Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sasaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang dicetuskannya pada awal 1990-an ketika menjadi perdana Menteri keempat gagal dicapai sepenuhnya.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat sedar bahawa sasaran itu tidak dapat dicapai sepenuhnya dan kerana itu kita telah menyediakan blueprint yang baharu yang kita kenali sebagai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
“Dengan perkataan lain, kita telah melanjutkan sasaran tersebut ke tahun 2030 dan kita percaya, kita akan dapat mencapai objektif tersebut,” katanya.
Pemimpin berusia 94 tahun itu yakin menerusi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dirumuskan ketika beliau menjadi Perdana Menteri ketujuh, sasaran itu mampu dicapai seiring hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berstatus maju.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sasaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang dicetuskannya pada awal 1990-an ketika menjadi perdana Menteri keempat gagal dicapai sepenuhnya.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat sedar bahawa sasaran itu tidak dapat dicapai sepenuhnya dan kerana itu kita telah menyediakan blueprint yang baharu yang kita kenali sebagai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
“Dengan perkataan lain, kita telah melanjutkan sasaran tersebut ke tahun 2030 dan kita percaya, kita akan dapat mencapai objektif tersebut,” katanya.
Pemimpin berusia 94 tahun itu yakin menerusi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dirumuskan ketika beliau menjadi Perdana Menteri ketujuh, sasaran itu mampu dicapai seiring hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berstatus maju. Demikian memetik laman Sarawakvoice.com
The post Malaysia Berstatus Negara Maju Pada Tahun 2030 appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment