loading...

Saturday, 4 August 2018

Inilah Sebab Teman Lelaki Tidak Juga Melamar Diri Anda

Adakah anda telah menjalin hubungan selama bertahun-tahun dengan si dia tetapi dia tidak pernah langsung menyentuh soal perkahwinan? Percayalah, setiap pasangan mempunyai waktu dan saatnya masing-masing.

Namun, jika anda masih teragak-agak sebabnya, berikut ini adalah beberapa sebab mengapa teman lelaki tidak juga melamar, memetik dari laman brides.com.

1. Dia sedang berusaha menyimpan wang

Percaya atau tidak, masih ramai orang di luar sana yang tidak memikirkan soal perkahwinan, kerana mereka masih khuatir gajinya tidak cukup. Jika teman lelaki tidak juga melamar, ada kemungkinan dia masih berusaha mengumpulkan wang dengan menabung.

2. Malas

Ini adalah kemungkinan lain yang perlu anda pertimbangkan. Ramai juga lelaki yang berusaha menunda apa yang patut dilakukan.

Mungkin pasangan anda memang mahu melamar, namun memerlukan sedikit dorongan. Pastikan anda memberi perhatian dan sokongan yang diperlukan.

3. Rasa tertekan

Ya, lelaki semakin tidak mahu bercakap ketika mereka rasa tertekan. Lelaki memerlukan masa yang tepat.

4. Bukan dia orangnya

Jenis lelaki yang memang tidak mempunyai niat untuk melamar malah berkahwin, lelaki seperti ini boleh berubah fikiran dengan cepat, membuat hubungan yang tadinya terasa luar biasa menjadi sangat menakutkan.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

Pastikan anda selalu melakukan pembicaraan berdua tentang masa hadapan anda dengannya dan apa yang masing-masing inginkan. Jangan memberi tekanan telus pada apa pun, kerana tidak ada orang yang ingin melakukan sesuatu apabila ditekan.

The post Inilah Sebab Teman Lelaki Tidak Juga Melamar Diri Anda appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...