1 Hari Aku Clash Dgn BF n NANGIS Kat Bilik. Apa Yg Zulaikha Lakukan Buat Aku TERKEJUT !!!| Nama aku Maira. Ni part II. Actually, Zulaikha tu bukan nama sebenar. Ada yang aku kena dengan Zu kalau aku tulis nama betul dia. Tapi buat penama Zulaikha, aku doakan kalian juga seperti kawan aku ni. Begitu juga diri aku yg seribu kali teruk dengan andaian negatif pasal Zu.
Yang lelaki komen kata nak kenal Zulaikha tu, kau punya niat kena betul. Kalau sebab lepas aku cerita pasal Zu, baru ada tersedar kebaikan dia, baik tak perlu. Sebab sepanjang aku kenal Zu, lebih ramai yg pandang negatif pada dia berbanding positif. So kalau ada lelaki yg boleh nampak dengan mata halus, betapa bertuahnya dia. Tapi kalau jenis mata lalat mcm aku ni, melepaslah kau.
Satu hari tu, aku pernah menagis dalam bilik pasal lelaki. Zu ni jenis tak suka masuk campur. Bila dia tengok aku mcm dah tenang, dia cuma ajak makan sama je. Point aku dengan dia time makan jela. Lain, jangan harap. Dia makan je. Tak tanya pape. Aku yg ckp. Yela malu kot. Tadi menagis mcm anak mati. Aku ckp aku baru putus. Kecewa tahap dewa bila org yg aku sayang khianat. Tp Zu diam je. Dalam hati aku terdetik jugak, dia ni memang tak ada perasaan. Pakwe pun tak ada. Ni nak bagi nasihat kat aku bagai.Mesti kau ingat Zu anak orang kaya kan? Dia pun lebih kurang dgn aku sebenarnya. Tp dia kata soal belajar dan bab makan, jangan berkira. Dia ada la jadi agen dropship online aku tengok. Hari-hari dengan buku stok dia. Sebab tu masa dia dengan kawan-kawan tak banyak.
Habis je makan baru dia buka mulut.Hati sendiri kalau tak pandai jaga, jangan sangkakan orang lain mampu jagakannya.
Aku nak syak dia budak kesusastraan melayu, tp dia amik kos lain. Tapi bab bermadah, dia no 1. Kalau org blur mcm aku, aku mmg direct tanya 2 3 kali. Dia ckp,jaga hati tu baik-baik. Allah akan gantikan separuh hati tu dengan manusia yg turut jaga hati dia.
Lebih kurang mcmtu lah. Dan ayat-ayat dia aku suka update di ig aku konon-konon ayat madah dari #maira. Tp tu semua ayat Zu.
Pernah 1 hari tu, aku ajak Zu solat jemaah. Aku suruh dia jadi imam. Dia serba salah. Dia kata takut nak tanggung dosa orang lain. Nak suruh aku? Lagi aku takut. Tp dia cakap tak apalah. Cuba dulu mana tau hari-hari boleh jemaah sama-sama.
Kau tau, dia punya solat, teresak-esak mcm faham maksud dia. Habis solat, aku tanya kau memang tahu ke semua maksud surah? Dia kata tak. Cuma AlFatihah je yg dia tahu maknanya. Lain taktahu. Pastu aku tanya la kalau tak tahu, kenapa kadang-kadang kau ngaji kau menagis jugak? Dia kata, kalau sampai 1 ayat tiba-tiba hati kau jadi sebak, cepat-cepat tengok maksudnya. Boleh jadi itu adalah ayat amaran dari Allah.
Sebab tu la Zu menagis waktu dengar ceramah israk mikraj. Hati dia senang tersentuh kalau bab-bab agama.
Dia penah tanya, kau percaya ke cerita orang berjalan atas air dengan kalimah Bismillah? Aku jawab tu zaman Nabi je. Zaman skg susah. Zu cuma cakap, kau kena ada 1 ayat yg betul-betul kau yakin. Boleh jadi AlFatihah yg kau selalu amalkan jadi penolong saat kau kesusahan. Jangan pula bila anjing datang, baru kau nak baca surah Al-Lahab. Haa . Kau tak rasa ke aku ni mcm kena tarbiyah sentap drpd dia?
Maaf kalau cerita aku tak ikut trend. Tak meletup. Aku cuma cerita pasal kawan aku je. Kalau pasal aku, memang 1 Malaysia kecam sebab terlalu negatif. Aku cerita semata-mata nak kalian tersedar. Jangan terlalu mengharapkan yg terbaik dr org lain sedang kau sendiri terkapau-kapau nak selamatkan diri. Dan janganlah pandang negatif kat org lain mcm aku ni ha. Kan tak pasal-pasal malu sendiri.
Jangan ingat orang yg pakai biasa-biasa tu, amal dia pun biasa-biasa or tak ada. Dan jangan pulak kau pandang tinggi orang yg berserban 7 tingkat atau tudung labuh ke lantai sedangkan dia lagi dasyat dr apa yg kau fikirkan.
Ayat yg aku ingat sehingga hari ini, biar muflis di dunia, jangan muflis di akhirat. Maksud Zu, mulut yg terlalu banyak mengumpat peribadi org lain, jangan kau terkejut kalau seluruh amalan kebaikan kau kosong malah bertambah-tambah dengan dosa si empunya badan yg dikutuk. Sedangkan org yg dikutuk elok laju je jalan kat akhirat tak toleh-toleh pandang kau.
Semua dia ckp pasal hati. Asik-asik dia usik hati aku. Kalau hati yg jenis keras meleding tu, aku rasa confirm susah nak faham. Tp alhamdulillah Allah jentik sikit je hati aku kasi hadam sikit perangai Zu ni.
Dan last, pernah aku tanya dia, kenapa kau baik dengan aku walaupun kau tahu aku pun sama mengumpat pasal kau.
And guess what dia cuma balas Layanlah seseorang ibarat sahabat dunia akhirat kau sendiri walaupun dia tak pernah beranggapan kau sahabat dia. Dan aku yakin kau tak akan pernah berkecil hati kerana seburuk-buruk dia, dia tetap sahabat kau selamanya.
Ah aku-aku dah touching. Kenapa la aku tulis pasal dia kat sini. Maybe sebab rindu. Aku harap aku akan jadi seperti Zu. Luarnya tak sesempurna manusia yg menujuk, tp dalamannya sehebat manusia yg punya hati dan peribadi yg luhur.
Assalamualaikum. Maira via IIUM.
Sumber: 1citemalaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment