loading...

Tuesday, 18 October 2016

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perlantikan Yang Dipertuan Agong Malaysia

2ei7z5P



Malaysia bukanlah kerajaan beraja yang mutlak ataupun yang turun-temurun tetapi Malaysia mempunyai Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam selama 5 tahun.

Ini adalah salah satu sistem pemerintahan yang unik di dunia. Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang membincangkan mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15. Antara isu yang menjadi perbicangan hangat adalah “Adakah seorang sultan boleh dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia jika tidak mempunyai permaisuri?”.

Ramai menjawab tidak sedangkan itu bukanlah perkara sebenar. Inilah retorik cerita bualan rakyat Malaysia setiap kali pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Retorik yang sering diceritakan secara turun temurun mungkin.

Berikut adalah beberapa perkara asas berkaitan pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Ciri-ciri kelayakan seorang Raja untuk dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong:-

  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih;
  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh mengundi;
  • Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, Seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai proksi;
  • Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX;
  • Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

2do8Q5c



Menurut Jadual Ketiga (Perkara 32 dan 33), Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Bahagian 1

1 (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika-

(a) Raja itu belum dewasa: atau

(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau

(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

Berdasarkan penerangan tersebut jelas tidak dinyatakan bahawa seseorang Sultan itu perlu mempunyai permaisuri untuk membolehkan baginda di lantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Semoga segala kekeliruan dan perbincangan rakyat Malaysia selama ini terjawab.

Sumber:

http://ift.tt/2eia73X
http://ift.tt/2do8WKq

http://ift.tt/2eiaCeC

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...