loading...

Monday, 24 December 2018

Angkara ”Selfie”, Lelaki Maut Tertembak Ketika Asyik Bergambar Bersama Pistol

Selfie bersama senjata berbahaya akhirnya membawa tragedi berdarah. Seorang pemuda didapati maut akibat terkena tembakan ketika dia dan rakannya mengambil gambar sambil memegang sepucuk pistol.


Menurut sumber, beberapa gambar yang sampat dirakamkan dua rakan itu bersama senjata api berkenaan ditemui dalam telefon bimbit pemuda berusia 23 tahun yang terkorban itu.


Kematian Vijay Singh mendorong pihak polis meneliti kes kematian yang hampir sama di Selatan Delhi, minggu lalu. Pada kejadian 8 Mac, seorang guru secara tidak sengaja terkena tembakan yang dilepaskan sepupunya ketika sedang bergambar dengan senjata api itu.
Dalam kejadian terkini, pihak penyiasat akan menunggu laporan forensik sebelum melengkapkan siasatan sama ada tembakan dilakukan secara sengaja atau tidak. Timbalan Komisioner (Rohini), Rajneesh Gupta berkata, laporan itu akan menentukan sama ada mangsa dibunuh atau ditembak secara tidak sengaja.
Sebaik kejadian itu berlaku, rakan Vijay yang bergambar dengannya yang dikenali sebagai Monu telah melarikan diri. Siasatan awal mendapati kedua-dua pemuda itu tidak mempunyai lesen pemilikan senjata api.
Menurut sepupu mangsa yang berusia 12 tahun, Monu tiba di kediaman mereka bersama pistol pada kira-kira pukul 9 malam.
“Monu terus ke bilik Vijay, ketika itu saya di ruang tamu dan perbualan antara Vijay dan Monu seolah-olah mereka sedang bermain dengan pistol dan mengambil gambar,” kata kanak-kanak perempuan itu.
Bagaimanapun, beberapa minit kemudian terdengar bunyi kuat dari arah bilik Vijay dan sebaik tiba di situ dia melihat sepupunya terbaring di lantai dengan kesan tembakan pada leher.
Monu yang masih berada di bilik itu kemudiannya menolak budak perempuan itu sebelum melarikan diri. Vijay bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Sumber: myinfoharian

0 comments:

Post a Comment

loading...