Penyelamat Syria berjaya menyelamatkan seorang bayi yang baru dilahirkan dari runtuhan di utara Syria.
Bayi tersebut masih terikat dengan tali pusat kepada ibunya yang telah meninggal dunia akibat gempa bumi besar yang melanda Turki dan Syria.
Malah, bayi itu satu-satunya anggota keluarga terdekat yang terselamat daripada musibah gempa bumi itu.
Menurut salah seorang penduduk tempatan, Khalil Al Suwadi, mereka mendengar suara semasa mereka sedang menggali.
“Kami membersihkan habuk dan mendapati bayi dalam keadaan bertali pusat (utuh) jadi kami memotongnya dan sepupu saya membawanya ke hospital.”
Bagaimanapun, bayi tersebut telah dibawa untuk rawatan di bandar berhampiran Afrin, kata penduduk tempatan.
Sementara itu, saudara-mara yang lain sedang berusaha dengan gigih mencari mayat bapa, ibu, empat adik-beradik dan ibu saudaranya.
Dalam pada itu, terdapat video menyelamat lain yang tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki berlari dengan cepat dari runtuhan bangunan rumah empat tingkat sambil memegang bayi kecil.
Seorang lelaki lainnya berlari menyusulnya, membawa selimut untuk mencuba memanaskan bayi itu.
Kemudian, seorang lelaki lagi terdengar berteriak meminta bantuan kereta untuk membawanya ke hospital.
Bayi itu dibawa ke bandar berhampiran Afrin untuk rawatan perubatan, manakala ahli keluarganya mencari mayat bapanya Abdullah, ibu Afraa, empat abang dan seorang ibu saudaranya.
Mayat mereka diletakkan di atas lantai rumah jiran sebelah sebelum upacara pengebumian bersama akan diadakan pada Selasa.
“Dia kini stabil”
kata Hani Maarouf, pakar kanak-kanak
Bayi itu berada dalam inkubator di sebuah hospital di Afrin. Dia disambungkan kepada titisan intravena dan mempunyai pembalut di sekeliling penumbuk kirinya.
Doktor memberitahu pihak AFP bahawa bayi itu mengalami beberapa kesan lebam dan luka di seluruh badannya serta hipotermia kerana selsema yang teruk.
Masa Semakin Suntuk
Kumpulan penyelamat White Helmets mengatakan bahawa di kawasan itu, terdapat lebih 210 bangunan musnah.
Lebih 520 rumah musnah akibat ribut, manakala ribuan lagi rosak.
“Kami merayu kepada semua pertubuhan kemanusiaan dan badan antarabangsa untuk memberikan sokongan dan bantuan material,”
kata White Helmets
“Masa semakin suntuk. Beratus-ratus masih terperangkap di bawah runtuhan. Setiap saat boleh bermakna menyelamatkan nyawa.”
Di seluruh Syria, lebih 1,900 orang terbunuh, selain hampir 6,000 terbunuh di Türkiye, kata pihak berkuasa.
Apa pun, kita doakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan serta mangsa-mangsa gempa bumi segera ditemukan.
Berikut beberapa video lain berkaitan gempa bumi di Turki:
0 comments:
Post a Comment