loading...

Sunday, 11 September 2016

Penipuan Skim APUM kalangan siswa, peserta terbeban dengan hutang berpuluh ribu ringgit



Memang susah untuk diterima akal betapa jahat tipu daya Azhar (Dato' Mohd Azhar Bin Abd.Razak) dan Juwita (Datin Juwita Binti Mohd Jobil) untuk merompak duit pelajar.

Peserta APUM digalakkan untuk mengejar pangkat Apprentice dan ianya boleh dicapai apabila peserta tersebut berjaya merekrut 30 downline.

Setiap downline bernilai RM 6,600 dimasukkan ke dalam akaun Azhar dan Juwita.

Pelbagai janji kosong dilontarkan oleh Azhar dan Juwita apabila seseorang bergelar Apprentice, antaranya ialah "menguruskan projek".

Kemewahan Azroque Hashim dan Mohd Azizi yang diberi BMW adalah wayang kepada pembohongan Azhar dan Juwita.

Tetapi ada cara lain untuk mendapat status Apprentice selain daripada merekrut 30 downline.

Peserta APUM perlu membuka SME yang juga bernilai RM 6,600 dan satu SME sama nilai dengan satu downline.

Akhirnya peserta APUM dibebani dengan masalah kewangan untuk membuka berpuluh-puluh SME. Apatah lagi sumber duit adalah dari berhutang.

Ramai peserta APUM yang quit sebab dibebani hutang sehingga berpuluh ribu, malah beratus ribu.

Pendek kata, Azhar dan Juwita adalah perosak kepada masa depan pelajar.

APUM AWARENESS TELAH DISEBARKAN


ADA KAWAN LAMA YANG TIBA-TIBA CALL KORANG TAK ?


PERLU DAFTAR SME BERNILAI RM6,600


PIHAK BERKUASA TAK BOLEH AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KER ?


TERPAKSA BERHENTI BELAJAR AKIBAT HUTANG TINGGI



TIPS CARA BERKESAN UNTUK BUAT REPORT POLIS TERHADAP SKIM MLM !


APUM SEBENARNYA TELAH BUBAR DAN DIGANTI DENGAN NAMA "HUMAN & BUSINESS DEVELOPMENT



KALAU ADA YANG TULIS PERKATAAN "PULL STOP", INILAH ASAL USULNYA ! LOL



GLOSARI
APUM : Akademi Perintis Usahawan Muda


Rujukan :
- Pseudoscience Watch
- Link Asal : https://goo.gl/3MRyCV

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...