Seekorayam jantan sesat di Jambatan Pulau Pinangmenemui pengakhiran hidup yang tragis, walaupun pasukan penyelamat cuba menyelamatkannya.
Difahamkan, ayam jantan itu dikesan sekitar pukul 7.30 pagi Sabtu oleh beberapa pemandu dan pasukan peronda dari PLUSRonda serta Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) di KM1.2 jambatan tersebut.
Ayam Jantan Temui Ajal Di Jambatan Pulau Pinang
Ayam jantan itu dilihat dalam keadaan tidak tentu arah di lorong kanan jambatan.
Bimbangkan keselamatan pengguna jalan raya, dua anggota PLUSRonda dan tiga anggota Propel memutuskan untuk menangkap ayam itu, sekali gus menyelamatkannya daripada bahaya.
Malangnya, usaha itu sia-sia kerana hampir lima minit selepas operasi menyelamat cuba dilakukan, ayam itu dilanggar kenderaan dan mati.
Bagaimanapun, tindakan pasukan itu berpotensi menghalang daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku lagi.
Tiada kesesakan lalu lintas pada masa itu.
Masih tidak jelas bagaimana ayam itu boleh berada di atas jambatan.
Pada 16 Jun, seekor burung unta bernama Chickaboo terlepas dari kenderaan pemiliknya dan dilihat oleh orang ramai berlari di Lebuhraya Persekutuan di Lembah Klang.
Tiga hari kemudian, seekor kuda berwarna coklat gelap pula dilihat di Jalan Sultan Yahya Petra di Kota Baru, Kelantan.
Sumber:Mstar
Sumber: penhijaudaun
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment