loading...

Friday, 23 September 2016

INILAH TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN YANG ANDA PERLU TAHU

tanda 100 hari sebelum kematian

Image result for INILAH TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN YANG ANDA PERLU TAHU..

Kematian sesungguhnya sangat dekat dengan kita. Semua makhluk yang bernyawa akan melaluinya. Mati itu ia datang tanpa diduga, bila-bila masa sahaja.

Apakah kita sudah bersedia menghadapinya?

Pengembaraan terakhir bagi kehidupan di dunia adalah kubur. Apabila tiba masanya, berakhirlah amalan yang dijadikan bekalan. Dr.Tuah Iskandar

Disini kami kongsikan beberapa TANDA-TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN

100 hari sebelum kematian Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami suatu getaran atau seakan-akan rasa mengigil.

40 hari sebelum kematian Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang terlantar sakit. Orang sakit yang lama tak ada selera makan secara TIBA2 jadi berselera pula.

3 hari sebelum kematian Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagiantengah dahiiaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan org yang akan memandikan jenazah nanti. Ketika ini jugamata hitamtidak akan bersinar lagi.

Bagi orang yang sakit pula hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana seseorang itu akan merasakan satudenyutan di sebelah belakangiaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan, tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya lagi.

Pada hari kematian Akan berlaku keadaan di mana seseorang itu akan merasakan satu keadaansejuk di bahagian pusatdan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terusmengucap kalimah syahadahdan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Taala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita pula.

Sumber :dakuamatmenyintaimu.blogspot.com

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...