Penjagaan wajah adalah amat penting bagi kaum wanita bagi mendapatkan kejelitaan wajah yang asli, tidak kira untuk diri sendiri atau untuk suami tercinta.
Tai nak jaga wajah ini bukanlah sesuatu yang mudah di mana kita memerlukan pengetahuan dan pemahaman mengenai sains disebalik penjagaan wajah yang betul.
Bila lihat banyak produk-produk yang dipasarkan seperti serum untuk kulit berminyak, sunscreen untuk cerahkan kulit, atau pelembap untuk kulit kering, kita akan rasa semua produk itu sesuai untuk kita.
Bagaimanapun, tidak semua produk sesuai untuk kulit wajah kita menurut Puan Mary, seorang guru imej dan juga Skincare Expert.
Menerusi satu seminar Glow Up anjuran Glowwe, Puan Mary memberi penerangan menyeluruh mengenai sains disebalik penjagaan wajah yang berkesan.
Puan Mary yang dikenali menerusi saluran YouTube Glowwe itu menjelaskan bahawa keberkesanan sesuatu produk itu bergantung kepada jenis kulit kita.
Jenis kulit yang terbahagi kepada tiga iaitu; normal, berminyak, dan kering, memerlukan produk yang bersesuaian untuk menampakkan kesan dan hasilnya.
Jadi amat penting untuk kita mengenal pasti dahulu apakah jenis kulit wajah kita, sama ada normal, berminyak atau kering.
Dalam seminar yang disertai lebih 500 peserta itu, Puan Mary banyak berkongsi ilmu mengenai rutin penjagaan wajah yang betul.
Antara topik yang dikongsikan semasa seminar tersebut adalah; 5 Langkah Anda Boleh Jadi Pakar Untuk Kulit Sendiri, 12 Kategori Bahan, Fungsi & Cara Ia Bertindak, dan juga Teknik Jaga Kulit 3+1 Yang Ringkas & Berkesan.
Sementara itu, para peserta juga turut berpeluang untuk membawa pulang hadiah eksklusif daripada Glowwe selepas berjaya melakukan semua cabaran sepanjang seminar berlangsung.
0 comments:
Post a Comment