loading...

Tuesday, 31 January 2017

HUKUM SELAWAT KE ATAS NABI SAW SEBELUM AZAN DAN IQAMAH

2kN1vRN


Soalan:

Saya selalu mendengar di masjid-masjid ataupun surau ketika mana telah masuk waktu solat dan muazzin ingin melaungkan azan, maka kebanyakannya akan berselawat dahulu dan barulah memulakan azan. Adakah perbuatan ini ada padanya petunjuk dari Nabi SAW?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dikalangan mutaakhirin al-Syafieyyah ada yang mengatakan selawat sebelum azan dan iqamah adalah sunat. Antara yang menyebutkannya adalah al-Imam Zain al-Din al-Malibari Rahimahullah di dalam kitabnyaFath al-Muindan ianya dinisbahkan kepada al-Imam al-Nawawi di dalam syarahal-Wasit.[1]Al-Dimyati Rahimahullah juga menukilkan perkara yang sama di dalam kitabnyaIanah al-Talibin.[2]

Namun terdapat juga sanggahan yang mengatakan pendapat di atas dinisbahkan kepada al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di kalangan mutaakhirin al-Syafieyyah, iaitu al-Imam al-Syabramallisi Rahimahullah. Beliau menyebutkan di dalamHasyiahnya bahawa telah berlaku kesilapan dalam menulis(sabqu qalam)di dalam syarahal-Wasitdan sebenarnya yang maruf dan warid adalah selepas iqamah dan bukan sebelumnya sepertimana yang terdapat di dalam hadith dan diamalkan kelebihannya.[3]

Berdasarkan sesetengah pendapat yang mengatakan disunatkan untuk berselawat sebelum iqamah adalah berdasarkan sebuah hadith riwayat Abu Hurairah RA:

:

Maksudnya:Adalah Bilal ketika beliau hendak mendirikan solat, maka beliau berkata: al-Salam alaika ayyuha al-Nabiy wa Rahmatullahi wa Barakatuh, al-Solah rahimaka Allah.

Riwayat al-Tabarani di dalamal-Awsat(8910)

Al-Imam al-Tabarani Rahmahullah di akhir hadith tersebut seakan-akan mengisyaratkan akan lemahnya hadith di atas dengan mengatakan:Tidak diriwayatkanhadith ini daripada Kamil kecuali Abdullah bin Muhammad al-Mughirah.

Apabila merujuk kepada terjemah Abdullah bin Muhammad al-Mughirah di dalam kitab-kitab al-Tabaqat[4], kami senaraikan pendapat-pendapat para ulama hadith terhadap beliau:

  • Abu Hatim mengatakannya :Laisa bi Qawiyy(tidak kuat; lemah).
  • Ibn Yunus mengatakannya :Munkar al-Hadith(hadithnya munkar).
  • Al-Daraqutni mengatakannya:Dhoif(lemah).
  • Al-Uqaili di dalamal-Dhuafamengatakannya meriwayatkan sesuatu yang tiada asalnya.

Disebabkan oleh itu, terdapat muhaddith yang mengatakan bahawa hadith di atas terlalu lemah dan ada juga yang mengatakannya palsu dan tidak boleh dijadikan dalil untuk berhujah bagi isu ini.

Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah apabila ditanyakan mengenai adakah disunatkan untuk mengucapkan selawat di awal (sebelum) iqamah? Jawab al-Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah di dalam kitabnyaal-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra:

: . .. [5]

Maksudnya:Tidaklah aku berpendapat bagi siapa yang mengatakan dengan sunatnya selawat dan salam pada awal iqamah, dan apa yang disebutkan oleh imam-imam kami bahawa keduanya (azan dan iqamah) sunat dibacakan selawat selepas iqamah sepertimana azan, kemudian selepas itu dibaca: sehingga akhir.

Selawat Ke Atas Nabi SAW Selepas Azan

Adapun selawat ke atas Nabi SAW selepas azan, telah sepakat para ulama mengatakan ianya adalah sesuatu yang disunatkan berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abdullah bin Amr al-As R.Anhuma:

Maksudnya:Sekiranya kalian mendengar muazzin melaungkan azan, maka sebutkanlah sepertimana yang dilaungkan oleh muezzin. Kemudian berselawatlah ke atasku dan barang siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat keatasnya dengan 10 kali. Kemudian mohonlah wasilah bagiku dan wasilah itu adalah satu kedudukan di syurga yang hanya disediakan untuk seorang sahaja dari kalangan hamba Allah dan aku mengharapkan agar aku dikurniakan kedudukan tersebut. Barang siapa yang memohon bagiku wasilah, maka halallah baginya syafaatku.

Riwayat Muslim (384)

Di dalamal-Mutamaddi sebutkan bahawa disunatkan bagi setiap muazzin dan juga mereka yang mendengarnya dan bagi mereka yang hendak mendirikan solat untuk berselawat ke atas Nabi SAW dengan suara yang rendah dan kemudian mohon kepada Allah al-Wasilah buat Nabi Muhammad SAW selepas selesainya azan iaitu selepas beberapa ketika sehingga tidaklah menjadi selawat itu sebahagian daripada azan.[6]

Kesimpulan

Melihat kepada kenyataan-kenyataan di atas, yang thabit melalui hadith Nabi SAW adalah berselawat ke atas Baginda SAW selepas azan. Adapun pendapat yang mengatakan adanya selawat sebelum azan dan iqamah dengan disandarkan pendapat tersebut kepada al-Imam al-Nawawi, maka ianya telah dijawab oleh ulama yang lain seperti yang telah kami nyatakan di atas dan tambahan pula hadith yang dikatakan menjadi dalil bagi isu ini juga dalam keadaan yang tersangatlah lemahnya.

Begitu juga apabila melihatkan fatwa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah yang mana turut berpendapat bahawa tiadanya selawat sebelum azan dan juga iqamah bahkan yang thabitnya adalah selepas azan dan iqamah.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan tersebut,kami cenderung untuk mengatakan bahawa selawat yang sahih dan waridnya adalah selepas azan dilaungkan selepas beberapa ketika untuk membezakan di antara azan dan juga selawat.Ianya juga diqiyaskan buat iqamah kerana di dalam hadith disebutkan juga iqamah itu dengan azan iaitu:

Maksudnya:Diantara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) itu terdapatnya solat (solat sunat).

Riwayat Al-Bukhari (627) & Muslim (838)

Oleh itu, sunat untuk membaca selawat selepas azan dilaungkan berdasarkan hadith yang sahih maka sunat juga selepas daripada iqamah berdasarkan qiyas kepada azan kerana kebiasaannya(taghliban), iqamah juga disebutkan sebagai azan berdasarkan hadith yang sahih seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Meskipun perbuatan selawat itu adalah sesuatu yang baik, namun mengikuti nas hadith (selawat di baca selepas azan) adalah lebih utama dan ianya juga adalah sebagai langkah berhati-hati dalam beramal kerana terdapatnya hadith yang sahih dalam permasalahan ini.

Wallahu alam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

19 Disember 2016 bersamaan 19 Rabi al-Awwal 1438 H.

[1]LihatFath al-Muin. Dar Ibn Hazm, hlm. 157.

[2]LihatIanah al-Talibin. Dar al-Fikr, (1/280).

[3]LihatNihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. Dar al-Fikr, (1/423).

[4]LihatLisan al-Mizan. Dar al-Basyair al-Islamiyyah, (4/554).

[5]Lihatal-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, (1/129).

[6]Lihatal-Mutamad fi al-Fiqh al-Syafie. Dar al-Qalam, (1/191)

via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com

Sumber: 1citemalaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...