Jom kenali beberapa tempat menarik dan popular di Kinabatangan! Terletak di pantai timur Sabah dan mempunyai sungai kedua terpanjang di Malaysia, iaitu Sungai Kinabatangan dengan panjang 560 kilometer.
Daerah Kinabatangan bersebelahan daerah Sandakan dan daerah Lahad Datu. Jika anda merancang percutian di Sabah, pastikan untuk melawat tempat menarik di Kinabatangan.
Sambil menikmati keindahan alam, anda boleh menginap di homestay Kinabatangan untuk merasai kehidupan kampung yang sebenar.
Jangan lupa melawat gua-gua menarik di Sabah dan menjelajahi tempat-tempat menarik di Sandakan yang terkenal dengan keindahan semula jadinya.
Jadi, jangan tunggu lagi! Kunjungi tempat menarik Kinabatangan sekarang, terutama untuk mereka yang menetap di Sabah dan Sarawak.
Senarai 9 Tempat Menarik Di Kinabatangan Sabah
Bilit Adventure Lodge
Penginapan tepi Sungai Kinabatangan
Alamat: Bilit Adventure Lodge, Kampung Bilit, Kinabatangan River Sabah, 90000
Hubungi: 089271077
Bilit Adventure Lodge menawarkan 12 chalet berkembar. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, set kopi dan teh, pancuran mandian air panas dan sejuk, serta penghawa dingin.
Berjalan-jalan melalui laluan kayu yang menghubungkan chalet ke kawasan restoran dan dok, dengan laluan ‘alam’ yang bersebelahan dengan kawasan hutan.
Di restoran, anda dapat menikmati hidangan bufet harian atau memilih dari menu a la carte. Salah satu aktiviti popular di sini ialah menaiki bot pada waktu pagi untuk mencari burung, buaya (jika bertuah), dan monyet seperti Macaques dan Proboscis.
Nikmati ketenangan alam, suasana sejuk dan pemandangan sunrise yang indah di pagi hari. Jom relax dan nikmati pemandangan Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah!
Kinabatangan Wildlife Sanctuary
Tempat menarik untuk pencinta alam di Sabah
Alamat: 90000 Sandakan, Sabah
Hubungi: 088262420
Anda peminat alam semula jadi? Kawasan Konservasi Hidupan Liar Kinabatangan adalah tempat wajib untuk anda.
Hanya 30 minit pemanduan dari bandar Kinabatangan dan pengunjung boleh menaiki bot di Sukau serta river cruise Kinabatangan.
Di sini, anda akan menemui pelbagai jenis haiwan liar yang menarik, seperti orangutan, kera ekor panjang, gajah, buaya, dan banyak lagi.
Anda juga boleh menyertai aktiviti berjalan-jalan di hutan, menaiki bot, dan safari malam untuk melihat haiwan-haiwan ini dalam habitat semula jadi mereka.
Pusat Pemeliharaan OrangUtan Sepilok
Tempat menarik di Sandakan
Alamat: W.D.T. 200, Sabah Wildlife Department, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah
Hubungi: 089-633 587
Terletak di Hutan Simpan Kabili-Sepilok, pengunjung hanya perlu memandu selama 30 minit (23 km) dari bandar Sandakan.
Beroperasi sejak 1964, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok telah berkembang menjadi salah satu tarikan pelancong yang menarik.
Tempat menarik Sandakan ini menyediakan peluang unik untuk memahami orangutan dan usaha pemuliharaan mereka.
Di sini, terdapat platform pemberian makanan terbuka, di mana anda dapat menyaksikan orangutan dalam habitat semulajadi mereka secara dekat.
Bayaran masuk sangat berpatutan, hanya RM 5 bagi dewasa.
Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo
Melihat beruang matahari di Sabah
Alamat: Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000, Sandakan, Sabah
Hubungi: +60 89 534 491
Anda wajib singgah Bornean Sun Bear Conservation Center kalau dah berada di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok.
Pusat ini dibuka rasmi pada Oktober 2014 dan hanya beberapa langkah sahaja dari pusat orangutan. Saat ini, terdapat kira-kira 43 beruang matahari yang tinggal di pusat ini.
Dan lagi, anda akan mengetahui pelbagai info menarik tentang beruang matahari dan kerenah comel mereka pasti akan mencuit hati korang.
Selain itu, tempat menarik Sabah ini dilengkapi dengan kemudahan utama seperti platform pemerhatian, papan laluan, dan pusat pelawat.
Tungog Rainforest Eco Camp
Penginapan tersembunyi di Kinabatangan
Alamat: Tungog Rainforest Eco Camp/ Kampung Mengaris Kinabatangan, Sabah
Hubungi: 012-380 1070
Pernah dengar Tungog Rainforest Eco Camp (TREC) tak? Tempat penginapan unik dan tersembunyi dalam hutan di tepi Tasik Tungog.
Dengan hanya sepuluh platform kem dan terhad untuk dua puluh pelawat pada satu-satu masa, tempat ini betul-betul menawarkan ketenangan dan kedamaian.
Menariknya lagi, kem ini mengamalkan pendekatan zero waste, bebas bahan kimia, dan pemuliharaan air serta tanpa menggunakan elektrik.
Kem ini juga menekankan pada ekopelancongan dan mematuhi garis panduan yang ketat untuk meminimumkan gangguan kepada hidupan liar hutan.
Jadi, anda boleh merancang percutian pemuliharaan, lawatan penyelidikan, atau projek pendidikan yang seronok kat sini.
Dan lagi jika rasa malas nak buat apa-apa, bolehlah duduk di atas “platform perkhemahan” dan menikmati pemandangan serta bunyi alam.
Gua Gomantong
Gua di Sabah
Alamat: Gua Gomantong, Kinabatangan, Sabah
Hubungi: 089-242500
Jika anda berada di Kinabatangan, Sabah, ada satu tempat yang menarik yang harus anda kunjungi – Gua Gomantong!
Terletak di dalam Hutan Simpan Gomantong berhampiran dengan Sungai Kinabatangan dan hanya kira-kira 36 km dari pekan Kota Kinabatangan.
Tempat ini memiliki 27 gua-gua kecil batu kapur yang dihuni oleh berjuta-juta burung layang-layang. Burung-burung ini menghasilkan sarang burung yang menjadi sumber pendapatan penduduk setempat.
Selain itu, anda boleh mengikuti lawatan ke dalam gua dan mempelajari sejarah serta geologinya. Fakta menarik lainnya, gua ini turut dikenali sebagai “gua lipas” kerana terdapat pelbagai spesis lipas yang boleh ditemui di dalamnya.
Nature Lodge Kinabatangan
Lodge di Kinabatangan
Alamat: Kampung Bilit, 90000 Kinabatangan, Sabah
Hubungi: 013-863 6263
Chalet dan bilik dormitory di Kampung Bilit Kinabatangan ini sangat rustic dan menarik. Makanan pun sedap, dan ada air minuman yang boleh diisi balik dalam botol.
Tambah lagi, anda berpeluang melihat gajah pygmy, monyet proboscis, buaya, orangutan, dan burung enggang badak dari atas bot.
Tempat ni cantik sangat, terutamanya kalau anda sertai river cruise dan trekking dengan pemandu. Kalau nak sertai night walks, anda perlu menyewa kasut bot dan lampu suluh.
Jom ramai-ramai menyelusuri sungai dengan Nature Lodge Kinabatangan!
Borneo Natural Sukau Bilit Resort
Resort di Kinabatangan
Alamat: Kampung Bilit, Lot 1., Kota Kinabatangan, 90200 Sandakan, Sabah
Hubungi: 017-972 9128
Nikmati keseronokan penginapan tepi sungai Kinabatangan yang dikelilingi flora fauna yang menakjubkan dan hidangan terbaik di restoran resort!
Lakukan pelbagai aktiviti menarik siang dan malam bersama Borneo Natural Sukau Bilit Resort.
Sebagai contoh, sertailah pengembaraan menyusuri sungai sambil menikmati keindahan hutan dan melihat spesis binatang yang jarang ditemui.
Tapi kalau anda pula tertarik dengan pengalaman unik, cuba perhatikan kehidupan binatang liar pada waktu malam.
Tabin Wildlife Resort
Resort dalam hutan di Sabah
Alamat: Tabin Wildlife Resort, Lahad Datu, Sabah
Hubungi: 088-267 266
Resort ini terletak dalam Tabin Wildlife Reserve, kawasan pemuliharaan haiwan yang terbesar di Malaysia, seluas 123,000 hektar!
Aktiviti menarik yang boleh korang buat kat sini termasuklah trekking dalam hutan, safari malam, berjalan malam, tengok haiwan liar, tengok burung, dan pelajaran tentang hutan hujan.
Menariknya lagi, ada dua jenis penginapan di sini iaitu river lodges dan hill lodges. Setiap lodge ini menempatkan menempatkan 10 unit chalet kayu cantik yang boleh muatkan sehingga 3 orang dan terhubung dengan laluan kayu ke Sunbird Café.
Jadi, kalau nak rasa percutian best di Sabah, jom sertai aktiviti kat sini dan duduk kat chalet yang menarik ini!
0 comments:
Post a Comment