Adakah anda suka menonton filem seram lagi menakutkan? Menurut kajian di University of Westminster, menonton filem seram boleh membawa pelbagai faedah, seperti membakar kalori dan meningkatkan mood.
Menyusul dari laman The Guardian, ia juga bergantung pada individu yang menonton filem yang seram dan menakutkan itu. Penyelidik menjalankan kajian terhadap 10 responden dan tahap detak jantung, penyerapan oksigen dan karbon dioksida. Richard Mackenzie, salah seorang penyiasat mendapati, menonton filem-filem yang menakutkan, otak akan bertindakbalas terhadap sistem saraf, menyebabkan lemak dibakar untuk tenaga.
Dalam kajian lain oleh US National Library of Medicine National Institutes of Health, menonton filem yang menakutkan juga menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Berikut adalah senarai 10 filem menakutkan dan nombor kalori yang dibakar setiap kali anda menonton filem ini:
- The Shining: 184 calories
- Jaws: 161 calories
- The Exorcist: 158 calories
- Alien: 152 calories
- Saw: 133 calories
- A Nightmare on Elm Street: 118 calories
- Paranormal Activity: 111 calories
- The Blair Witch Project: 105 calories
- The Texas Chain Saw Massacre: 107 calories
- [Rec]: 101 calories
Akhir kata, menurut kami filem-filem seram Asia sememangnya adalah yang terbaik, sesuai dengan budaya rakyat Malaysia kita sendiri. Sekarang, ada pelbagai cerita menakutkan yang disiarkan termasuklah cerita menakutkan disesuaikan daripada kisah sebenar. Bagaimana dengan anda? Cerita seram dan menakutkan apakah yang anda suka tonton?
The post Tonton Filem Seram Boleh Kurangkan Berat Badan – Kajian appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment