Ramai ibubapa yang bimbang dan risau apabila anak mereka menghidapi selesema. Di sini ada beberapa tips yang diberikan oleh Facebook page Root of Medicine untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah tersebut.
- Tak perlu memberikan ubat selesema kerana ia akan menyebabkan bayi mengantuk. Apabila anak mengantuk dan tidur, ibubapa tidak dapat detect anaknya dalam keadaan normal ataupun dalam keadaan yang berbahaya. Saya selalu nasihatkan kepada pesakit saya, tak perlu beri ubat selesema. Kalau anak susah bernafas atau bernafas laju, bawa terus ke hospital jumpa doktor. Kita takut kalau bagi ubat selesema, akan menyebabkan anak kita nampak macam normal walhal tidak
2. Perlu diingatkan bahawa selesema pada kanak-kanak majoritinya adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Oleh itu, ia akan sembuh dengan sendirinya tanpa perlu diberikan sebarang ubat.
- Jika anak aktif bermain seperti biasa, menyusu ataupun makan seperti biasa dan tidurpun tidak terganggu, maka tidak perlu untuk kita risaukan. Biarkan sahaja mereka bermain.
- Jika mereka tidak selesa ketika menyusu ataupun tidur disebabkan hidung yang tersumbat, anda boleh menggunakan cecair normal saline untuk dititikkan ke dalam hidung kanak-kanak tersebut. Ini akan mencairkan hingus itu dan membuatkan saluran pernafasan menjadi normal semula. Apabila saluran pernafasan menjadi normal, kanak-kanak itu akan selesa untuk tidur ataupun menyusu.
5. Anda juga boleh menggunakan alat untuk menyedut hingus untuk bayi.
- Jika anak anda mempunyai simptom selesema sahaja, anda tidak perlu risau ataupun tidak perlu membawa berjumpa dengan doktor. Boleh praktikkan cara di atas terlebih dahulu.
- Tetapi jika ada juga terkena demam untuk bayi yang kurang dari 4 bulan, maka perlulah untuk dibawa berjumpa dengan doktor supaya dapat diperiksa sama ada punca demam itu serius ataupun tidak.
Sumber: Root of Mediciene / ApeCher.com
0 comments:
Post a Comment