Wanita Ini Disahkan Meninggal Dunia. Selepas 24 Jam Dikebumikan Apa Yg Jadi Slps Itu MENGEJUTKAN !!! | Kematian adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan akan berlaku kepada semua manusia tak kira cepat atau lambat.
Apabila kita kehilangan seseorang yang penting dalam hidup buat selama-lamanya, ia adalah seumpama menerima tamparan yang hebat kepada realiti kehidupan yang akan dihadapi pada masa akan datang.
Pemergian seseorang boleh membuatkan kita berada dalam keadaan yang tidak menentu. Marah, sedih, tekanan, penafian realiti, harapan sebelum akhirnya kita mula menerima ketentuan takdir.
Keadaan-keadaan yang telah disebutkan di atas dialami oleh Rudy Gonzalez yang berasal dari Honduras. Lebih teruk lagi, dia dikatakan mendengar suara isterinya dari dalam kubur.
Si isteri yang bernama Neysi Perez dikatakan tidak sedarkan diri selepas mendengar beberapa bunyi das tembakan ketika terjaga pada waktu malam untuk menggunakan tandas yang terletak di luar rumah.
Neyes dipercayai mengalami serangan panik ketika terkejut dengan bunyi tersebut ditemui rebah di lantai dengan mulut yang berbuih. Kedua-dua ibu bapanya yang melihat keadaan Neyes pada ketika itu menyangkakan anak mereka dirasuk oleh makhluk halus lantas memanggil paderi untuk melakukan upacara menghalau hantu.
Akan tetapi, Neysi tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika upacara tersebut dijalankan. Mereka membawa Neysi ke hospital dan selepas tiga jam, dia disahkan telah meninggal dunia oleh doktor. Apa yang lebih menyedihkan adalah berita tentang kandungan berusia tiga bulan di dalam perut Neysi.
Keluarga Neysi menyarung gaun perkahwinannya ketika upacara pengebumian.
Sehari kemudian, suaminya Rudy Gonzalez telah pergi melawat kubur isterinya di La Entrada dan pada ketika itulah, dia mula mendengar bunyi-bunyi yang sangat mengejutkan! Bunyi tersebut adalah bunyi jeritan dan dentuman daripada dalam kubur tersebut.
“Sebaik sahaja saya meletakkan tangannya pada kuburnya, saya boleh mendengar bunyi-bunyi aneh di dalam. Saya mendengar bunyi ketukan, suaranya meminta pertolongan tetapi sudah lebih 24 jam dia dikuburkan. Saya seolah-olah tidak percaya. Saya berasa sangat gembira dan berharap bahawa dia masih hidup,” ujar Rudy kepada Primer Impacto.
Jesus Villanueva, penggali kubur turut menyatakan bahawa dia mendengar bunyi daripada kubur tersebut.
“Saya cuba meyakinkan diri bahawa jeritan tersebut datang daripada tempat lain. Saya tidak pernah terfikir bahawa ada orang yang masih hidup ditanam di sana”.
“Pada tengahari itu, suaminya datang kepada saya dan merayu supaya saya mengeluarkan isterinya yang masih hidup. Tidak beberapa lama kemudian, keluarganya datang dan mula memecahkan tembok kubur tersebut sambil menjerit memanggil nama Neysi,” tambah penggali kubur tersebut.
Menurut sepupu kepada Neysi iaitu Carolina Perez;
“Sebaik sahaja Neysi dikeluarkan, saya meletakkan tangan saya pada badannya. Saya hampir pengsan kerana dapat merasakan kehangatan pada badannya. Pada dahinya terdapat beberapa kesan calar dan lebam pada jarinya. Ia kelihatan seperti dia cuba untuk melepaskan diri daripada keranda tersebut sehingga mencederakan dirinya”.
Maria Gutierrez, ibu kepada Neysi percaya bahawa anaknya ditanam hidup-hidup.
Dia turut menyalahkan pihak hospital yang menyatakan kematian anaknya tanpa melakukan pemeriksaan teliti.
“Doktor mengesahkan kematiannya tetapi kami semua tidak merasakan Neysi sudah mati. Dia tidak kelihatan seperti orang yang telah meninggal dunia. Walaupun sehari selepas dikuburkan, warna kulitnya masih lagi kelihatan normal, mayatnya tidak berbau dan dia kelihatan seperti sedang tidur nyenyak”.
“Badannya tidak sejuk dan tidak kaku jadi tidak mungkin dia telah lama meninggal dunia. Kami sangat gembira kerana walaupun selepas disahkan telah meninggal dunia, kami berharap akan dapat berita gembira dengan menggali semula kuburnya,” ujar ibu Neysi.
Neysi yang masih berada di dalam kerandanya telah dibawa ke hospital berdekatan yang terletak di San Pedro Sula.
“Seluruh keluarganya bergegas masuk ke hospital dan hampir merobohkan pintu masuk tersebut. Saya meminta mereka untuk mengeluarkannya dari keranda dan letakkan pada katil. Mereka menyatakan bahawa Neysi masih hidup jadi saya lakukan segala prosedur yang perlu,” ujar Dr. Claudia Lopez.
Menurut doktor tersebut, berlaku kemungkinan di mana jantung Neysi telah berhenti berdegup ketika serangan panik berlaku. Hal itu menyebabkan badan Neysi kehilangan fungsi-fungsinya walaupun sebenarnya masih hidup.
Namun begitu, sedang Dr. Lopez melakukan pemeriksaan ke atas mayat wanita tersebut, dia mendapati bahawa Neysi sudah pun meninggal dunia. Lebih tragis lagi, Neysi mungkin meninggal akibat asphyxia atau kesesakan nafas kerana kekurangan oksigen di dalam keranda yang tertutup itu.
Akur dengan kejadian tersebut, keluarganya membawa mayat Neysi kembali ke kawasan perkuburan.
Sumber: Era Baru
P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!
The post Wanita Ini Disahkan Meninggal Dunia. Selepas 24 Jam Dikebumikan Apa Yg Jadi Slps Itu MENGEJUTKAN !!! appeared first on HARIAN METRONI.
Sumber: harianmetroni
0 comments:
Post a Comment