Selepas negara dilanda banjir sejak Sabtu lalu, penyanyi Misha Omar kurang senang dengan pandangan pihak tertentu yang menyarankan aktiviti hiburan dikurangkan.
Lebih lagi apabila, pendapat itu disuarakan oleh mereka yang memperoleh pendapatan dari dunia seni juga sedangkan ramai yang baru mula bernafas.
“Setiap orang ada pendapat mereka sendiri. Saya akur dengan hakikat itu. Bagaimanapun, kita tidak boleh paksa atau laksanakan apa yang mereka suarakan itu.
“Sebagai selebriti dan punya ramai pengikut, mereka kena ingat, apa yang disuarakan akan menjadi perhatian peminat dan pasti akan dipersetujui mereka.
“Industri kita baru hendak bermula. Jangan bunuh jiwa atau patahkan semangat anak seni lain yang mahu cari rezeki,” katanya.
Kata Misha lagi, mereka yang mempunyai pandangan sebegitu perlu memikirkan tanggapan realiti yang dibuat kerana ia boleh merosakkan periuk nasi orang lain, memetik laman BH Online.
“Jika industri hiburan bergerak, ia secara tidak langsung akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai kaitan seperti pemuzik, penari dan sebagainya.
“Tidak wajar apabila kita berseronok, kita tidak memikirkan kesusahan yang dihadapi orang lain atau tidak langsung membantu mereka. Apa pun, hidup mesti diteruskan,” katanya.
The post Tɑk Setuju Aktiviti Hiburɑn Dikurɑngkan Ketika Musibɑh Bɑnjir – Misha Omar appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment