loading...

Thursday 7 December 2023

“Muka Garang Tapi..” – Netizen Minta Pihak Berkuasa Berhenti Buat Aktiviti Lagha

Bercakap tentang pihak berwajib, ramai yang ada pandangan mereka ini adalah badan beruniform yang sentiasa bersiap-siaga dalam sebarang kemungkinan jika berlaku jenayah.

Apa yang membuatkan kami buka topik tentang pihak berwajib ni, pagi tadi tular sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna X, @MALAYSIAVIRAL

Video tersebut menunjukkan lebih 30 anggota polis berkumpul dalam satu acara dimana sebahagian daripada mereka menari untuk persembahan untuk majlis tersebut.

“Memalukan badan beruniform..”

Seperti biasa, ruangan komen post tersebut dibanjiri dengan teguran dari netizen yang meminta pihak berkuasa berhenti melakukan aktiviti seperti ini kerana kelihatan seperti budak-budak.

Bagi kami apa salahnya untuk hiburan sekejap. Takkan kerja nak serius 24 jam kan? Kena juga selit perkara yang fun fun.

0 comments:

Post a Comment

loading...