Setiap hubungan yang dibina pasti ada ujian yang perlu dihadapi. Jika hilang kewarasan, individu tersebut boleh bertindak diluar jangkaan.
Begitulah video viral menerusi akaun TikTok pengguna milik @linabaharin_ apabila mengatakan dia rasa terdetik hati ingin bantu pasangan ini.
Sewaktu kejadian, dia melihat seorang wanita sedang berjalan dengan sehelai sepinggang bersama dua orang anaknya pada waktu malam.
Dalam masa yang sama, seorang lelaki mengejar dengan memandu sebuah kereta selepas tiga beranak ini melintasi jalan dan menangis terduduk di bahu jalan.
Risau dengan keadaan tersebut, Lina meminta suaminya keluar melihat keadaan.
Lina turut mengatakan dirinya bukanlah berniat untuk masuk campur hal rumah tangga orang lain tapi apabila melihat keadaan ini, dia rasa bersimpati.
Dia juga percaya Allah sedang menggerakkan hatinya untuk membantu pasagan ini untuk menyelesaikan masalah mereka.
Akhirnya, wanita yang megusung dua orang anaknya setuju pulang bersama suaminya selepas diminta berbincang baik-baik.
Siapa tak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang boleh ‘tapau’ semua genre lagu walaupun tengah live di media sosial.
Tapi kali ini lain pula jadi apabila penyanyi milik lagu Purnama Merindu muncul di stesen TV1 untuk membuat laporan kaji cuaca sehingga menjadi bualan ramai.
Kemunculan istimewa sebagai pelapor kaji cuaca hasil kerjasama bersama pihak MET Malaysia, beliau menggalas tugas tersebut dengan penuh dedikasi.
Tidak hanya melaporkan tapi siap bernaynyi lagu Badarsila lagi, jom lihat video ringkas yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna twitter.
Bagi yang ingin melihat bagaimana cara Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti menyampaikan laporan cuaca, boleh tonton video di bawah.
Mungkin bahagian MET Malaysia mengambil pendekatan ini untuk menarik minat orang ramai supaya mengikuti perkembangan laporan kaji cuaca dengan lebih kerap selepas ini.
Hari ini Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2023.
Ini kerana mengambilkira bencana banjir yang menimpa sebahagian negara antaranya di Kampung Raja, Cameron Highlands.
Tidak hanya di bahagian pantai Timur tapi bahagian utara juga terkesan dengan hujan berpanjangan sehingga timbul masalah banjir.
Bagaimanapun menurut Utusan Malaysia Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands berkata, anggota bomba pergi ke lokasi kejadian pada jam 6.30 petang selepas menerima laporan mengenainya.
Hujan berterusan menyebabkan paras air sedikit meningkat membabitkan kawasan perumahan di Kampung Raja.
Banjir itu menyebabkan orang ramai di sebuah rumah meminta untuk dipindahkan.
Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin, dengan rasa kesal berkata, kejadian berlaku awal minggu ini adalah kali kedua selepas 18 November lalu.
Beliau percaya kejadian di Taman MCA, Kampung Raja ada kaitan dengan pembukaan sawah sayur berhampiran kawasan perumahan yang dinaiki air itu.
Sebelum ini, ladang sayur yang terlibat dalam Op Gading itu telah diarah ditutup.
Tanah di mana ladang sayur dahulunya telah dibersihkan untuk pembangunan baharu.
Tapi apabila lesen baharu ladang itu diberikan, didapati kawasan itu tidak sesuai untuk diusahakan.
Apabila hujan, air mengalir turun ke kawasan perumahan dan kebun sayur.
Penduduk bandar berhampiran amat bimbang dengan potensi tanah runtuh di kawasan itu, selain keadaan ketika ini musim hujan.
Dilip seterusnya berharap kerajaan negeri memandang serius kejadian itu termasuk menghentikan serta-merta pemberian lesen baharu aktiviti pertanian buat masa ini.
Hujan turun dengan sangat kerap sekarang ini amat berbahaya bagi penduduk yang tinggal di Kampung Raja.
Menerusi video yang tular di media sosial, situasi banjir tersebut terlihat seperti banjir “coklat”.
Ramai penduduk di kawasan itu bimbang bencana berlaku kerana ia merupakan kawasan tanah tinggi.
