loading...

Tuesday, 6 September 2016

Murid Perempuan Ini Berjaya Menitiskan Air Mata Saya Di Pagi Hari

2crrGcw

Murid perempuan ini berjaya menitiskan air mata saya di pagi hari.

Dia datang lewat untuk UPSR. Cikgu-cikgu sudah mula gelisah. Tiba-tiba dia muncul tanpa senyuman. Saya dapatkan dia untuk stabilkan emosinya. Saya sedia maklum masalah dia sejak hari pertama saya melapor diri.

“Kenapa lambat?” saya tanya.

“Baju basah, sebab semalam saya basuh dan sidai di luar. Pagi ini hujan, jadi saya gosok baju,” jawabnya.

“Dah makan?” saya soal lagi.

“Dah, tadi saya makan roti dan air milo. Buatkan sekali untuk adik dan mak,” katanya.

Allahuakbar. Kamu hebat wahai anak. Kamu diuji dengan masalah keluarga. Kamu pikul tanggungjawab yang orang lain sebaya kamu tidak mampu lakukan. Kamu galas tanggungjawab dengan sebaiknya. Semoga kamu cemerlang di dunia akhirat.

Pernah satu ketika dia datang ke sekolah, kemudian meminta izin untuk balik sebab dia terlupa yang dia masak air dan lupa nak matikan. Dia berlari balik sebab ibunya lumpuh dan tidak mampu bergerak, apatah lagi membantu. – Norliana Samsuri | The Reporter

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...