loading...

Monday, 2 September 2019

Buang Air Besar Sepantas Kilat Dengan Air Detox Buatan Sendiri

Buang air besar kadang kala sangat menyukarkan bagi yang ada masalah sembelit dan usus kotor. Perut selalu rasa kembung, tapi rasa nak makan nya banyak. Membuang nya tak. Sukar lah kalau makanan terus disimpan dalam perut. Rasa nak pecah kalau simpan lama-lama. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, cuba anda uji dengan bahan yang mempunyai kandungan fiber yang tinggi yang mampu menghasilkan bendalir dalam perut untuk memudahkan proses pembuangan.

Bagaimana cara buat air detox sendiri? Cuba ikut resepi di bawah:

1. Grapefruit + Timun + Lemon + Limau Nipis + Daun Pudina

Campurkan  ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap.

Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan.

2. Kiwi + Strawberi

Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman. Sejukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap menikmatinya.  Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.

3. Epal Merah / Hijau + Batang Kayu Manis

Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.  Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.

4. Strawberi + Tembikai

Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang. Campurkan secawan strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.

Sejukkan antara  4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila masa. Segar, air detox ini anti-radang dan mencantikkan kulit.

5. Cuka Epal + Lemon + Kayu Manis

Cuka epal memang banyak khasiatnya.  Tambahkan 2 sudu cuka epal pada pengisar  yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan dalam jag air dan letakkan hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat memudahkan perkumuhan dan kayu manis mengawal selera  makan.

6. Gel Aloe + Lemon

Jika di rumah anda ada menyimpan gel aloe, anda boleh campurkannya dalam segelas air dan masukkannya dalam pengisar. Tuang 2 sudu jus lemon dan kisar selama 1 minit. Aloe membantu memudahkan penghadaman dalam perut, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.

7. Halia + Lemon

Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia menjadi penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan ½ inci halia ke dalam air.

Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.

8. Lemon + Limau Nipis, Oren + Timun + Hali + Daun Pudina

Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan dengan hirisan ½  biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren, secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan segenggam daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang. Buang air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.

9. Strawberi + Nanas + Cuka Epal + Daun Basil

Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman berkarbonat dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2 sudu cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.

Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu mengurangkan rasa stress.

10. Tembikai

Tembikai memang sedap dimakan dalam cuaca panas. Jika ada lebihan, jangan disimpan dalam peti sejuk. Potong kecil-kecil dan masukkannya dalam jag air. Sejukkan beberapa jam dan minum apabila perlu. Tembikai mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.

11. Lemon

Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan minum setiap pagi.

Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap berlaku sehingga sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh badan menjadi lebih sihat.

The post Buang Air Besar Sepantas Kilat Dengan Air Detox Buatan Sendiri appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...