loading...

Tuesday, 6 September 2016

Kejamjiran bertindak culik bayi sebelum merogolnya selama 2 jam dalam semak

kes polis

Ya Allah, jiran bertindak culik bayi sebelum merogolnya selama 2 jam dalam semak| Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan diperlakukan seperti binatang oleh seorang jiran lelakinya yang bertindak menculik sebelum merogolnya selama lebih dua jam dalam sebuah kawasan semak di Vikaspuri, New Dehli, India, Jumaat lalu. Insiden menyayat hati itu berlaku ketika ibunya sedang nyenyak tidur di sebuah penempatan perlindungan sementara dalam kompleks perumahan polis. Kejadian tersebut hanya disedari selepas sejam mangsa diculik.

Portal metro.co.uk melaporkan, ibu mangsa panik apabila mendapati bayinya hilang sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis. Dengan menggunakan unit anjing pengesan, pihak polis berjaya menjejaki bayi tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sebuah longkang dengan kemaluannya mengalami pendarahan teruk. Perogol tersebut berjaya dijejaki selepas telefon bimbitnya tercicir di lokasi kejadian. Dia yang juga pekerja binaan mengaku melakukan jenayah tersebut dan ditahan di Penjara Tihar.

Bapa bayi yang enggan dikenali itu berkata, keluarganya masih dalam terkejut melihat keadaan anak mereka yang masih kritikal. Saya hilang kata-kata. Bagaimanana seseorang boleh melakukan sedemikian rupa terhadap bayi kecil seperti ini? Saya hiba melihat darah, kesan cakaran dan baju anak saya yang koyak rabak, katanya. -AP

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...