Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Fahrin Ahmad dan juga isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka. Fahrin berkongsikan berita gembira tersebut bersama peminatnya di Instagram.
BACA: Fahrin Ahmad Tidak Halang Isteri Untuk Bekerja Semula
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Baby boy selamat dilahirkan secara normal, 4.05 minit petang, Khamis, 29 September 2016, luah Fahrin yang ternyata meluahkan rasa syukur dengan perkara berkenaan.
Apa yang pasti, berita gembira tersebut ternyata disambut dengan doa yang baik dan juga sokongan daripada peminat terhadap pasangan tersebut. Dalam kenyataan Fahrin sebelum ini, dia sememangnya teruja dengan kehadiran insan baru dalam keluarganya itu.
Semoga kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Fahrin Ahmad dan isteri akan terus memberikan sinar bahagia selain turut dilimpahkan rezeki. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment