Di ketika cuaca sejuk melanda negara akhir-akhir ini, kita makan lebih banyak, bukan?
Cuaca sejuk sering menambah selera makan dan membuatkan kita sentiasa teringin untuk makan sesuatu.
Cuba teka kenapa, ya? Jadi, apakah makanan yang perlu dimakan dalam cuaca sejuk?
Cuaca sejuk dan makan banyak
Beberapa kajian telah menunjukkan kaitan antara cuaca sejuk dan tabiat makan lebih daripada biasa.
Sesetengah orang juga masih rasa lapar walaupun selepas makan makanan berat dalam cuaca sejuk.
Para penyelidik menyimpulkan terdapat hubungan antara cuaca sejuk dan perubahan dalam irama sirkadian.
Makanan yang perlu dimakan
Pastinya kita ingin makan makanan yang hangat dan sedap ketika cuaca sejuk.
Baiklah, kita boleh pilih mana-mana menu makanan yang tinggi protein dan kaya dengan serat supaya kita dapat mengekalkan keseimbangan nutrisi untuk badan dan tidak makan berlebihan.
Juga pastikan makanan itu tinggi karbohidrat dan lemak sihat supaya anda boleh rasa kenyang dan hangat.
The post Cuaca Sejuk Buat Anda Cepat Lapar, Makanan Apa Yang Baik Dimakan? appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment