Sebenarnya persoalan bila mahu berkahwinan merupakan ungkapan biasa. Tetapi ia akan jadi berbeza jika ditanya kepada mereka yang tidak lagi berkahwin pada usia yang agak tua. Tidak senang hati, akibat berang kerana sering diajukan soalan bila mahu berkahwin, seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah kampung di Wawali di Minahasa Tenggara, Sulawesi Timur di Indonesia bertindak menetak kepala jirannya hingga mati.
Memetik sumber laman Merdeka.com, kejadian dikatakan berlaku pada malam Sabtu lalu ketika suspek, Aswin datang ke rumah rakannya, Ari Kongingi, 47, untuk membeli arak cap tikus.
Dua sahabat yang bekerja sebagai petani itu pada mulanya berbual mesra tetapi suasana bertukar tegang apabila Ari mengajukan soalan, “Kapan nikah” kepada Aswin.
Soalan itu menyebabkan Aswin naik berang dan terus memarahi Ari sambil berkata, “Jangan ikut campur, itu urusan keluarga saya”.
Reaksi Aswin itu menyebabkan Ari tidak berpuas hati dan dia terus mengekori lelaki itu pulang ke rumahnya. Ketika di rumah Aswin, mereka terus bertengkar dan suspek yang berang mengambil sebilah parang lalu menetak kepala Ari.
Jurucakap polis, Ronny memberitahu, Ari meninggal dunia semalam ketika dirawat di hospital Noongan Langoan akibat kecederaan parah di kepala.
The post Lelaki Pertengahan Umur Parah Ditetak Rakan Kerana Sakit Hati Ditanya “Bila Mahu Berkahwin?” appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment