Pelbagai usaha dilakukan termasuk mengumpul wang sedikit demi sedikit untuk keluar dari kawasan hutan ke bandar selepas ditinggalkan tanpa dibayar gaji, namun usaha itu menyulitkan apabila segala dokumen peribadi tiada dalam miliknya kerana dibawa pulang majikan ke Malaysia. "Selepas tujuh tahun iaitu 2002 saya berjaya ke Kedutaan Malaysia di Phnom Penh untuk meminta bantuan, bagaimanapun gagal kerana proses pengesahan status identiti saya mengambil masa yang agak lama. "Saya berada di Phnom Penh selama seminggu, namun kerana proses terlalu lama saya terpaksa masuk semula ke hutan untuk bekerja disebabkan kehabisan wang," katanya ketika ditemui di sini.
Mohd Zulkifli berkata, dia kemudian nekad untuk pulang ke negara ini melalui jalan darat pada 2012, namun gagal apabila ditangkap pihak berkuasa Thailand di Bangkok dan diusir semula ke Kemboja. "Pada Mac lepas, saya sekali lagi mencuba nasib dengan berbekalkan duit simpanan sebanyak AS$1,200 (kira-kira RM5,000) dan berjaya masuk ke negara ini melalui jalan darat menggunakan kereta dengan mengambil masa selama tiga hari sebelum tiba di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam di Kedah.
"Dengan bantuan rakan, saya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis untuk proses pengesahan sebagai warga Malaysia dan syukur status kad pengenalan saya masih aktif," katanya yang mengakui MyKad baharunya kini dalam proses untuk disiapkan.
Ditanya mengenai harapannya, Mohd Zulkifli yang sebak mengakui sangat berharap dapat bertemu isteri, Rosimah Maulana, 48, serta tiga anaknya iaitu Mohd Abadi, 29; Mohd Asmadi, 28 dan Syakila, 26, kerana terlalu rindukan mereka.
Pengarah JPN Perlis, Mohd Nasharudin Md Yusof, ketika dihubungi mengesahkan status Mohd Zulkifli sebagai warganegara Malaysia berdasarkan nombor kad pengenalan lamanya dan pihaknya kini dalam proses menyemak semula rekod lama serta cap jari lelaki itu.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/276889?m=1
0 comments:
Post a Comment