Seperti sahabat sejati yang selalu memahami pada bila-bila masa, alasan klise ini adalah ‘alasan’ bagi setiap perokok tak kira di dalam tandas sekolah, di belakang lorong, malah di tengah medan perang sekalipun.
Tetapi, ada kalanya wujud keinginan untuk ‘memutuskan’ tali persahabatan yang sangat dibenci oleh golongan wanita (terutamanya calon isteri dan bakal calon isteri).
Tidak merokok, menjadi nilai jika anda ingin memenangi hati seorang wanita idaman. Penampilan menjadi bertambah tampan, jika seseorang lelaki bebas dari asap rokok. Status single pasti tidak akan lama dipegang. Walaupun ‘lelaki nakal’ sering dipuja oleh golongan wanita, tetapi lelaki yang tidak merokok lebih bernilai di mata mengalahkan segala-galanya.
Adakah anda mempunyai niat ingin berhenti merokok? Tidak perlu risau, ya. Berhenti merokok bukan perkara mustahil untuk dicapai. Ikuti saja beberapa langkah berikut ini, kemudian nikmatilah kehidupan bebas asap rokok.
Kembangkan bulatan sosial anda
Perkara utama yang membuat seseorang sukar berhenti merokok ialah lingkaran sosial. Jika kawan-kawan anda semuanya merokok, bagaimanakah anda boleh membebaskan diri dengan mudah? Ingat, rokok adalah ketagihan, sebaik sahaja anda rasa mahu mencubanya semula. Sekali hisap rokok, mahu menjauhkan diri sememangnya rasa susah.
Sekiranya itu berlaku, luaskan bulatan sosial, cari kawan-kawan lepak yang baru di mana ahlinya bukan golongan perokok. Luangkan lebih banyak masa dalam kalangan baru ini. Bulatan baru ini termasuk mereka yang boleh dipilih untuk mendengar masalah yang membuat otak tersumbat. Jika selama ini masalah itu datang, rokok dapat membantu anda tenang, kali ini cari seseorang yang benar-benar boleh mendengar.
Buat sasaran
Pernah tak anda mendengar bahawa berhenti merokok serta-merta juga berbahaya untuk kesihatan? Untuk mengurangkan risiko negatif cipta sasaran dan jadual yang masuk akal untuk diri sendiri. Kurangkan bilangan rokok yang diisap secara berkala. Catat dan ikuti setiap jadual dan sasaran. Kurangkan jumlah rokok sehari demi sehari.
Hitung dan buat wang simpanan
Berapa banyak wang yang dibelanjakan untuk membeli rokok setiap hari? Hitung dengan berhati-hati, kemudian bersama jumlah yang dikurangkan, buat belanjawan yang sebelum ini digunakan untuk membeli rokok.
Reward diri anda sendiri
Berapa bulan telah disasarkan? 4 bulan? 6 bulan? 8 bulan? Cuba untuk mengira jumlah wang yang telah dikumpulkan. Beri diri anda sendiri ganjaran menggunakan wang simpanan tersebut, beli barangan yang telah diidamkan selama ini. Apabila kepuasan kejayaan dicapai, keinginan untuk berhenti sepenuhnya akan jauh lebih besar daripada tarikan menghisap rokok selepas lama ditinggalkan.
Penutup kata, mahu memisahkan diri dari ketagihan kadang-kadang sangat sukar. Tetapi jika ada niat yang kuat, usaha mesti lancar jua. Buat anda yang rasa sukar untuk berhenti merokok ini lebih baik mengikuti beberapa tips di atas ini. Oh ya, jangan lupa lakukan secara konsisten. Kerana godaan untuk kembali merokok adalah sama seperti kembali kepada kekasih lama. Demikian memetik sumber bombastis.com
The post Berhenti Merokok Tidaklah Susah, Begini Caranya appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment