA – Setelah kejadian seorang petani maut ditelan ular sawa di Sulawesi Barat semalam, polis daerah Mamuju hari ini mengeluarkan nasihat agar para petani tidak keseorangan ketika di kebun bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Ketua Polis Daerah Mamuju Muhammad Rifai berkata, warga kampung itu diminta supaya sentiasa berhati-hati kerana binatang buas dalam hutan…
PDRM Antara Badan Keselamatan Yang Terbaik Di Dunia
KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memuji keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianggap sebagai antara badan keselamatan terbaik di dunia. Beliau berkata kecemerlangan PDRM boleh dilihat melalui peranannya memastikan keamanan dan keselamatan negara hingga boleh dinikmati rakyat melalui kehidupan seharian. “Tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab memperkecilkan…
Polis Tumpas ‘Geng Kodi’ Aktif Curi Motosikal
SUNGAI PETANI – Polis menumpaskan ‘Geng Kodi’ yang aktif mencuri motosikal di kawasan Sungai Petani dengan tertangkapnya dua beradik lelaki berusia 21 dan 28 tahun, yang menjadi dalang kumpulan itu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata dua beradik itu ditahan dalam Op Lejang Khas di sebuah rumah di Taman Sejati…
2 Warga Asing Dipenjara Sebulan Rasuah Polis
SHAH ALAM – Dua lelaki warganegar asing masing-masing dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merasuah anggota polis di Kajang dan Klang minggu lepas. Hakim Rozilah Salleh memerintahkan hukuman penjara terhadap Akin Ali, 37, warga Bangladesh dan Wan Ahmad, 40, warga Indonesia berkuat kuasa hari ini.…
Bernhardt Tidak Terkejut Dengan Keputusan FAM
SEPANG – Bekas jurulatih skuad negara Bawah 22 tahun (B-22), Frank Bernhardt berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menamatkan khidmatnya. Katanya, soal pemecatan jurulatih boleh berlaku apabila seseorang itu dilantik sebagai presiden baharu yang mahu melakukan perubahan. Walaupun tugasnya belum selesai, katanya, sebagai…
Bayi Lelaki Dijumpai Di George Town
GEORGE TOWN – Seorang bayi lelaki, dipercayai baru dilahirkan, dijumpai di Blok 98, Taman Pelangi Indah, Jalan Perak di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemukan dalam keadaan sihat dan tanpa sebarang kecederaan oleh seorang wanita yang menduduki flat berkenaan pada 7.58 pagi.…
6 Lagi Didakwa Anggotai Kumpulan ‘Geng 360 Devan’
KAJANG – Enam lagi lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, ‘Geng 360 Devan’. Muhammad Rushlan Abdullah, B. Letchumanan, K. Alagasuveeran, M. Paramaguru, R. Sathies dan Elangonaidu, berusia antara 31 dan 44 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noridah…
Pahang Bebas Penyakit H5N1 – Exco
KUANTAN – Pahang bebas daripada penyakit selesema burung (H5N1) selepas keputusan ujian ke atas 859 sampel unggas didapati negatif, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif. Beliau berkata sampel tersebut telah diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di 93 premis sembelihan unggas di seluruh negeri ini susulan…
150 Polis Johor Sertai Kembara Motosikal Kapcai
JOHOR BAHRU – Dalam usaha mendekati masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor hari ini memulakan konvoi bermotosikal ke empat daerah iaitu Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat, meliputi jarak sejauh 361 kilometer. Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata ini merupakan kali kedua aktiviti itu dijalankan dengan melibatkan 150 peserta terdiri…
Tukang Masak Dipenjara 15 Kerana Mencabul
IPOH – Prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang tukang masak yang dijatuhi hukuman penjara 15 bulan bagi kesalahan mencabul seorang murid lelaki tiga tahun lepas, tiba-tiba menjerit. Sebaik keputusan dibacakan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tertuduh Mohd Yunus Hassan, 53, turut rebah di luar kandang pesalah sambil menjerit…
Cuba Rasuah Sultan: Serah Diri Atau Nama Didedah
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga 12 malam ini kepada individu yang cuba merasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung penganugerahan pingat untuk menyerah diri di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata jika ingkar, nama serta gambar individu itu akan…
Penajaan KL 2017 Cecah RM69 Juta – Khairy
KUALA LUMPUR – Penajaan bagi Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sudah mencapai 87 peratus atau RM69 juta daripada jumlah sasaran sebenar RM80 juta, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata jumlah itu berjaya dikumpul Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) dengan menerima tajaan daripada pelbagai agensi swasta…
12 Maut, 3 Cedera Nahas Van Dan Trak Di Texas
TEXAS – Seramai 12 terbunuh dan tiga cedera dalam nahas membabitkan van dan trak di Texas Amerika Syarikat pada Rabu, lapor media tempatan menurut agensi berita China Xinhua. Pihak berkuasa tempatan berkata nahas berlaku apabila sebuah van membawa 14 anggota gereja dan sebuah trak pick-up bertembung di lebuh raya di Texas. – BERNAMA
Projek Mega DAP Di P.Pinang ‘Senyap’, RM305j Apa Jadi?
KUCHING – Sebanyak RM305 juta sudah diserah kepada sebuah syarikat, namun Kementerian Kerja Raya (KKR) masih belum terima kajian kemungkinan projek jambatan ketiga Pulau Pinang. Malah lebih lucu, pelan reka bentuk terperinci pembinaan laluan ketiga negeri itu konon sebagai menggantikan projek terowong dasar laut pun belum lagi diserahkan oleh pihak kerajaan DAP yang ditadbir Lim…
Pencuri Tabung Masjid Dapat RM50 Jer…
MIRI – Dua pencuri sekadar mendapat RM50 sahaja ketika cuba berhempas pulas mahu mencuri duit daripada beberapa peti tabung di Masjid An-Naim, Lutong di sini, awal pagi kelmarin. Ia berikutan tindakan bijak pihak pengurusan masjid tersebut yang sebenarnya sudah pun mengosongkan dua daripada tiga tabung ditempatkan di rumah Allah berkenaan, lebih awal lagi sebelum itu.…
Wefie Terlampau, Tiga Gadis Dikecam Netizen
FENOMENA swafoto sudah tidak asing lagi dalam kalangan remaja masa kini patah lagi dengan kemunculan pelbagai peranti canggih dan aplikasi memudahkan lagi setiap momen dirakam. Namun apa yang tidak enaknya, apabila kemudahan dan kecanggihan itu ada disalahgunakan sehingga mampu menjatuhkan maruah, harga dan martabat diri sendiri. Terbaharu laman Facebook tempatan mula sensasi dengan sekeping foto…
Sebutan Semula Kes Miliki Bahan Daesh Pada 11 Mei
KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini, menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pengawal keselamatan yang didakwa memiliki gambar dan buku berkaitan kumpulan pengganas Daesh. Majistret Nordiana Abd Aziz menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan yang memaklumkan mereka masih menunggu laporan pakar. Dalam kes…
Naikkan Harga Rokok Bukan Penyelesaian Terbaik
SEREMBAN – Cadangan untuk menaikkan harga rokok, bukan penyelesaian terbaik untuk mengekang orang ramai daripada terus merokok, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata kempen kesedaran bahaya rokok dan penguatkuasaan di sempadan negara, bagi mengekang kemasukan rokok seludup, perlu dipertingkatkan dan diperkasakan. “Kalau naikkan harga rokok, perokok akan terus merokok dan mereka mungkin…
KBS Sabah Sokong Usaha Majukan Sukan Dron
KOTA KINABALU – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah sentiasa menyokong dan memberi kerjasama terhadap usaha memajukan aktiviti sukan dron di negeri ini, kata Menterinya Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Beliau berkata Kelab Dron Sabah yang dilancarkan hari ini perlu berusaha memajukan aktiviti itu termasuk mendapatkan rakan pintar bagi tujuan pembangunan sukan rekreasi itu. “Kita…
Patung Hodoh Ronaldo Jadi Bahan Jenaka Netizen
LISBON – Apabila Madeira menjenamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Funchal kepada nama Cristiano Ronaldo, semua perhatian sepatutnya hanya ditumpukan kepada pemain handalan itu. Tambahan pula, bintang kelab sensasi Real Madrid, Sepanyol yang dilahirkan pada 5 Februari 1985 itu memang berasal dari pulau peranginan tersebut yang terletak kira-kira 974 kilometer dari ibu kota Portugal, Lisbon. Namun perhatian…
Lebih 100,000 Murid Terlibat Program Dwibahasa
KUALA LUMPUR – Seramai 139,197 murid atau 2.9 peratus daripada jumlah murid sekolah rendah dan menengah terlibat dengan Program Dwibahasa (DLP). Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesemua mereka merupakan murid daripada 1,216 sekolah meliputi 587 sekolah rendah dan 629 sekolah menengah di seluruh negara. “DLP yang diperkenalkan tahun lepas merupakan program sukarela yang…
Celcom Tawar Edisi Khas iPhone 7 Red Mulai Esok
KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd. akan menawarkan pakej menarik edisi khas iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (Produk) RED berwarna merah untuk pengguna pelan ‘FIRST Gold Plus’ dan ‘FIRST Platinum’ yang ditawarkan bersama kemudahan internet 40GB dan 60GB, mulai esok. Produk itu diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-10 kerjasama Apple dengan inisiatif kesedaran AIDS…
Pemegang Amanah Yayasan Bumiputera Direman SPRM
GEORGE TOWN – Seorang pemegang amanah sebuah yayasan berkepentingan Bumiputera bergelar ‘Datuk’ hari ini direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi disiasat atas dakwaan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri. Perintah reman selama lima hari itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di sini hari ini. Lelaki itu yang memakai baju lokap SPRM berwarna…
Tangkap Boleh, Tapi Jangan Cederakan – Polis
IPOH – Polis memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri dan keterlaluan termasuk mencederakan atau membebaskan individu yang disyaki melakukan jenayah yang mereka ditahan. Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, sebaliknya orang ramai hanya perlu menyerahkan individu yang disyaki itu kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. “Sekiranya terdapat unsur jenayah…
1MDB Kini Bebas Hutang Bank, Jangka Pendek
KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat diberitahu, firma pembangunan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ini tiada sebarang hutang bank atau hutang jangka pendek. Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis diedarkan hari ini, turut menjelaskan menerusi Pelan Rasionalisasi 1MDB yang sedang dilaksanakan, tiada sebarang aset baharu dalam dan luar negara diperoleh pada 2015 dan 2016. “Melalui…
Mengaku Salah Miliki Bahan Berkaitan Pengganas
KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik penyaman udara mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap pertuduhan menggalakkan perbuatan dan memiliki bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas. Ahmad Faris Zulkefli, 21, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. Bagaimanapun, mahkamah akan mendengar fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh…
Mael XPDC Rebah Kerana Gout, Bukan Nazak
TULAR menerusi media media sosial semalam mendakwa konon vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim sedang nazak selepas ditemui rebah di rumahnya, di Johor. Bagaimanapun, pengurusnya, Yazid memberitahu Mael sebenarnya dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor awal pagi Rabu kerana penyakit gout dan dia berada dalam keadaan yang stabil…
Jong-nam: PM Jamin Beri Maklumat Terkini
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau akan tetap memantau dan memberikan maklumat terkini tentang situasi warga Malaysia di Korea Utara dan kes bunuh Kim Jong-nam malah semasa beliau melakukan lawatan rasmi lima hari ke India bermula hari ini. “Dalam dunia moden kini, anda tidak perlu secara fizikal (berada)…
Usikan Manja, Rahsia Bahagia Johan Dan Ozlyn
PASANGAN suami isteri ini memang tidak lekang dengan pelbagai cerita moment manis dan lucu dikongsi di laman Instagram (IG) mereka. Kemesraan yang sering ditunjukkan oleh Johan Raja Lawak dan isterinya; Ozlyn Wati, pasti membibitkan rasa cemburu dalam hati segelintir pasangan yang sudah berkahwin. Jika terdahulu Ozlyn pernah berkongsi kisah malam pertamanya dengan Johan yang pasti…
Wednesday, 29 March 2017
Buletin e-Rakyat Bukti Kerajaan BN Punya Perancangan Rapi Penuhi Aspirasi Rakyat
KUALA LUMPUR – Buletin e-Rakyat yang dilancarkan malam ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai perancangan rapi dalam memenuhi aspirasi memakmur dan mensejahterakan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata langkah mewujudkan buletin dalam talian itu menunjukkan BN bukan sebuah parti yang “omong kosong”, tetapi memastikan apa yang dijanjikan, ditepati. “Melalui…
Bekas Peguam Bebas Daripada Pertuduhan Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram
PUTRAJAYA – Seorang bekas peguam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas pertuduhan pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram. Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Mohtarudin Baki, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan R. Arunachalam atas pertuduhan itu. Hakim Mohtarudin,…
Pasangan Suami Isteri Dicekup Polis, Pungut Derma Untuk Mencuri
YAN – Sepasang suami isteri yang menyamar sebagai pemungut derma dicekup polis selepas terbabit dalam kes kecurian barang kemas di Kampung Batu 22, di sini. Ketua Polis Daerah Yan DSP Muhamad Halim Yatim berkata suspek lelaki berusia 39 tahun dan isterinya, 23 tahun, ditangkap susulan laporan polis yang dibuat oleh anak lelaki mangsa selepas barang…
Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016
KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 yang antara lain memberi perlindungan kebankrapan terhadap penjamin sosial dilulus Dewan Rakyat hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata rang undang-undang itu merupakan satu pembaharuan yang mewujudkan sistem yang lebih adil kepada golongan tersebut. “Sebab bila kita tengok definisi penjamin sosial…
Polis Ipoh Berkas Suspek Kes Cuba Samun Warga Emas
IPOH – Polis hari ini menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam cubaan menyamun seorang wanita warga emas di Taman Kampar dekat Pasir Puteh di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kedua-dua suspek berusia 23 dan 28 tahun itu ditangkap secara berasingan di sekitar bandar raya ini susulan maklumat…
Pelatih GiatMara Memenuhi Kebolehanpasaran Kerja
PEKAN – GiatMara sentiasa memastikan kursus-kursus yang ditawarkan di pusat latihannya mampu melahirkan pelatih yang memenuhi keperluan kebolehpasaran kerja. Anggota Lembaga Pengarah GiatMara Malaysia Nor Hazreena Mohamad Hashim berkata dengan 39 kursus dan latihan bertaraf dunia, pihaknya memastikan bekas pelatihnya mampu menjana pendapatan melalui kemahiran yang dipelajari. “Sebahagian besar pelatih yang dihasilkan oleh GiatMara berjaya…
SME Bank Agih Pinjaman Sehingga RM70 Juta Kepada Perniagaan Dalam Talian
KUALA LUMPUR – SME Bank mengagihkan bantuan kewangan sehingga RM70 juta, setakat ini, di bawah program Pembiayaan Perniagaan Dalam Talian bank itu. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan SME Bank Xcess 2017 di sini hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata bank memperuntukkan RM200 juta bagi pembiayaan perniagaan dalam talian sejak 2016.…
Tohmahan Konon PM Tak Habis Belajar Dinafi
MENJELANG Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembangkang kini terpaksa bekerja keras hasut rakyat membenci Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tohmahan liar waima tahu ia tiada asas. Terbaharu, Datuk Abdul Rahman Mohd. Noor, seorang pemimpin PPBM, sebuah parti pembangkang kecil serpihan UMNO; melemparkan dakwaan konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menamatkan pengajian. Menerusi…
Penduduk Kg. Mandah Teruja Kunjungan Kerabat Diraja
KUALA KANGSAR – Keseronokan dan keterujaan menyambut keberangkatan kerabat diraja Perak ke Kampung Mandah di sini untuk majlis santapan bersama rakyat menyebabkan ada penduduk yang sanggup mengambil cuti untuk membantu memasak hidangan. Kampung tersebut merupakan satu daripada lokasi di negeri ini yang menjadi pilihan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan…
Harga Siling Semua Jenis Minyak Turun Lagi
KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam ini menyaksikan penurunan bagi semua jenis. Menurut laporan media, bermula dari 30 Mac ini sehingga 5 April depan, harga minyak ditetapkan seperti berikut: Mynewshub.cc/HAA
PKR T,ganu Kekal Sebagai Pembangkang Meskipun Bersendirian
KUALA TERENGGANU – PKR Terengganu akan terus kekal sebagai pembangkang dan meneruskan kerja-kerja politik bersendirian jika Pas mengambil keputusan menghentikan kerjasama politik kedua-dua parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Pengerusi PKR Terengganu merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail berkata gerak kerja dan motif PKR Terengganu sekali-kali tidak akan berubah…
Pendidik Holistik Lahirkan Siswazah Terbaik
KUALA LUMPUR – Siswazah perlu mempunyai imbangan holistik antara kemahiran akademik dan keusahawanan untuk mendapat kerja dan membina kerjaya dalam pasaran kerja yang serba mencabar. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching ketika menyarankan demikian berkata ini amat berfaedah buat siswazah masa hadapan, di mana pelajar tidak saja dilengkapi dengan kelayakan akademik…
Titi Runtuh Akibat Banjir Kilat Jejas 30 Keluarga
BAGAN SERAI – Kira-kira 30 keluarga di Kampung Tepi Sungai Ulu Sepetang dekat sini terputus hubungan apabila sebuah titi konkrit runtuh akibat dilanda arus Sungai Ulu Sepetang, awal pagi tadi. Kejadian berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tujuh jam sejak 5 petang semalam sehingga menyebabkan tebing tanah terhakis seterusnya mengakibatkan titi yang menghubungkan Kampung Tepi…
Sokong RUU Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017 – MCPF
KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam merupakan mercu tanda perundangan dalam membanteras jenayah seksual kanak-kanak. Justeru, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berharap semua rakyat menyokong pembentangan RUU itu kerana ia adalah penting untuk menangani eksploitasi dan…
Polis N.Sembilan Akui SPRM Siasat Pegawai, Anggota
SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengesan kelemahan prosedur operasi standardnya susulan pegawai dan anggotanya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengemukakan tuntutan palsu penginapan hotel. Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Muhamad Zaki Harun berkata sebarang kelemahan yang dikesan akan dibaiki dan ditambah baik bagi mengelakkan isu sama berulang.…
Bom Movida: 2 Lelaki Dipenjara 25 Tahun
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 25 tahun terhadap dua lelaki kerana melakukan perbuatan pengganas dengan mengebom sebuah pusat hiburan di Puchong sehingga menyebabkan lapan cedera, Jun tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Imam Wahyudin Karjono, 21, seorang penganggur dan Jonius Ondie @…
Tingkat Kesedaran Awam Kekal Cabaran Terbesar Wan Junaidi Sebagai Menteri
PUTRAJAYA – Meningkatkan kesedaran awam mengenai pemeliharaan alam sekitar kekal sebagai cabaran terbesar bagi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata setiap segmen masyarakat bertanggungjawab untuk mengurangkan sebanyak mungkin pelepasan karbon demi memelihara alam sekitar kita. “Jika kita tidak memelihara alam sekitar mulai sekarang, kita akan kehilangannya…
Perak Negeri Pertama Tempat Pegawai SPRM Di Pejabat MB
IPOH – Perak menjadi negeri pertama di Malaysia yang menempatkan pegawai integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Menteri Besar sebagai antara usaha mencegah salah guna kuasa. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pegawai berkenaan ditempatkan di pejabat beliau sejak 2010 tanpa diketahui oleh banyak pihak. “Sebelum ini kita tidak pernah…
Mahdzir Ulangi Nasihat Guru Tidak Sertai Daesh, Kumpulan Militan
KUCHING – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengulangi ingatan agar para guru di negara ini tidak membabitkan diri dengan sebarang kegiatan Daesh atau kumpulan militan lain. Katanya golongan guru tidak harus membiarkan diri mereka terpengaruh dengan mudah dakyah yang disebar oleh kumpulan berkenaan menerusi media sosial. “Sebagai guru, kalian sepatutnya tahu mana…
Isteri Syukri Yahaya Kena Kencing Tikus
AKIBAT jangkitan kencing tikus, isteri pelakon Syukri Yahaya, Tya Adnan dilapor dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, baru-baru ini. Aktor itu menyatakan keadaan isterinya semakin stabil setelah menerima rawatan namun terpaksa ditahan selama lima hari lagi bagi doktor memantau perkembangan kesihatannya. “Doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus, alhamdulilah selepas dua hari ditahan di…
300 Rumah Di Bagan Serai Dibaik Pulih Tahun Ini
BAGAN SERAI – Sebanyak 300 buah rumah di dalam kawasan Parlimen Bagan Serai akan dibaik pulih tahun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM2 juta. Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata projek itu dilaksanakan di bawah program Bantuan Baik Pulih Rumah 3 Fasa untuk rumah yang rosak dan tidak selamat didiami. Katanya, pelaksanaan…
3 Individu Didakwa Peroleh Saham Melalui Maklumat Sulit
KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk dua pengurus kanan bank pelaburan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan menyampaikan maklumat sulit dan memperoleh 290,000 unit saham melalui maklumat sulit, hampir 10 tahun lepas. Ewe Lay Peng, 45, Lim Bun Hwa, 41, kedua-duanya pengurus kanan bank pelaburan dan Lim Boon Cheng, 47,…
ADUN DAP Hina Tok Lebai Kecoh Sidang DUN Selangor
SHAH ALAM – Seorang ADUN DAP sengaja cari pasal dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu selepas mengeluarkan perkataan ‘tok lebai’ yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan ‘tok lebai’ yang merujuk kepada individu tertentu yang…
Dua Pelajar Maut Dirempuh Kenderaan Elak Bangkai Lembu
MARAN – Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 1, maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda yang cuba mengelak bangkai lembu di Kilometer 55 Jalan Temerloh-Bandar Jengka di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Maran DSP Mazlan Hassan berkata kejadian berlaku pada pukul 6.45 pagi semasa mangsa Zharfan Najwan Zainal Abidin…
Kerajaan Akan Wujudkan Pakej Kurangkan Kos Pembinaan Rumah Mampu Milik
KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk mewujudkan pakej yang akan memberi manfaat kepada pemaju dari segi mengurangkan kos dan menjimatkan masa pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat. Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata inisiatif itu bertujuan menggalakkan lebih banyak pemaju mula membina rumah-rumah mampu milik khususnya di tanah mereka sendiri. Tengku…
ASEAN Iktiraf Wira Pemuliharaan Biodiversiti
KUALA LUMPUR – Sepuluh individu daripada negara anggota ASEAN akan dinobatkan sebagai Wira Biodiversiti ASEAN pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan blok itu, sebagai penghargaan kepada sumbangan serta usaha pemuliharaan dilakukan di negara masing-masing dan di rantau ini. ASEAN dalam satu kenyataan berkata majlis penganugerahan akan diadakan di Manila, Filipina pada 8 Ogos dan…
Hangin Coklat Hilang, Ibu Hempuk Anak Dengan Tas Tangan
SEORANG kanak-kanak perempuan dihempuk dengan tas tangan oleh ibunya gara-gara kesalahan kecil menghilangkan sebungkus coklat yang dibeli. Video itu dipercayai dirakam di sebuah pasar raya di Thailand berdasarkan pada suara yang kedengaran pada video tersebut. Namun lokasi dan masa kejadian tidak dinyatakan secara terperinci oleh laman Facebook yang berkongsi klip tersebut. Di dalam video itu…
Sangkal Dakwaan Kad Paywave Boleh Diklon
KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan hari ini menyangkal dakwaan di media sosial bahawa kad bayaran tanpa sentuh atau ‘payWave’ boleh diklon dan maklumatnya dijual kepada pihak ketiga. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata kad paywave yang mula dikeluarkan pada akhir tahun lalu tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi ciri keselamatan yang diperakui industri perbankan antarabangsa.…
Universiti Terbaik China Wajib Pelajar Tahu Berenang
BEIJING – Sebuah universiti terkemuka China di sini dikecam netizen menerusi media sosial hanya kerana mewajibkan para pelajarnya untuk tahu cara berenang, sebelum dapat tamat pengajian. Demikian menurut laporan oleh The Global Times yang dipetik oleh stesen Channel NewsAsia milik pemerintah Singapura sebagai merujuk langkah pelik terbaharu diperkenalkan pihak pentadbiran Universiti Tsinghua itu. Ia mula…
Satu Lokasi Baharu H5N1 Dikesan Di Tumpat
KUALA LUMPUR – Satu lokasi baharu di Tumpat, Kelantan dikenal pasti positif virus selesema burung (H5N1), menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata setakat ini, jumlah keseluruhan kawasan yang disahkan positif H5N1 adalah sebanyak 36 lokasi melibatkan 51 premis di negeri itu. Bagaimanapun, menurut jabatan itu, penemuan lokasi baharu di Tumpat…
Nama Pakatan Harapan Tak Ditukar Buat Masa Ini
GEORGE TOWN – Buat masa ini nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar sekalipun ada gesaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)agar nama pakatan pembangkang itu diubah, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Bagaimanapun katanya cadangan PPBM itu akan dibincang di peringkat sekretariat pakatan. Pada masa sama, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyambut…
Adun Harap Program Trenglish Diperluaskan Lagi Di Terengganu
KUALA TERENGGANU – Hampir 75 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terlibat dengan program Trenglish pada tahun lepas berjaya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) berkata ia adalah peningkatan ketara berbanding 71.43 peratus pelajar yang lulus mata pelajaran itu pada 2015. “Ini membuktikan program Trenglish itu berjaya melonjakkan penguasaan…
Datuk Sarang Burung Walit Direman Tujuh Hari
KLANG – Seorang pengarah syarikat pemprosesan sarang burung walit bergelar ‘Datuk’ yang diberkas semalam kerana didakwa mengeksploitasi 172 pekerjanya hari ini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia. Turut direman bagi tempoh sama adalah seorang wanita yang merupakan pengurus bahagian sumber manusia syarikat berkenaan. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret…
Tangga Eskalator Terbuka, Pasangan Ini Hampir ‘Ditelan’
INSIDEN ngeri membabitkan eskalator atau tangga bergerak nampaknya masih lagi belum berakhir. Terbaharu, menimpa kepada pasangan dipercayai suami isteri yang berhadapan detik cemas apabila eskalator yang mereka naiki tiba-tiba terbuka lantas ‘memuntahkan’ setiap kepingan tangga. Dalam kejadian di stesen keretapi di Suzhou, China itu, pasangan terbabit dilihat hampir ditelan dalam eskalator tersebut sebelum mereka sempat…
Adik Farah Bukan Sahaja Bijak, Malah Berbakat Besar
BUKAN sahaja cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, malah Farah Marcella ternyata merupakan seorang pelajar yang berakhlak dan berbakat dalam pelbagai bidang. Menurut guru disiplinnya, Suraya Abdul Rahim di SMK Seri Kota Puteri, beliau masih teringat bagaimana sering menegur Farah kerana rekod kedatangannya yang tidak sempurna di sekolah. Namun beliau masih terharu apabila Farah menerima tegurannya…
Lelaki Hilang Ditemui Maut Ditelan Ular Sawa
SEORANG lelaki berusia 25 tahun dari Sulawesi, Indonesia ditemui maut ditelan seekor ular sawa sepanjang empat meter. Mangsa; Akbar Salubiro dilaporkan hilang pada 26 Mac selepas keluar bekerja di ladang sawitnya jam 9 pagi pada hari kejadian. Akbar kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah keesokkan harinya dan satu pencarian dilakukan oleh warga kampungnya. Hasil pencarian…
Pemandu Berdepan Detik Cemas Lori Kontena Terbakar
IPOH – Seorang pemandu kontena berdepan detik cemas apabila lori yang dipandunya terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 388.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tanjung Malim, awal pagi tadi. Kejadian pada kira-kira 5.30 pagi itu berlaku apabila lori kontena yang dipandu Mohd Rafis Mohd Saad, 27, dengan muatan kotak melanggar…
Aidil Tak Peduli Anak-Anak – Rita Rudaini
INGATKAN sudah aman-aman sahajalah kisah ‘perang mulut’ di antara Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan, tapi rupa-rupanya masih ada lagi kesinambungan cerita mereka. Ini kerana, Rita baru-baru ini menerusi satu temubual dengan sebuah majalah tempatan mendakwa Aidil langsung tidak mengambil tahu mengenai perihal anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna,…
Kalimah Nama Allah Pada Selipar Benar
PUTRAJAYA – Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan aduan orang ramai berhubung penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyu Ya Qayyum adalah benar. Pengerusinya Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata lembaga itu telah meneliti selipar berkenaan dan mendapati adalah benar tertulis kalimah Ya Hayyu Ya…
Peragut Kantoi Tapi Mengaku Tak Bersalah
“APA bukti, apa bukti,” itu yang dikatakan salah seorang peragut yang ditahan orang ramai selepas cubaannya meragut beg tangan seorang wanita gagal di Perak baru-baru ini. Video kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dengan memaparkan ‘gelagat’ dua penjenayah menaiki motosikal cuba meragut seorang wanita yang menaiki kereta jenis Proton Wira yang diparkir di…
TH Luluskan 20 Syarikat Pelancongan Tawar Khidmat Haji
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah meluluskan 20 syarikat pelancongan tempatan untuk menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang bertujuan menawarkan perkhidmatan pakej haji 1438H/2017. Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH dalam satu kenyataan berkata bakal jemaah yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej…
Pegawai Imigresen KLIA Didakwa Peroleh Suapan RM7,400
SHAH ALAM – Seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperoleh suapan RM7,400 daripada seorang lelaki pada Jun tahun lepas. Ia adalah sebagai dorongan untuk melepaskan dua wanita warga Vietnam tanpa dituduh di mahkamah dan tidak disenaraihitamkan untuk masuk semula ke Malaysia…
Kontraktor Didakwa Cederakan Isteri
PETALING JAYA – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya lima hari lalu. Muhammad Izhan Abdul Halim, 28, didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Wan Nasuha Wan Abd Rashid, 29 yang merupakan suri rumah, dengan cara menendang pinggang dan menampar…
Satu Lokasi Baharu H5N1 Dikesan Di Tumpat
KUALA LUMPUR – Satu lokasi baharu di Tumpat, Kelantan dikenal pasti positif virus selesema burung (H5N1), menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata setakat ini, jumlah keseluruhan kawasan yang disahkan positif H5N1 adalah sebanyak 36 lokasi melibatkan 51 premis di negeri itu. Bagaimanapun, menurut jabatan itu, penemuan lokasi baharu di Tumpat…
TH Luluskan 20 Syarikat Pelancongan Tawar Khidmat Haji
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah meluluskan 20 syarikat pelancongan tempatan untuk menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang bertujuan menawarkan perkhidmatan pakej haji 1438H/2017. Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH dalam satu kenyataan berkata bakal jemaah yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej…
2 Bekas Pegawai Kanan Imigresen Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah
IPOH – Bekas Pengarah Imigresen Perak dan bekas Ketua Unit Pendakwaan Imigresen Perak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, dua tahun lepas. Tertuduh pertama, Zulhairin Yahya, 45, ketika bertugas sebagai Pengarah Jabatan Imigresen Perak didakwa cuba memperoleh suapan wang tunai RM10,000 setiap bulan…
PFAM Minta FMLLP Segera Potong Mata Pasukan Liga
KUALA LUMPUR – Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) perlu segera melaksanakan isu penolakan mata kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji. Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), Izham Ismail berkata pihaknya bersetuju dengan tindakan itu supaya pasukan Liga-M lebih memandang serius isu kebajikan pemain. “Cadangan ini telah…
Penempatan Khas Penagih Dadah Di Pulau Terengganu
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan meneliti cadangan pembangkang untuk membina sebuah kem khas bagi menempatkan belia yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah di sebuah pulau, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud. Beliau berkata cadangan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) itu memerlukan penelitian terperinci untuk dilaksanakan. “Yang Berhormat kata kerajaan…
Gegar Vaganza ‘Islamik’ Papar Konsep Dakwah
SETELAH kejayaan pertandingan nyanyian retro Gegar Vaganza yang berlangsung selama tiga musim, kini pihak Astro muncul dengan satu lagi pembaharuan. Masih mengekalkan penyertaan bagi para penyanyi profesional, pembaharuan ini bagaimanapun memberi nafas baharu kepada konsep pertandingan seni suara tersebut. Kali ini, para penyanyi tidak akan membawa lagu-lagu bergenre pop, rock mahupun dangdut seperti sebelum ini,…
Hakisan Tanah: Jambatan Di Kampung Semerbok, Kota Terputus
REMBAU – Hujan lebat yang berlaku petang semalam menyebabkan sebuah jambatan di Kampung Semerbok, Kota dekat sini terputus ekoran hakisan di tebing sungai. Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) negeri, Mejar Mohd Rohaidi Halim berkata kejadian yang berlaku pagi tadi bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. “Jambatan itu terputus ekoran daripada hujan dan…
Kakitangan JPJ Hadapi 4 Pertuduhan Palsukan Pendaftaran Kenderaan
ALOR SETAR – Seorang pekerja gerai dan seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Kulim masing-masing menghadapi empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini,memalsukan empat buah kenderaan pada Februari dan Jun 2016. Nik Hazrihairi Nik Kasim, 34, dan Nurul Hanim Abu Bakar, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan itu dibacakan di…
Pemimpin PAS Hidup Mewah Di Selangor! – PAN
KUALA LUMPUR – Mustahil PAS mahu memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana ramai pemimpinnya dalam kerajaan Selangor sedang menikmati hidup mewah waktu ini. Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berkata, pemimpin PAS dalam kerajaan Selangor takut akan kehilangan kuasa, gaji berpuluh ribu ringgit dan pelbagai kemudahan yang mereka terima jika PAS…
Beauty & The Beast Boleh Tayang Babak Gay
PUTRAJAYA – Kelulusan tayangan filem ‘Beauty and The Beast’ di bawah klasifikasi P13 tanpa ditapis diputuskan Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) dan bukannya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN). KDN dalam kenyataan hari ini menjelaskan JKRF adalah sebuah jawatankuasa yang bebas daripada LPF yang ditubuhkan berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 dan tidak…
Seorang Melecur Teruk, Seorang Cedera Dalam Kebakaran Kilang
KUCHING – Dua pekerja cedera dan melecur dalam kebakaran sebuah kilang menghasilkan jongkong, kepingan, sel dan modul solar di Kawasan Perindustrian Samajaya, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa Liang Yuu, seorang warga China, melecur seluruh badan manakala pekerja tempatan, Qhairul Apdar Mohd Firdaus, 23, cedera ketika cuba menyelamatkan diri…
Lebih 200 Terjejas Akibat Banjir Di Alor Gajah
ALOR GAJAH – Dianggarkan lebih 200 penduduk daripada 48 keluarga di Kampung Cherana Putih Simpang dan Taboh Naning di sini terjejas akibat banjir kilat di kawasan itu. Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata mangsa yang terjejas teruk telah dipindahkan ke Balai Raya Taboh Naning akibat rumah mereka dinaiki air selepas air sungai…
Penjawat Awam Malaysia Bertaraf Hamba?
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa penjawat awam negara ini dilayan seperti hamba oleh kerajaan Malaysia walaupun mereka menerima skim gaji yang baik dengan pelbagai kemudahan serta inisiatif berbanding pekerja dalam sektor lain. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub menuduh penjawat awam dilayan seperti hamba hanya kerana mereka diseru supaya tidak menjadi…
Gomez Pertahan Safiq, Aidil, Kunalan, Amirul Hadi
KUALA LUMPUR – Jurulatih baharu Harimau Malaysia, Mario Gomez mempertahankan kemunculan semula empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mewakili skuad kebangsaan. Kata beliau, empat pemain itu iaitu Mohd. Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S.Kunanlan dan Mohd. Amirul Hadi Zainal merupakan aset kepada negara. “Mereka telah banyak menabur bakti dan jasa kepada negara sebelum…
Gempa Sederhana Landa Laut Maluku Utara
KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di Laut Maluku Utara pada 11.30 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gegaran 145km dari barat daya Kepulauan Talaud, Indonesia dan 860km barat daya Semporna, Sabah. Ia tidak mendatangkan ancaman tsunami. – BERNAMA
Kerana Politik, Selangor Sokong PKNS Bukan FAS?
SHAH ALAM – Gara-gara mahu mempolitikkan bola sepak, kerajaan Selangor memecah tradisi lama apabila mengumumkan sokongan kepada PKNS FC berbanding pasukan induknya, FAS sendiri. Menurut portal tempatan AgendaDaily, langkah pelik itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Amirudin Shari semalam. Beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri…
Tuesday, 28 March 2017
Inspektor, 2 Konstabel Polis Mengaku Tak Salah Minta Suapan
JOHOR BAHRU – Seorang inspektor dan dua konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berasingan kerana meminta suapan. Inspektor Isa Ahmad, 30, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor didakwa atas satu pertuduhan meminta RM1,000 daripada Zanariah Mat sebagai dorongan membebaskan Wan Karmizi Muhammad yang ditahan…
Kes Demam Denggi Turun 18 Peratus Tahun Lepas
SHAH ALAM – Kes demam denggi di Selangor menunjukkan penurunan sebanyak 18 peratus dengan 51,652 kes dicatatkan tahun lepas berbanding 63,198 kes pada tahun sebelumnya. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 78 kes kematian dicatatkan akibat deman denggi berbanding 127 kes pada tahun…
Dego Ride: Malaysia Contohi Negara Maju
KUALA LUMPUR – Malaysia akan mencontohi Tokyo, Singapura, London dan New York yang tidak menggunakan operasi teksi motosikal di bandar mereka. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mansor Abd Rahman (BN-Sik) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang ingin…
Nasi Lemak Gay Pula…
BELUM habis lagi cerita Nasi Lemak Pondan, kini muncul pula Nasi Lemak Gay yang dibuka di kawasan Cheras. Menggunakan strategi yang sama iaitu penggunaan nama yang boleh mencetuskan kontroversi, kini ia dilihat seakan-akan menjadi ‘trend’. Justeru, tidak hairan kalau selepas ini muncul pula nama lain yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia. Nasi Lemak Gay mula mendapat…
Pesawat Terbakar: 141 Penumpang Nyaris Maut
SERAMAI 141 penumpang termasuk anak kapal terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila pesawat Peruvian Airlines terbakar ketika mendarat di lapangan terbang berhampiran bandar Ander, Jauja, Peru, pada Selasa. ABC News melaporkan, pesawat Boeing 737-300 itu melencong ke kanan sebelum tersasar dari landasan ketika mendarat. Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu yang berlaku pada 4.30 petang Selasa…
Fikirlah: Sakit Jiwa Akibat Sikap Buruk Pengguna Jalan Raya
KUALA LUMPUR – Tidak cukup berdepan dengan kesesakan lalu lintas, masyarakat Malaysia terutamanya warga kota semakin tertekan dengan sikap buruk sesetengah pengguna jalan raya. Keadaan ini bagaimanapun tidak menjejaskan pemilikan kenderaan yang sentiasa meningkat di sebalik penambah baikan kemudahan pengangkutan awam. Penulis sendiri terpaksa memandu dalam keadaan jalan raya yang pada kebanyakan masanya sesak untuk…
Awek Pantai Timur Gaduh Rebut Boyfriend
PENGGUNA laman penstriman video Youtube menggunakan nama Staff KV berkongsi tiga video pendek pergaduhan antara dua remaja perempuan dikatakan berebut seorang lelaki bernama Arif. Menerusi percakapan yang kedengaran di dalam video tersebut, kejadian itu berlaku di salah sebuah negeri di Pantai Timur namun butiran terperinci tidak dinyatakan. Di dalam video itu, seorang remaja perempuan yang…
Letak Harga Tinggi, Sufian Suhaimi Lupa Diri?
MESKI baharu menapak dalam industri seni hiburan, namun nampaknya nama penyanyi yang semakin meningkat naik, Sufian Suhaimi sudah terpalit dengan bermacam-macam cerita. Terbaharu, timbul pula dakwaan penyanyi lagu Terakhir ini sudah lupa diri apabila meletakkan harga tinggi pada persembahannya baru-baru ini. Menjawab hal itu, Sufian tampil menafikan dakwaan negatif yang melibatkannya itu sebaliknya menjelaskan harga…
Siti Nordiana Teruja Jadi Pengacara GGV
NAMPAKNYA rezeki tidak putus-putus buat penyanyi, Siti Nordiana. jika sebelum ini dia mengembangkan bakat dalam bidang lakonan, kali ini ditawarkan pula menjadi pengacara program Gema Gegar Vaganza (GGV). Sebuah portal hiburan melaporkan, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu akan bergandingan dengan Achey dan Fikry Lawak Solo sebagai pengacara bersama. Wanita yang lebih mesra disapa sebagai Nana ini…
Black Eagles Gegar Ruang Angkasa Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR – Warga ibu negara dan yang bekerja di sekitar pusat bandar raya Rabu teruja menyaksikan deruan jet pejuang asing Black Eagles yang berlegar-legar di ruang udara. Sembilan pesawat pejuang jenis KAI-TB50 milik tentera udara Korea Selatan itu muncul ‘menggegarkan’ ruang angkasa Kuala Lumpur terutamanya di sekitar Menara Berkembar Petronas yang menempatkan KLCC. Pesawat…
Netizen Kritik Fesyen Seluar Ketat Neelofa
TIDAK dinafikan Neelofa mempunyai fashion sense yang bagus, tengok sahajalah fesyen tudung yang digayakannya pun turut menjadi ikutan ramai wanita di luar sana. Namun, tak semua peminat bersetuju dengan fesyen seluar ketat yang dipakai Neelofa dalam sebuah majlis hiburan baru-baru ini. Tak kurang juga ada di kalangan netizen yang mengkritik fesyennya yang dikatakan tidak seiring…
Habis Pecah Mesin Atm Ditumbuk Lelaki Ini
GEORGETOWN – Akibat berang kerana gagal mengeluarkan wang, seorang lelaki bertindak memecahkan memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank di Lintang Angsana, Bandar Baru, di sini, malam tadi. Dalam kejadian 11 malam itu, suspek yang memasuki bangunan yang menempatkan mesin ATM itu cuba mengeluarkan duit di dua mesin wang berkenaan. Namun, cubaannya gagal…
Peruntukan 45% Kontrak Projek LRT 3 Kepada Syarikat Bumiputera
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 45 peratus daripada jumlah kontrak Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang bernilai RM9 bilion kepada syarikat bumiputera menerusi inisiatif ‘carve out and compete’. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi inisiatif ini syarikat bumiputera yang berkelayakan harus bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kontrak bagi…
Khidmat ‘Valet Doa’ Diarah Henti Operasi
KUALA LUMPUR – Laman Facebook Valet Doa yang menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah diarah menghenti operasi mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Selangor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan…
Masih Ada Umat Islam Engkar Fatwa Haram Merokok
KANGAR – Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan rokok adalah haram namun masih ada umat Islam merokok dalam kawasan masjid. Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kesal dengan perbuatan itu, menasihatkan umat Islam supaya menghentikan tabiat buruk itu selain merokok memberi kesan buruk terhadap kesihatan. “Mereka bukan sahaja membuang puntung rokok merata-rata…
Sistem Pendawaian Elektrik 50 Hospital Dinaik Taraf
SEGAMAT – Kementerian Kesihatan Malaysia akan menaik taraf sistem pendawaian elektrik 50 hospital kerajaan melibatkan kos antara RM500 juta hingga RM600 juta. Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keutamaan kerja menaik taraf itu akan dijalankan secara berperingkat kepada hospital yang berusia lebih 50 tahun. “Selain itu, kami juga sudah mengenal pasti hospital yang berusia…
Bot Karam: Operasi SAR Masuk Hari Ke-61
KOTA KINABALU – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot pelancong yang karam serta hilang di perairan Sabah, Januari lepas, belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-61, hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim MALAYSIA (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata sektor pencarian…
Kamal ‘Book’ Satu Pawagam Demi Birthday Emma
SIKAP romantis pelakon Kamal Adli yang sentiasa berusaha menggembirakan kekasih hatinya, Emma Maembong sememangnya layak dipuji. Terbaharu, Kamal dilihat membuat kejutan manis sempena ulang tahun kelahiran Emma yang ke-25 tahun di panggung wayang. Bukan kejutan biasa-biasa taw, kerana Kamal difahamkan bersama peminat Emma sanggup menempah satu hall pawagam untuk aktres jelita itu. Lebih manis, siap…
Remaja Muslim 14 Tahun, Pensyarah Termuda U’siti Leicester
JIKA diamati pada bentuk fizikal dan umur remaja ini, dia tak ubah seperti rakan-rakan seusianya yang lain. Namun pasti ramai yang terkejut jika mengetahui status sebenar remaja berusia 14 tahun ini. Yasha Asley merupakan warga Muslim berasal dari Britain merupakan seorang remaja yang dianugerahkan dengan kepintaran yang luar biasa dalam bidang matematik. Dek kepintarannya itu,…
Messi Digantung 4 Aksi Kelayakan Piala Dunia
ZURICH – Lionel Messi digantung empat perlawanan kelayakan Piala Dunia buat Argentina bermula perlawanan menentang Bolivia awal pagi esok. Messi digantung kerana ‘mengeluarkan perkataan menghina kepada pembantu pengadil’ ketika saingan kelayakan berdepan Chile Khamis lalu, kata FIFA sejam sebelum sepak mula di La Paz. “Keputusan ini seiring dengan peraturan Jawatankuasa Disiplin FIFA berkaitan kes yang…
23 Penduduk Kampung Dipindah Akibat Banjir Kilat
MELAKA – Seramai 23 penduduk Kampung Cherana Putih di Simpang Ampat, Alor Gajah, dekat sini, terpaksa bermalam di pusat pemindahan sementara apabila rumah mereka dilanda banjir kilat, tengah malam tadi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, menerusi kenyataan, berkata mangsa dipindahkan ke Balai Raya Taboh Naning dekat sini. “Hujan lebat semalam telah mengakibatkan kawasan sekitar Kampung…
Tergamam Saksi Fenomena Belalai Air Di Georgetown
PENGGUNA laluan Jambatan Pulau Pinang, semalam, ‘disajikan’ dengan satu fenomena alam luar biasa apabila belalai air atau pusaran angin yang muncul bersebelahan jambatan itu, kira-kira jam 6 petang. Menurut beberapa saksi, fenomena itu berlaku dalam tempoh hanya lima minit. Meskipun ianya hanya berlaku sekejap, namun fenomena itu menarik perhatian pengguna hinggakan ramai sanggup memberhentikan kenderaan…
Skim Insurans Pesawah Harap Dilaksana Dalam Bajet 2018
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berharap skim insurans untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana dapat dilaksanakan menerusi Bajet 2018. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, skim insurans tersebut kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan. “Kita sedang dalam peringkat akhir dan akan bentangkan kepada Kabinet dalam masa satu atau…
Lelaki Miliki Kuku Sepanjang 55cm
JIJIK….lelaki ini tidak pernah memotong kuku selama 35 tahun. Bayangkan bagaimana dia melakukan aktiviti harian dengan kuku sepanjang 55cm itu. Namun Luu Cong Huyen, 58, yang berasal dari Vietnam ini gembira dengan keadaan itu malah dia sengaja membiarkan kuku itu panjang. Walaupun Huyen gembira, namun isterinya, Nguyen Thi Thuan adalah orang yang paling sengsara dengan…
Presiden Perancis Akhiri Lawatan Negara 2 Hari Ke Malaysia
SEPANG – Presiden Perancis Francois Hollande berlepas dari sini untuk ke Jakarta malam ini selepas mengakhiri lawatan negara selama dua hari ke Malaysia. Presiden Perancis itu kelihatan berada di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Entulu Belaun, yang merupakan Menteri Pengiring semasa lawatan Hollande.…
Bayi Ditanam Hidup-Hidup Berjaya Diselamatkan
APALAH dosa bayi perempuan ini hingga tergamak ibunya menanamnya hidup-hidup? Nasib baik sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan di Jaipur, Odisha itu ternampak kakinya lalu mereka terus memaklumkan kepada penduduk kampung di situ. Selepas digali tanah berkenaan, bayi itu masih hidup tetapi dia dikatakan ditanam dalam lubang yang cetek itu dan ditimbus dengan pasir…
Bos Gila, Koyak Wang Pekerja Kerana Tak Lepas ‘Target’
ANDA mungkin merasakan bos anda adalah orang yang paling garang dan tidak bertimbang rasa, tapi anda silap. Dia pasti tidak boleh melawan kegarangan wanita ini yang dikenali sebagai Liu. Disebabkan lima pekerjanya gagal memenuhi sasaran untuk mengedar setiap 100 risalah, Liu yang juga pengurus di sebuah kedai elektrik telah memaksa mereka mengoyak wang kertas kepunyaan…
Michelle Yeoh Dianugerah Legion D’Honneur, Perancis
KUALA LUMPUR – Pemenang anugerah heroin aksi Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng menerima anugerah ketiga Legion d’Honneur dari Perancis atas sumbangannya dalam bidang kebudayaan dan industri perfileman. Beliau dianugerahi darjah ‘the Commander of the Legion d’Honneur’ oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di sini hari ini. Yeoh, 54,…
Lawatan Presiden Perancis Tingkat Perdagangan 2 Hala
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berharap lawatan negara Presiden Perancis, Francois Hollande ke Malaysia dapat meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara. Seri Paduka yakin Malaysia dan Perancis mampu meneroka lebih banyak peluang termasuk bidang ekonomi, pertahanan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan udara. “Beta ingin juga menzahirkan ucapan terima kasih…
Buku Mengenai Istana Kehakiman Dilancar
PUTRAJAYA – Sebuah buku “coffee table” berjudul “Palace of Justice Putrajaya Malaysia” dilancarkan hari ini untuk pembaca menghayati nilai-nilai estetika bangunan lima tingkat ini yang menempatkan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Buku setebal 182 muka surat mengandungi maklumat bergambar dan informasi mengenai bahagian dalaman Istana Kehakiman termasuk kamar hakim dan…
Isu Pemilikan Rumah Mendapat Perhatian ADUN
KUALA TERENGGANU – Isu pemilikan rumah rakyat dibangkitkan oleh beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) semasa membahaskan titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN Terengganu hari ini. Antara lainnya, mereka meminta kerajaan negeri Terengganu supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah. Wan Abdul Hakim Wan…
2 Polis Cedera Dirempuh Kenderaan Penjenayah
JOHOR BAHRU – Dua anggota polis cedera setelah dirempuh sebuah kenderaan penjenayah yang ingin meloloskan diri daripada sekatan di Saleng, Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam, di sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md. Said berkata mangsa yang merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dan IPD Johor Bahru, kini menerima…
Songket Malaysia Diketengah Di Muzium Perancis
KUALA LUMPUR – Songket Malaysia antara barangan pameran yang bakal diketengahkan di Muzium Kesenian Asia Guimet, (France Musee Des Arts Asiatiques Guimet), berikutan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara muzium itu dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Bercakap kepada wartawan di sini hari ini, Ketua Jabatan Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia, Dr. Heba Nayel Barakat berkata MoU…
Johari Mahu Jawab Kecaman Di Sidang DUN
KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan menjawab kritikan mengenai tindakan kerajaan negeri membeli Loji Hidroelektrik Bakun daripada kerajaan Pusat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurutnya pihak pembangkang telah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang membayar harga tinggi sebanyak RM2.5 bilion bagi pembelian itu. “Saya tidak mahu berdebat…
Pendaki Tertua Malaysia Sedia Daki Everest Kali Ke-2
KUALA LUMPUR – Pendaki gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, kini siap sedia untuk melakukan percubaan kali kedua mendaki Gunung Everest. Bercakap kepada Bernama, Lee berkata pengalamannya tahun lepas memberikannya pemahaman lebih baik mengenai ‘bumbung dunia’ itu, hingga membolehkan beliau membuat persediaan lebih baik kali ini. “Kali ini, saya boleh kata keyakinan itu…
Kes Culik: LKIM Terima Kasih Pada PM, Kerajaan
KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berterima kasih kepada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan membantu kebajikan nelayan-nelayan Malaysia yang diculik. “Tindakan Perdana Menteri sewajarnya dipuji dan bantuan yang dihulurkan adalah bagi meringankan beban serta trauma yang bukan sahaja dirasai mangsa malah keluarga mereka,” kata Pengerusi LKIM, Datuk Seri…
Tidak Perlu Layan Pemain Tolak Wakili Negara
KUALA LUMPUR – Pemain yang menolak panggilan mewakili skuad bola sepak kebangsaan tidak perlu lagi diberi peluang atau diterima semula dalam pasukan itu. Bekas pemain negara era-1970an dan 1980an, Khalid Ali berkata mereka yang menolak panggilan itu, perlu berasa kesal kerana tidak bersikap profesional dan bertanggungjawab untuk mewakili negara sebelum ini. “Saya masih kecewa dengan…
Rasuah Pingat: SPRM Teliti Pendedahan Sultan Johor
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti pendedahan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengenai cubaan rasuah terhadap baginda berhubung penganugerahan pingat. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata SPRM masih meneliti pendedahan itu dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan. “Buat masa ini tiada tangkapan lagi kerana kami sedang…
Malaysia-Indonesia Tingkat Kawalan Perairan
GEORGE TOWN – Polis Marin Malaysia dan Indonesia meningkatkan kerjasama penguatkuasaan perairan kedua-dua negara dengan tumpuan di kawasan yang dikenal pasti menjadi laluan pengganas Daesh dan sindiket penyeludupan manusia. Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Abdullah berkata menerusi risikan dijalankan antara Malaysia dan Indonesia serta beberapa negara lain, beberapa laluan panas yang…
Kerajaan Tidak Tutup 30 Kedutaan Malaysia
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menutup 30 pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara seperti yang didakwa pihak tertentu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini. Beliau berkata kesemua pejabat kedutaan itu penting bagi memastikan dasar luar dengan negara-negara berkenaan terus terpelihara. Pada masa ini, katanya, Malaysia mempunyai 108 pejabat kedutaan di…
Polis Kelantan Bongkar Kegiatan Geng Culik
KOTA BHARU – Polis Kelantan membongkar kegiatan sekumpulan penculik diketuai seorang etnik Rohingya yang disyaki menculik mangsa daripada kalangan etnik mereka sebelum memeras wang daripada keluarga mangsa. Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail kumpulan itu yang dipercayai dibantu warga tempatan dikesan sudah melakukan kegiatan jenayah itu sejak 15 tahun lepas. Kegiatan kumpulan yang…
Liputan Luas Media Singapura Kes Culik Rakyat Malaysia
SINGAPURA – Media Singapura memberi liputan meluas mengenai pembebasan lima tebusan rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas. Akhbar The Straits Times memuatkan satu perempat halamannya dengan gambar pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan dua daripada lima rakyat Malaysia yang diselamatkan. Foto oleh FotoBernama,…
Keluarga 3 Budak Lemas Di Lombong Bauksit Fail Saman
KUANTAN – Keluarga tiga kanak-kanak mati lemas dalam kolam bekas lombong bauksit haram di Taman Sungai Karang Jaya dekat sini pada Feb lepas akan memfailkan saman terhadap pemilik tanah lombong itu. Peguam Mohd Harris Abdullah akan mewakili ibu bapa ketiga-tiga mangsa lemas berkenaan iaitu Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10; Salsabila Zuhairi, 12; dan adik…
loading...