loading...

Thursday, 8 September 2016

Bukan Soalan UPSR Kementerian Nafi Terdapat Soalan Berbaur Perkauman Dalam Kertas UPSR

“Bukan Soalan UPSR” – Kementerian Nafi Terdapat Soalan Berbaur Perkauman Dalam Kertas UPSR

http://ift.tt/2c0hexv
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini menafikan dakwaan viral yang mengatakan terdapat soalan yang berbaur perkauman di dalam Bahasa Melayu Kertas 2, UPSR 2016.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, kementeria berkata siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan mendapati soalan seperti yang tersebar dalam media sosial itu bukanlah soalan yang terdapat dalam UPSR 2016.

Tambah kenyataan itu, soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan oleh Lembaga Peperiksaan telah melalui proses penilaian memastikan ia mencakupi kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan.

http://ift.tt/2c0iSPk
Sambil melahirkan kekesalan atas penyebaran kenyataan yang tidak benar itu, kementerian menyatakan pihak LP amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutamanya dalam konteks soalan peperiksaan.

Sumber : Bernama

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...