Baru-baru ini, media melaporkan bahawa banjir berlaku di beberapa daerah di Pantai Timur kerana hujan lebat. Malah, jumlah mangsa banjir semakin meningkat.
Menggayakan busana elegan nan mewah untuk majlis ijab qabul atau majlis sanding adalah impian semua kaum hawa.
Lebih-lebih lagi majlis yang diraikan ini hanya sekali seumur hidup, pastinya keinginan untuk bergaya dengan busana pengantin yang cantik menebal dalam hati.
Apa yang menjadi masalah, busana yang bagaimana yang ikut trend fesyen terkini?
Jadi apa kata kita lihat baju kahwin selebriti 2022 yang mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal supaya anda juga tampak seperti artis atau bidadari.
Najwa Latif
Penyanyi Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap, Akwa Arifin dengan sekali lafaz pada 11 November 2022 dengan mas kahwin 2.5 gram.
Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Sweet Qismina
Pasangan pelakon, Adam Lee dan Sweet Qismina selamat diijab kabulkan pada 24 Oktober 2022 dengan sekali lafaz.
Kemudian, mengadakan majlis kahwin di sebuah dewan dengan bertemakan Disney Fairytale Songket Dress & Suit. Cantik kan?
Wany Hasrita
Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian.
Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Zulin Aziz
Pelakon Zulin Aziz sah bergelar isteri kepada rakan niaganya Farhan Norzaini di Masjid Negara pada 20 Februari 2022.
Majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup dimana hanya keluarga dan rakan terdekat saja dijemput.
Manakala majlis resepsinya dilakukan di sebuah dewan dengan mengikut prosedure operasi standard (SOP).
Heliza Helmi
Penyanyi Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikatakan jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Heliza Helmi yang juga seorang pelakon itu menggayakan sentuhan dari pereka fesyen Eja & Shahril untuk busana resepsi mereka.
Memilih teman hidup sebenarnya agak sukar sebab bukan sehari dua kita nak luangkan masa bersama individu tersebut tapi selamanya.
Malangnya pencarian bagi sesetengah orang tidak sampai ke fasa pernikahan. Mudah kata, hubungan tersebut hanya persinggahan.
Tapi jangan risau kerana setiap orang telah dikurniakan pasangan cuma anda perlu cari.
Bila tiba masa yang betul, pasti anda akan menemui jodoh anda yang serasi dan tepat.
Apa yang menjadi masalah, bagaimana kita tahu si dia adalah jodoh yang betul untuk kita?
Jadi kami senaraikan beberapa panduan yang boleh membantu anda memilih jodoh yang tepat.
Cari seseorang yang memahami anda
Mencari seseorang yang dapat memahami anda dan menghargai keperluan anda adalah penting dalam membina sesebuah hubungan jangka masa panjang.
Ini kerana sikap memahami sekaligus dapat timbulkan sikap tolak ansur dimana serba sedikit dapat membantu kesihatan mental untuk tempoh jangka masa panjang.
Bahkan, sikap ini dapat membantu mengharmonikan rumah tangga. Bayangkan jika tiada kefahaman antara dua insan pasti akan berlaku keretakan.
Perhatikan tingkah laku
Apabila bercakap tentang kehidupan bersama orang tersayang, penting untuk memerhati pasangan kita dengan teliti terutama tingkah laku mereka.
Tapi secara dasar anda boleh baca identiti seseorang dengan melihat cara dia berpakaian, berkomunikasi, bergaul dan intonasi mereka berbual.
Jika anda lihat tidak suka dengan penampilannya, itu bermakna dia bukan untuk anda tapi tak salah untuk berkenalan dengan melihat cara mereka berkomunikasi.
Mana tahu, dari cara dia bergaul, berkomunikasi membuatkan anda rasa selesa pula dengan si dia jadi bersembang dahulu baru decide.
Selain itu, kita juga boleh meminta nasihat dan pandangan dari orang lain yang kita percayai seperti keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Dengar apa yang dia kata
Apa yang seseorang katakan boleh memberitahu banyak hal apa yang ada di dalam hati mereka.
Jika dia sering bercakap tentang masa depan dan merancang untuk bersama dengan anda, ini mungkin menunjukkan yang si dia merasakan anda adalah jodoh yang sesuai untuk dirinya.
Tanyakan kepada diri sendiri
Apakah anda merasa selesa dan tenang apabila bersama dia?
Apakah anda merasa dia adalah seseorang yang anda boleh percaya?
Adakah dia boleh membimbing anda menjadi seorang yang lebih?
Adakah dia seorang yang boleh menenangkan anda?
Jika jawapan itu ya, mungkin dia adalah jodoh anda.
Terima seadanya
Apa pun yang telah kita lakukan di masa lalu, dia tidak peduli tapi yang penting adalah siapa kita sekarang.
Walaupun dia tahu bahawa kita pernah mempunyai kekasih sebelum ini, dia tidak terpengaruh olehnya.
Ini kerana dia tahu sekarang kita miliknya. Dia juga bersedia untuk berkongsi masa lalu dengan anda dan tidak menyembunyikannya.
Senang bersama
Bersama-sama dengannya, kita merasakan kegembiraan yang tak terhingga. Tidak ada sedikit pun rasa jemu, bosan, atau tekanan.
Sebaliknya, cinta kita terhadapnya semakin menguat setiap hari. Kita selalu merasa tenang, gembira dan bahagia bersamanya, dan dia menjadi penghibur kita saat sedih.
Dia juga merasakan hal yang sama. Tapi saat berjauhan, kita merasa sangat rindu dan ingin bertemu dengannya.
Minat yang sama
Setiap orang mempunyai keperluan dan harapan yang berbeza apabila mereka berada dalam hubungan.
Jadi, fikirkan tentang apa yang anda cari dalam pasangan dan lihat sama ada dia memenuhi keperluan anda atau tidak.
Jika anda dan pasangan berkongsi minat yang sama, lebih mudah untuk anda kekal bersama dan mempunyai hubungan yang kukuh.
Cara pergaulan dengan orang lain
Adakah dia seorang yang mudah bersahabat dan memahami orang lain, atau seorang yang egois dan tidak peduli dengan perasaan orang lain?
Jika dia orang yang mudah bersahabat, mungkin dia adalah jodoh yang tepat untuk anda.
Ini juga merupakan tanda yang dia mampu bekerjasama dan menghargai orang lain.
Lihat bagaimana dia menangani masalah
Masalah pasti akan muncul dalam setiap hubungan. Adakah dia seorang yang sabar dan tabah menghadapi masalah, atau dia selalu panik dan mudah putus asa?
Jika dia seorang yang sabar dan tabah, mungkin dia adalah pasangan terbaik untuk anda.
Pada akhirnya, keputusan tentang siapa yang akan menjadi jodoh kita ada di tangan kita sendiri.
Kita harus tahu apa yang kita inginkan dan apa yang sesuai dengan kepribadian kita.
Jadi, jangan tergesa-gesa dalam mengambil keputusan dan pertimbangkan semuanya dengan baik.
Lakukan solat istikarah dan berdoa kepada Allah untuk diberikan kejelasan dan petunjuk.
Dengan cara ini, kita dapat membuat keputusan yang tepat dan bahagia dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah.
Jangan risau dan terus percayai bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita.
Jangan lupa, keredhaan orang tua dan kebahagiaan kita sendiri adalah yang paling penting.
Semalam tular sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang berlumuran darah menangis di sisi mayat ibunya.
Menurut laporan Sinar Harian, mangsa tersebut berusia 30 tahun dan dipercayai disamun sebelum lehernya dikelar menggunakan objek tajam.
Sebelum insiden ngeri itu berlaku, mangsa dan anaknya berusia setahun dalam perjalanan ke rumah kakaknya terletak kira-kira 300 meter dari rumah sewanya.
Setelah tiba di lorong gelap, insiden mula berlaku di mana mangsa cuba melawan. Ketika itu rantai leher serta subang dirampas oleh penyamun.
Sehingga kini kejadian tersebut masih dalam siasatan dan difahamkan berlaku di hadapan bangunan terbiar di Kampung Titingan, Tawau, Sabah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kepada oang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh memaklumkan kepada bilik gerakan IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya.
Macam mana nak tahu perbezaan kedua-dua jenis tin ikan ni?
Bila nak pilih tin sardin dekat pasaraya, jangan salah ambil sebab ada dua jenis ikan yang digunakan oleh kebanyakan jenama syarikat pengetinan.
Antara jenis ikan yag diproses untuk pengetinan adalah Ikan Sardin dan juga Ikan Mackerel. Kalau salah beli, memang isteri atau ibu boleh moody, ihiks!
Bukan apa, jika perhatikan daripada bentuk tin sama saja saiz tapi kalau di lihat pada warna, perkataan, gambar dan label pada tin, anda akan jumpa perbezaan dua tin ikan ini.
Selain itu, ada lagi perbezaannya. Jom lihat apakah perbezaannya.
Cara proses
Malah, perbezaan kedua-dua jenis ikan tin bukan saja pada luaran tapi bahan pemprosesan pun berbeza.
Mana tidaknya, Ikan Mackerel dan Ikan Sardin bukan berada dalam kumpulan ikan yang sama, sudah semestinya cara proses juga lain.
Kalau proses sama, mungkin salah satu ikan mudah rosak.
Saiz ketulan ikan
Selain itu, perbezaan kedua-dua jenis ikan tin ni adalah saiz dan kuantiti ketulan ikan yang dimasukkan ketika proses pengetinan.
Kalau tin yang lebel ‘ikan sardin’, saiz ikannya agak kecil dan kuantiti lebih banyak iaitu 4 ketul.
Manakala tin yang label ‘ikan mackerel’, kuantiti agak sedikit iaitu 2 ketul saja tapi saiz ikan agak besar.
Rasa
Kalau sentuh bab rasa kedua-dua jenis ikan ini, sebenarnya lebih kurang je.
Cuma, kita sebagai pengguna boleh buat pilihan sama ada inginkan ketulan ikan yang banyak atau sedikit dan jenis ikan yang ingin dimasak.
Selepas ini jangan pelik bila kuantiti ikan dalam tin sikit atau banyak. Selamat membeli-belah!
Pada yang masih tidak tahu Miss Universe merupakan pertandingan kecantikan tahunan antarabangsa yang diadakan oleh Miss Universe Organization.
Pertandingan ini diadakan pada setiap tahun jadi untuk pertandingan Miss Universe 2022 akan diadakan di New Orleans Morial Convention Center, Louisiana, United States pada 14 Januari 2023 tahun hadapan.
Persiapan peragaan Miss Universe tahun ini adalah kostum berinspirasikan Gunung Kinabalu, Sabah yang dipersetujui oleh organisasi Miss Universe Malaysia yang akan dipakaikan oleh Lesley Cheam.
Bagaimanapun sebelum itu pereka fesyen Hatta Dolmat mempersembahkan beberapa rekaan lain yang diilhamkan dari Wau Bulan dan Wayang Kulit.
Tapi, menurut Pengarah Nasional Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO), Elaine Daly, pemilihan kostum ini adalah kerana menyampaikan satu mesej progresif kepada masyarakat global.
Ditambah pula perincian batu jemeki yang melambangkan batuan granit yang tidak sebati dengan pembentukan Gunung Kinabalu serta warna-warna yang digunakan juga melambangkan kekuatan serta keyakinan.
Malah, dengan berat lebih 10 kilogram, kostum yang mengetengahkan ciri-ciri kelestarian alam semulajadi itu menggunakan fabrik terpakai iaitu poluethylene terephythalate (PET) yang digunakan untuk menghasilkan botol plastik serta pembungkus makanan.
Siapa tak kenal dengan salah seorang penyanyi kacak dari kumpulan Forteen, Izzue Islam.
Seperti kita tahu, penyanyi lagu Muzik Tiduranku telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dengan pengurusnya sendiri, Nurinafilah Waharudin.
Cuma, rezeki tidak menyebelahi pasangan ini apabila sudah hampir satu dekad usia perkahwinan mereka, masih belum dikurniakan cahaya mata.
Apa yang mengejutkan dalam satu temubual, Izzue Islam membuka satu cerita tentang individu menerjah isterinya untuk menjadi isteri kedua ketika menghadiri sebuah event.
Difahamkan individu tersebut berbual seperti sudah lama berkenalan dan tiba-tiba menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua kepada Awin atas sebab ingin beri cahaya mata untuk pasangan tersebut.
Dalam kesempatan sesi temubual tersebut, Izzue sempat memberi nasihat kepada peminat tersebut agar menjaga hati isterinya.
Anda boleh tonton video di bawah untuk dengarkan cerita penuh dari Izzue sendiri.
Biasalah, bila nama sudah dikenali, corak kehidupan akan menjadi tumpuan orang ramai tidak kira dari pakaian, pasangan, anak atau posting media sosial sekalipun.
Dalam pada itu, Izzue berkata meskipun belum dikurniakan cahaya mata, hubunagn dia dan isteri Awin Nurin tidak berbolak sedikit pun walaupun ada yang cuba melakukannya.
Semoga Izzue dan pasangan tabah dengan ujian ini dan kami doakan pasangan sejoli ini akan dikurniakan rezeki anak satu hari nanti.
Dalam anggaran kira-kira 60% penduduk di Malaysia beragama Islam. Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi sudah pastinya memiliki hotel halal Malaysia sebagai pelancongan mesra muslim.
Setiap bilik di hotel-hotel islamik ini dilengkapi dengan peralatan solat seperti sejadah dan Al-Quran.
Selain itu, kemudahan gimnasium, surau dan kolam renang turut disediakan berasingan bagi lelaki dan wanita.
Senarai hotel halal Malaysia
Anda inginkan hotel islamik yang bebas rokok, alkohol mahupun makanan dengan semakan status halal JAKIM?
Terdapat banyak muslim friendly hotel sekitar Malaysia dengan semakan status halal JAKIM dan memiliki sijil halal Malaysia yang sah tanpa diragui.
Berikut merupakan 15 hotel halal Malaysia dengan konsep islamik dan mesra muslim untuk anda menginap.
RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu
Halal hotel di Terengganu
Alamat: Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Sumber gambar: Raia Hotel & Convention Centre Terengganu
RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu merupakan sebuah hotel islamik yang terletak dengan jarak kurang daripada 1 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Sumber gambar: Instagram @fyqamustafa
Restorannya menyajikan sajian hidangan Malaysia dan antarabangsa yang cukup menarik manakala biliknya dilengkapi dengan mesin kopi atau teh.
Sumber gambar: Instagram @syafiqah34
Lain daripada itu, perkhidmatan concierge dan simpanan bagasi turut disediakan di muslim friendly hotel ini.
Perdana Kota Bharu
Halal hotel di Kota Bharu
Alamat: Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Perdana Kota Bharu merupakan hotel terkemuka di Kelantan yang mesra muslim di bawah kendalian Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sumber gambar: Instagram @embunjb
Hotel islamik berkelas 5 bintang ini menyediakan kemudahan surau dan pusat kecergasan secara berasingan bagi lelaki dan wanita.
Sumber gambar: Instagram @fazziqmuqris
Ia turut menawarkan bilik-bilik yang menarik iaitu deluxe classic, 6 accessible rooms, premier, deluxe premier dan deluxe suite.
Anda juga boleh makan di restoran dan menikmati segala kemudahan yang disediakan di hotel ini. Ekoran daripada telah mendapat semakan status halal JAKIM.
Adya Hotel Langkawi
Halal hotel di Langkawi
Alamat: No 1 PT 4001 Mukim Darul Aman Persiaran Mutiara 2 Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Sumber gambar: Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Docs On Vacay, Hotelbeds, Kervin Chong
Terletak berdekatan dengan lapangan terbang utama negara, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA menjadi pilihan pengunjung untuk menunaikan umrah dan haji.
Sumber gambar: Instagram @mr.tarm
Muslim friendly hotel ini memiliki 2 dewan konvensyen, bilik mainan luas dan sebanyak 17 bilik mesyuarat ditempatkan.
Sumber gambar: Instagram @asmakadir_
Anda boleh menikmati 5 buah restoran yang disediakan oleh pihak hotel dengan sajian Timur Tengah.
Sumber gambar: Traders Hotel Kuala Lumpur, Hotels.com
Sebuah hotel bertaraf 4 bintang iaitu Traders Hotel Kuala Lumpur menjanjikan penginapan yang bersih dan selamat.
Sumber gambar: Instagram @mirzanajia
Di samping itu, bagi setiap bilik yang disediakan ditandakan arah kiblat bagi memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat.
Sumber gambar: Instagram @azlieynaeppy
Anda boleh mendapat akses terus ke hotel ini melalui Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Selain makanan yang disajikan halal, kolam renang juga diasingkan bagi lelaki dan wanita.
De Palma Hotel Ampang
Halal hotel di Ampang
Alamat: De Palma Ampang, Palm Square, Jalan Selaman 1/2, Ampang Point, Selangor, 68000 Ampang Jaya