loading...

Sunday, 30 December 2018

Thursday, 27 December 2018

Wednesday, 26 December 2018

Yuran Taska Di Jangka Naik Tahun Hadapan

Yuran taman asuhan kanak-kanak (Taska) dijangka meningkat antara 10 hingga 30 peratus berikutan kos penyelenggaraan dan penetapan gaji minimum tahun depan.

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Norsheila Abdullah berkata, situasi itu tidak boleh dielakkan berikutan gaji minimum RM1,100, turut membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) yang perlu ditanggung majikan.



"Kenaikan ini bukan isu besar kerana saya rasa memang wajar bukan saja kerana penetapan gaji minimum tetapi pengajar juga perlu memiliki ilmu dengan pelbagai kemahiran termasuk mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata (KAP) yang turut mengenakan bayaran tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini berhubung yuran taska yang dijangka meningkat tahun depan.

Bagaimanapun katanya, kenaikan yuran dan bayaran bulanan taska itu dijangka banyak membabitkan taska kawasan bandar yang turut berhadapan isu lain termasuk sewa premis dan makanan.

Tinjauan NSTP di Internet, mendapati secara purata, yuran bulanan dikenakan ke atas bayi bagi taska swasta di ibu kota, antara RM450 hingga RM500 sebulan.

Norsheila berkata, walaupun Taska selalui dikaitkan dengan ‘perniagaaan’ kerana ada transaksi bayaran daripada ibu bapa kepada pengusaha tetapi hakikatnya ia menawarkan perkhidmatan yang mana tenaga pengajarnya perlu dikemaskini dengan ilmu berhubung pendidikan awal kanak-kanak.

"Selari dengan hasrat kerajaan menyasarkan tenaga pengajar taska perlu memiliki diploma, gaji diberikan kepada pekerja juga seharusnya meningkat, bukan gaji tahap pengasuh semata-mata.

"Kenaikan ini sebenarnya bertepatan dengan modul dan pengisian ditawarkan taska. Saya kira ibu bapa sanggup melabur untuk bayi dan kanak-kanak kerana semakin ramai dalam kalangan generasi kini yang tahu mustahaknya pendidikan awal kanak-kanak," katanya.

Bagi Pengerusi Persatuan Pengusaha Taska Rumah Malaysia, Noraini Zainal, taska yang menaikkan kos operasi seperti yuran pendaftaran dan bayaran bulanan, seharusnya meningkatkan perkhidmatan dengan menawarkan aktiviti sepanjang berada di taska.

Katanya perkhidmatan tambahan merujuk kepada khidmat baharu seperti urutan pada bayi, atau modul pendidikan KAP.

"Taska tidak seperti perniagaan lain kerana kami terikat dengan Akta Persaingan dan Akta Kanak-kanak. Sebarang yuran dikenakan kepada ibu bapa perlu mematuhi apa yang ditetapkan," katanya.

Begitupun katanya lebih 1,200 pengusaha taska di bawah Persatuan itu, belum menyatakan mengenai kenaikan yuran dikenakan kepada ibu bapa, namun mengakui kadar gaji minimum antara beban yang perlu dihadapi pengusaha taska.

Bagi Pengasas Taska Little Imtiaz, Nurul Ain Abdul Aziz, taskanya mengalami kenaikan antara 10 hingga 25 peratus untuk yuran pendaftaran dan yuran bulanan.

Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan tenaga pengajarnya mengikuti kursus KAP yang membabitkan kos RM900.

"Kenaikan itu bukanlah membebankan kerana ia hanya membabitkan kira-kira RM10 untuk pendaftaran dan RM50 untuk bayaran bulanan.

"Mereka turut diberikan pengisian dalam bentuk pendidikan malah setiap kanak-kanak memiliki buku berhubung perkembangan anak mereka," katanya.

Bagi pengguna, Nur Izzati Mohd Sapperi, 30, beliau mengakui kenaikan yuran dikenakan taska, membebankan, namun tidak memiliki pilihan melainkan menghantar anaknya ke pusat berkenaan sewaktu beliau bekerja.

Bagaimanapun, katanya kualiti perkhidmatan taska terhadap anaknya, menyebabkan beliau rela berkorban dan tutup mata dengan bayaran lebih RM400 sebulan untuk anaknya.

"Dalam usaha menangani isu ini saya menyarankan kerajaan memberikan rebet kepada ibu bapa yang menghantar anak ke taska berdaftar atau mengurangkan cukai yang perlu dibayar ibu bapa seperti kami," katanya.

Sumber: Harian Metro

Tuesday, 25 December 2018

Monday, 24 December 2018

Angkara ”Selfie”, Lelaki Maut Tertembak Ketika Asyik Bergambar Bersama Pistol

Selfie bersama senjata berbahaya akhirnya membawa tragedi berdarah. Seorang pemuda didapati maut akibat terkena tembakan ketika dia dan rakannya mengambil gambar sambil memegang sepucuk pistol.


Menurut sumber, beberapa gambar yang sampat dirakamkan dua rakan itu bersama senjata api berkenaan ditemui dalam telefon bimbit pemuda berusia 23 tahun yang terkorban itu.


Kematian Vijay Singh mendorong pihak polis meneliti kes kematian yang hampir sama di Selatan Delhi, minggu lalu. Pada kejadian 8 Mac, seorang guru secara tidak sengaja terkena tembakan yang dilepaskan sepupunya ketika sedang bergambar dengan senjata api itu.
Dalam kejadian terkini, pihak penyiasat akan menunggu laporan forensik sebelum melengkapkan siasatan sama ada tembakan dilakukan secara sengaja atau tidak. Timbalan Komisioner (Rohini), Rajneesh Gupta berkata, laporan itu akan menentukan sama ada mangsa dibunuh atau ditembak secara tidak sengaja.
Sebaik kejadian itu berlaku, rakan Vijay yang bergambar dengannya yang dikenali sebagai Monu telah melarikan diri. Siasatan awal mendapati kedua-dua pemuda itu tidak mempunyai lesen pemilikan senjata api.
Menurut sepupu mangsa yang berusia 12 tahun, Monu tiba di kediaman mereka bersama pistol pada kira-kira pukul 9 malam.
“Monu terus ke bilik Vijay, ketika itu saya di ruang tamu dan perbualan antara Vijay dan Monu seolah-olah mereka sedang bermain dengan pistol dan mengambil gambar,” kata kanak-kanak perempuan itu.
Bagaimanapun, beberapa minit kemudian terdengar bunyi kuat dari arah bilik Vijay dan sebaik tiba di situ dia melihat sepupunya terbaring di lantai dengan kesan tembakan pada leher.
Monu yang masih berada di bilik itu kemudiannya menolak budak perempuan itu sebelum melarikan diri. Vijay bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Sumber: myinfoharian

Thursday, 20 December 2018

Wednesday, 19 December 2018

Monday, 17 December 2018

Friday, 14 December 2018

Thursday, 13 December 2018

Wednesday, 12 December 2018

Saturday, 8 December 2018

Wednesday, 5 December 2018

Monday, 3 December 2018

Sunday, 2 December 2018

Saturday, 1 December 2018

loading...