loading...

Monday, 3 October 2016

DSV Mengamuk Tandas Lebih Mewah Dari Surau

TERKEJUT dan terkilanItu yang dirasai pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (DSV) apabila mendapati surau di sebuah hotel bertaraf enam bintang di Kuala Lumpur tidak diselengarakan dengan baik malahan seperti tangkap muat sahaja.

Beliau yang dikenali sebagai Datuk Vida terkejut apabila melihat keadan surau yang hanya boleh menempatkan tiga orang dalam satu masa serta kawasan mengambil air wuduk dianggap tidak bersesuaian kerana terlalu hampir dengan tempat solat.

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila terdapat aliran paip yang tidak sepatutnya diletakkan di dalam surau yang sempit dan tidak mempunyai penghawa dingin untuk keselesaan pengguna.

Sedihnya, sayang pun tak tahu. Ini keadaan surau hotel enam bintang, katanya.

Beliau kemudiannya meninjau tandas di hotel yang sama dan alangkah terkejut apabila mendapati tandas yang disediakan pihak hotel lebih mewah berbanding surau.

Tandas punyalah mewah, saya ni sakit kepala. Ampunkan dosaku ya Allah dan berkatilah usahaku, ya Allah, katanya.

Menurutnya, tandas yang terletak di sebuah hotel paling mewah di Kuala Lumpur itu boleh menempatkan 100 orang berbanding surau yang hanya memuatkan tiga orang sahaja.

Katanya, peralatan di tandas berkenaan mencukupi berbanding surau yang berada di bawah pengurusan hotel sama.

tandas-DSV.jpg

Kekesalan pengasas produk Pamoga Qu Puteh ini dikongsi melalui laman Facebooknya baru-baru ini dan menjadi viral di laman sosial.

Sumber: informasidbt

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...