loading...

Friday, 21 April 2017

Ayat-Ayat Cinta Makan Dalam Untuk Kekasih

Anda tahu maksud Ayat-Ayat Cinta Makan Dalam Untuk Kekasih? Entri kali ini merupakan kesinambungan entri-entri ayat jiwang dan juga ayat cinta yang lepas. Tapi kali ini sedikit berbeza sebab kali ini kami ingin berkongsi ayat-ayat cinta makan dalam. Anda semua tahu kan maksud makan dalam? Bukan maksud makan dan telan makanan, hehe. Ayat-ayat cinta makan dalam ini adalah ayat-ayat jiwang yang mempunyai banyak maksud tersirat dan kadangkala agak pedas dan daripada apa yang diluahkan. Ada yang memang membawa maksud yang mendalam
jika terkena dengan seseorang itu.
Cuba jangan contact seseorang yang kita sayangi atau harapkan. Jika dia contact tanpa henti means dia perlukan kita dalam hidup dia. Tapi jika dia hanya senyap means dia tidak perlukan kita dan mungkin ada orang lain yang lebih baik selain kita.
Ayat-Ayat Cinta Makan Dalam Untuk Kekasih
Sampai satu tahap, aku dah tak kisah pun pasal orang yang nak datang dan kemudian pergi dari hidup aku. Kalau nak stay, Stay jelah, kalau nak pergi dipersilakan. Aku dah lali dengan permainan ini.
Ayat-Ayat Cinta Makan Dalam Untuk Kekasih
Aku je yang over sebenarnya selalu ambil berat pasal dia, tunggu dia, fikir pasal dia, tapi dia? Ada ke dia fikir pasal aku? Tak payah fikirlah, ada ke dia sebut nama aku? Entahlah, aku tak tahu sampai bila aku boleh tahan, mungkin aku tak kan giveup, tapi kalau satu hari nanti aku mengalah, aku harap dia ditemukan dengan orang gila, sebab dapat yang normal pun tak reti nak hargai.
Ayat-Ayat Cinta Makan Dalam
Aku sedar, sebelum ini aku berharap dan tertunggu-tunggu. Sedangkan aku hanya dipandang selintas mata. Aku bukan pilihannya dan tiada pentingnya. Rasa perit tercalar tanpa sedar. Jadi mulai sekarang, aku cuba untuk tidak terhegeh-hegeh lagi. Akan ku senyap pelahan-lahan dan semakin hilang. Biar terguris hati sekarang, jangan kemudian. Memang kurang sakitnya, tapi parutnya tetap jadi perhiasan.
Jiwang Ayat-ayat cinta makan dalam tersirat
Aku takkan curang walaupun aku rasa tidak dihargai, tapi aku akan pergi bila aku rasa tidak diperlukan lagi. Satu yang pasti, hati aku takkan berubah walaupun aku selalu disakiti.
Ayat-Ayat Cinta Makan Dalam Pedas
Mungkin hari ini, saya terhegeh-hegeh dekat awak. Awak akan rasa saya menyemak, tapi percayalah, saya akan hilang bila tiba masanya.
Ayat-Ayat Cinta Makan Dalam
Sekian sahaja ayat-ayat cinta makan dalam untuk kali ini.
Sumber kakipromo

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...