loading...

Sunday 7 January 2024

Disebabkan Kesan Boikot, Starbucks Tukar Nama Untuk Naikkan Keuntungan

Siapa je tak kenal dengan syarikat gergasi kopi, Starbucks yang menjadi ‘penaja’ utama Israel untuk membunuh ribuan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan orang tua.

Dari berita tersebut, hampir 1 dunia yang mempunyai sifat empati dan kemanusiaan mengambil tindakan untuk boikot apa-apa pengeluaran syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Kesan daripada itu, syarikat Starbucks rugi jutaan ringgit kerana ramai yang boikot dari membeli air kopi dari pihak mereka.

Melihat daripada kesan boikot tersebut, pihak Starbucks telah membuat transformasi dengan menukar nama air mereka kepada Vista Coffee dan cawangan pertama telah pun dibuka di Dublin Airport.

“Rebrand is temporary…”

Bagaimanapun, terdapat pengguna twitter yang cuba mengatakan perkara tersebut tidak benar selepas menyemak dalam laman rasmi Bard.

Tapi terdapat pengguna twitter yang lain membidas ciapan tersebut dengan mengatakan semestinya pihak mereka tidak memberitahu secara terangan mereka rebrand kerana gusar akan berlaku kerugian besar lagi.

Apa pun anda boleh baca sendiri apa yang diterangkan oleh pihak Dublin Airport sendiri menerusia akaun ciapan rasmi mereka.

0 comments:

Post a Comment

loading...