loading...

Saturday, 9 January 2021

5 Tips Semulajadi Atasi Ketiak Hitam

Ada bahagian badan kita mungkin lebih gelap daripada bahagian badan yang lainnya. Salah satunya, bahagian ketiak hitam yang warnanya berbeza dengan warna lengan yang lebih cerah.

Ya, ketiak hitam ini kadang membuat rasa malu. Tetapi anda tidak perlu risau, memetik dari laman Times of India, ada 5 tips semulajadi yang dapat merawat ketiak hitam.

Baking soda

Bagi anda yang gemar membuat kek, pastinya anda tentu ada menyimpan baking soda di rumah. Tetapi jika tiada, baking soda mudah didapati di pasar raya terdekat. Campurkan baking soda dengan air untuk membuatnya pekat. Sapukan pada ketiak kemudian gosok. Setelah selesai menggosok, tepuk-tepukan untuk membersih dan mengeringkan ketiak. Lakukan dua kali seminggu untuk hasil terbaik

Minyak kelapa

Minyak ini cukup popular kerana mengandungi bahan pencerah kulit semula jadi, iaitu vitamin E. Cukup hanya mengurut ketiak anda dengan minyak kelapa setiap hari dan biarkan selama lima belas minit. Selepas itu, bersihkan dengan air biasa.

Sari epal

Sari epal atau apple cider ini bukan sahaja mengurangkan lemak tetapi juga menghilangkan sel mati pada kulit kerana mengandungi asid ringan yang merupakan pembersih semula jadi. Campurkan dua sudu sari epal dengan baking soda dan sapukan pada ketiak anda. Biarkan selama lima minit dan bilas dengan air sejuk.

Minyak zaitun

Campurkan satu sudu minyak zaitun dengan satu sudu gula merah, dan pengelupas buatan sendiri. Gosokkannya selama dua minit dan biarkan selama beberapa minit. kemudian, bilas dengan air biasa.

Lemon

Lemon dipercayai peluntur semula jadi. Gosokkan setengah lemon pada bahagian gelap badan setiap hari selama dua hingga tiga minit sebelum mandi.

The post 5 Tips Semulajadi Atasi Ketiak Hitam appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...