loading...

Tuesday, 7 February 2023

Hati- Hati, Permainan Lato-Lato Yang Viral Sebenarnya Bahaya

Clackers adalah nama sebenar lato-lato pada tahun 1950-an sebelum diharamkan.

Permainan ini diperbuat daripada plastik dan terdiri daripada dua bandul yang disambungkan dengan tali atau benang nilon.

Cara bermainnya juga cukup mudah, cuma menghayunkan dua bola keras yang diikat dengan tali untuk bertembung satu sama lain hingga terdengar bunyi tek-tek.

Bahagian tengah tali terdapat cincin yang berfungsi sebagai pegangan untuk menggerakkan kedua-dua bandan secara serentak mengikut momentum yang sama.

Walaupun permainan ini nampak senang tapi permainan ini memerlukan kemahiran dan boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian gigi, mata atau hidung jika tidak bermain dengan betul.

Asal Usul Permainan

Permainan ini terkenal sekitar tahun 60-an dan 70-an di Amerika Syarikat sehingga menjadi popular di Indonesia dan kini trend di negara Malaysia.

Pembuatan bola-bola ini diperbuat dari pelbagai jenis bahan seperti kaca, akrilik, plastik, atau kayu.

@ojennn_aiwahh

Sampai kesudahhh…… AKU GERAM Tak niaga aku HAHA @Mimi Ernida

♬ Dj Terompet Pemersatu Bangsa – PAMOKHOL ID

Negara Yang Melarang Permainan Lato-lato

Permainan lato-lato juga telah dilarang di beberapa negara kerana sebab-sebab tertentu:

  1. Amerika Syarikat: Sejak 1971, permainan ini telah dilarang kerana ada kanak-kanak cedera ketika bermain. Permainan itu juga dianggap berbahaya dan terlalu bising, sehingga menganggu telinga.
  1. England: Permainan ini sudah lama dilarang sejak tahun 70-an kerana dianggap seperti senjata dan membuat beberapa kanak-kanak di sekolah mengalami kecederaan patah tangan.
  1. Mesir: Di Mesir, lato-lato disebut sebagai Sisi Ball. Mesir melarang masyarakatnya bermain lato-lato sejak tahun 2017 kerana dianggap seperti mengejek atau menghina Presiden Mesir, Abdul Fattah El-Sisi. Ini kerana Sisi Ball terdengar seperti merujuk pada alat kemaluan presiden tersebut.

Keburukan Bermain Lato-lato

Menurut perkongsian dari akaun Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan, baru-baru ini beliau telah menerima pesakit yang datang akibat cedera bermain lato-lato.

“Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato,”

Sumber Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

Hal ini terjadi kerana kanak-kanak itu tersilap lempar lato-lato dan terkena pada tubuhnya.

“Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya.

Sumber Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

Cara Bermain Yang Selamat

Ibu bapa perlu pastikan anak-anak bermain dengan selamat. Berikut beberapa panduan untuk anda:

  1. Jangan hayun lato-lato terlalu dekat dengan wajah, hayun rendah atau jauh sedikit ke depan.
  2. Jangan bermain terlalu dekat dengan orang lain atau di tempat ramai, elakkan terkena orang.
  3. Jangan hayun atau campak lato-lato ke arah orang lain, tegah dengan tegas.
  4. Berhati-hati dengan tali lato-lato, jangan terjerut kerana ia dililit pada jari.
Kredit gambar: https://ift.tt/YOjusqw

Kebaikan Permainan Lato-lato

Meskipun permainan lato-lato ini nampak berbahaya, tapi memberikan manfaat kepada anak-anak dari segi:

  1. Meningkatkan koordinasi tangan.
  2. Meredakan stres dan memberikan ketenangan bagi mereka yang mengalami anxiety.
  3. Meningkatkan keyakinan diri anak-anak saat bermain bersama rakan-rakan.
  4. Melatih kesabaran dalam mempelajari permainan.
  5. Meningkatkan kecerdasan dan membantu mengendalikan emosi.
  6. Melatih keseimbangan otot tangan dan tubuh.
  7. Memupuk semangat persaingan secara sihat.

Dengan bermain lato-lato, anak-anak juga kurang terpengaruh bermain telefon bimbit kerana mereka mempunyai aktiviti menarik untuk dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang juga berharap ibu bapa dapat memantau anak mereka ujarnya ketika ditemui pihak Harian Metro pada Majlis Penutup Bazar Buku Kedah 2023.

“Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat kepada pelajar menuntut ilmu, jadi kita harap ibu bapa dapat pantau anak mereka termasuk elak permainan ini dibawa ke sekolah,” katanya.

Datuk Najmi Ahmad

0 comments:

Post a Comment

loading...