loading...

Monday 27 November 2017

Sebaik-Baik Wanita Ialah Yang Paling Mudah Maharnya

Perkahwinan seperti wang hantaran dan belanja kahwin merupakan satu isu yang sensitif di kalangan masyarakat Melayu ditambah pula dengan ekonomi semasa yang serba mencabar kini.

Status seorang wanita pernah tular pada suatu ketika yang mengatakan wang hantaran sepatutnya diletakkan sekurang-kurangnya sebanyak RM20,000 untuk perkahwinan pada zaman sekarang.

Wanita itu turut mengatakan bahawa wang hantaran RM20,000 sebenarnya tidak cukup kerana terlalu banyak perbelanjaan lain yang perlu diuruskan bagi menjayakan sesebuah perkahwinan dan mendapat maki dan cacian berbakul-bakul daripada netizen.

Berikutan ini, seorang pengguna Facebook, Reginadia Abu Hassan telah tampil tidak bersetuju mengenai isu ini dan turut berkongsi pengalaman menjayakan majlis perkahwinannya dengan suamin sekarang dalam sebuah majlis yang cukup sederhana. Baca berikut ini:

Untuk majlis perkahwinan, kami yang mencetak kad jemputan sebanyak 40 keping saja. Kami menyewa sebuah rumah untuk majlis kami.

Tiada Bestman atau bridesmaid atau pengapit semasa kenduri perkahwinan kami.
Tiada emcee juga dijemput bagi memeriahkan majlis kami.
Tiada majlis makan beradab
Tiada kek kahwin
Tiada kompang, silat dan tarian
Tiada meja VIP
Tiada wang hantaran diminta daripada suami saya kerana ianya majlis ini adalah majlis yang diadakan oleh ibubapa saya

Secara keseluruhan, kami belanja.

Event space : RM1100 (For TWO nights)
Food : RM1000
Door gift : RM120
Bridal bed : RM800 (Discounted)
Invitation card : Sponsored
Wedding attire : Groom’s jubah for RM180 & bride’s kurung for RM120 (I know right I found it online haha)
Shoes : RM200 for groom & RM90 for bride
Make-up : RM200
Inai : RM150
Photographer : RM750 (Discounted)
TOTAL : RM4710
Manakala bagi pihak suami saya, berikut adalah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh beliau

Cincin perkahwinan dan duit mas kahwin sebanyak RM120
Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan adalah RM4,710. Tiada istilah nonsense seperti:

“…kau ingat perempuan saja-saja minta hantaran tinggi?”

Kurang dari 100 orang jemputan yang terdiri daripada kawan-kawan dan keluarga terdekat yang hadir ke majlis kami bagi memeriahkan hari yang paling bahagia dan bererti buat kami berdua ini.

Perkahwinan kami berjaya dilangsungkan dengan kos sebanyak RM4,710 tanpa sebarang wang hantaran.

Jadi buat wanita-wanita di luar sana, kasihankan bakal suami anda. Mahu hidup bersama, kenalah mulakan bersama. In Sha Allah, dipermudahkan. Aamiin. Sebaik-baik wanita ialah yang paling mudah (ringan) maharnya.

Sumber: Facebook/~Reginadia Abu Hassan

The post Sebaik-Baik Wanita Ialah Yang Paling Mudah Maharnya appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...