Ramai pemandu di Malaysia tidak tahu apa yang patut di buat jika terdapat kemalangan seperti kereta terjunam kedalam air. Semuanya akan menjadi kelam kabut apabila mengetahui bahawa kereta anda dimasuki air dengan banyak.
Tahukah anda apa yang patut dilakukan? Anda harus mengetahui hal-hal seperti ini. Walaupun anda tidak pernah terlibat di dalam kemalangan, namun kebarangkalian anda kemalangan tetap ada. Ini yang patut anda lakukan jika terjadi situasi ini.
1. Jangan panik
Kereta yang terjunam ke dalam air (sama ada laut, tasik mahupun sungai) tidak akan terus tenggelam serta-merta. Sebaliknya, ia mengambil sedikit masa, tetapi memerlukan ketenangan fikiran sebelum bertindak kerana peluang masih ada untuk menyelamatkan diri.
2. Buka tali pinggang keledar, cuba keluar dari kenderaan
Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah jangan sesekali cuba membuka pintu kerana ia akan mempercepatkan proses kereta tenggelam serta tekanan kuat ketika berada di dalam air menyebabkan usaha ini amat menyukarkan.
3. Buka tingkap dan keluar
Sekiranya sistem kenderaan masih berfungsi, berusahalah untuk membuka tingkap seluas-luasnya dan keluar daripada kereta anda. Jika tidak, anda boleh memecahkan cermin kereta dengan mensasarkan cermin bahagian tepi.
Jangan cuba memecahkan cermin di bahagian hadapan kerana ia telah dicipta untuk melawan impak kuat.
Andai kaedah tendangan tidak cukup kuat untuk memecahkan cermin kereta, anda boleh juga menggunakan kunci stereng atau besi pada bahagian tempat duduk untuk memecahkan cermin kereta.
Semua tindakan ini perlu dilakukan dengan pantas bagi mengelakkan anda daripada terus terperangkap dalam kereta yang mungkin menyebabkan kematian.
Jom kongsi dan tularkan kepada semua.
0 comments:
Post a Comment