Lihat sahaja kejayaan figura seperti Cristiano Ronaldo, Oprah, Ellen DeGeneres, dan Michael Jordan pada hari ini. Majoriti mereka yang dilahirkan pada bulan Januari bukan sahaja berpeluang besar untuk menjadi selebriti, tetapi juga menjadi seorang jutawan. Berikut ini penjelasan saintifiknya.
Dilahirkan untuk menjadi orang yang terkenal
Kajian yang dijalankan oleh Journal of Social Science pada tahun 2013 kepada 300 selebriti, mendapati bahawa ramai selebriti dilahirkan pada bulan Januari. Cristiano Ronaldo, Oprah, Ellen DeGeneres, Michael Jordan, dan Jennifer Aniston adalah beberapa orang terkenal yang juga kaya.
Menurut ahli psikologi, mereka yang berzodiak Capricorn dan Aquarius adalah orang yang mempunyai kreativiti tinggi dan penyelesai masalah yang baik. Walau bagaimanapun, mereka juga paling mudah terdedah kepada bipolar atau skizofrenia, kerana kehamilan pada akhir tahun cenderung berisiko tinggi.
Jika tidak terkenal, sekurang-kurangnya mereka menjadi bos
Ya, bayi yang lahir pada bulan Januari mempunyai peluang besar untuk menjadi seorang pemimpin. Data tarikh lahir yang dikutip dari S&P 500, senarai indeks 500 syarikat dengan saham terbesar di dunia dari 1992 sehingga 2009 membuktikan bahawa kebanyakan CEO di dunia ini dilahirkan pada bulan Januari.
Alasannya, mengikut pendaftaran tahun akademik, yang dilahirkan pada bulan Januari adalah kanak-kanak yang ‘matang’ untuk pergi ke sekolah. Mereka lebih dewasa dan bersedia menyerap pelbagai matapelajaran di kelas, dan pencapaian akademik mereka juga lebih tinggi daripada anak-anak lain.
Atau menjadi doktor…
Para pengkaji Pejabat Perangkaan Kebangsaan British, yang menganalisis 19 pekerjaan yang berbeza mengenai hasil bancian, mendapati bahawa kerjaya doktor lebih ramai dilahirkan pada bulan Januari berbanding orang yang dilahirkan pada bulan-bulan lain. Selain daripada doktor, ramai bayi Januari juga menjadi debt collector.
Bayi Januari mempunyai tahap kesihatan yang tinggi
Tidak terkenal, bukan bos, dan bukan doktor, sekurang-kurangnya kesihatan bayi yang dilahirkan pada bulan Januari dikatakan lebih baik daripada bayi yang lahir pada lain. Menurut pakar di Jabatan Perubatan Universiti Columbia yang menjalankan penyelidikan pada 1.75 juta dan 1,668 data pesakit yang dilahirkan pada Januari mempunyai risiko penyakit kardiovaskular, pernafasan dan reproduktif.
Cenderung untuk menjadi kidal
Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar di Austria dan Jerman terhadap 13 ribu orang dewasa, mendapati bahawa mereka yang dilahirkan pada bulan Januari ramai menjadi kidal. Ini berkaitan dengan bayi yang dilahirkan pada bulan Januari yang lebih terdedah kepada testosteron hormon semasa dalam rahim ibu. Pematangan otak kiri akan sedikit tertunda daripada orang-orang yang menggunakan tangan kanan. Pernah dengarkan, dikatakan orang kidal adalah genius?
Walaupun demikian, lima penjelasan saintifik tentang bayi yang lahir pada bulan Januari di atas ini tidaklah semestinya 100% tepat, ya. Jadi bos, terkenal, atau kaya yang paling penting adalah bahawa bayi kita dilahirkan dengan sihat dan tidak kekurangan apa-apa, bukan?
Harapan besar kita artikel ini dapat memberi manfaat buat ramai orang. Kerana pengetahuan dan rujukan yang terbatas, penulis menyedari artikel ini masih jauh dari sempurna, saranan dan kritikan yang membina diharapkan agar artikel ini dapat disusun menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Sumber: Pelbagai sumber dalam talian
The post Bayi Lahir Pada Bulan Januari Bila Besar Ramai Jadi Jutawan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment