loading...

Wednesday, 7 December 2022

Miss Universe Malaysia Akan Peragakan Kostum Inspirasi Gunung Kinabalu Sabah

Pada yang masih tidak tahu Miss Universe merupakan pertandingan kecantikan tahunan antarabangsa yang diadakan oleh Miss Universe Organization.

Pertandingan ini diadakan pada setiap tahun jadi untuk pertandingan Miss Universe 2022 akan diadakan di New Orleans Morial Convention Center, Louisiana, United States pada 14 Januari 2023 tahun hadapan.

Persiapan peragaan Miss Universe tahun ini adalah kostum berinspirasikan Gunung Kinabalu, Sabah yang dipersetujui oleh organisasi Miss Universe Malaysia yang akan dipakaikan oleh Lesley Cheam.

Bagaimanapun sebelum itu pereka fesyen Hatta Dolmat mempersembahkan beberapa rekaan lain yang diilhamkan dari Wau Bulan dan Wayang Kulit.

Tapi, menurut Pengarah Nasional Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO), Elaine Daly, pemilihan kostum ini adalah kerana menyampaikan satu mesej progresif kepada masyarakat global.

Ditambah pula perincian batu jemeki yang melambangkan batuan granit yang tidak sebati dengan pembentukan Gunung Kinabalu serta warna-warna yang digunakan juga melambangkan kekuatan serta keyakinan.

Malah, dengan berat lebih 10 kilogram, kostum yang mengetengahkan ciri-ciri kelestarian alam semulajadi itu menggunakan fabrik terpakai iaitu poluethylene terephythalate (PET) yang digunakan untuk menghasilkan botol plastik serta pembungkus makanan.

Maksudnya, dalam kostum ini mereka juga mempromosikan fesyen kitar semula dalam usaha membantu pemanasan global yang semakin luar kawalan.

Dalam masa sama, kami juga menampilkan kemegahan Malaysia iaitu Gunung Kinabalu untuk disajikan di seluruh dunia.

Semoga wakil Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam bawa balik kemenangan untuk Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

loading...