loading...

Thursday, 19 September 2019

Bayi Ini Diberi 5 Cawan Kopi Sehari Kerana Tidak Mampu Membeli Susu

Bayi 14 bulan ini diberi 5 cawan kopi sehari kerana ibubapanya tidak mampu untuk membeli susu. Akibat daripada itu, bayi tersebut menjadi terlalu aktif. Kanak-kanak sememangnya memerlukan makanan yang sihat dan cukup nutrisi untuk tumbesaran mereka.

Jika dibiarkan anak-anak mengambil makanan kegemaran mereka secara berlebihan, ia boleh beri kesan buruk pada kesihatan mereka. Mungkin boleh membuatkan tumbesaran mereka terbantut.

Bayi Minum Kopi

Memetik dari laman www.vitdaily.com, di Sulawesi Barat, Indonesia, seorang bayi perempuan berusia 14 bulan diberi lima cawan kopi sehari dan mula minum kopi sejak usia 6 bulan lagi kerana kesempitan hidup dan ibu bapanya tidak mampu untuk membeli susu.

Walaupun minum kopi, tumbesaran bayi tersebut sama seperti bayi normal lain. Malah bayi perempuan diberi nama Hadijah itu tergolong anak hiperaktif.

Pada usia 14 bulan, Hadijah sudah boleh berjalan sendiri dan aktif bermain bersama bayi sebayanya. Malah, ibu bapa mereka mengakui mereka tidak dapat tidur yang cukup kerana anaknya yang sangat aktif.

Ibunya, Anita mengaku kerap memberikan kopi kepada anaknya kerana tidak mampu membeli susu.

Gaji Kecil Punca Utama

Gaji Rp 20.000 (RM5.95) sebagai buruh kupas kelapa bersama suaminya, hanya cukup untuk memenuhi keperluan dapur keluarga kecilnya.

Kisah Hadijah tular di media sosial dan mendapat perhatian Kabid Bina Kesehatan Masyarakat Dinas Kesehatan Polman yang mengunjungi bayi tersebut dan memberi bantuan berupa biskut dan susu.

Semoga ada pihak yang sudi memberi sumbangan kepada keluarga ini supaya bayi perempuan mereka dapat minum susu seperti bayi-bayi yang lain. Susu sangat penting untuk tulang dan tumbesaran yang baik bagi kanak-kanak.

The post Bayi Ini Diberi 5 Cawan Kopi Sehari Kerana Tidak Mampu Membeli Susu appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...