loading...

Wednesday, 7 September 2016

saya tak sorok suami dia yang pemalu

2-Saya-Tak-Sorok-Suami-Dia-Yang-Pemal

Bagi sesetengah selebriti, memuat naik gambar mesra bersama pasangan di laman sosial adalah perkara biasa, tetapi bagi Marsha Milan Londoh pula jarang sekali dapat melihat gambar beliau dengan suami. Jelasnya suaminya adalah seorang yang pemalu dan kurang suka mengambil gambar walaupun beliau pernah memujuk namun permintaannya ditolak.

BACA: Marsha Milan Pendam Rasa Mahu Tunai Terawih Di Masjid

Tidak, saya bukan sorok suami. Tapi dia memang seorang yang pemalu dan tidak suka sangat bergambar. Sebab itu, jarang saya dapat berkongsi di laman sosial gambar kami berdua. Katanya, dia segan, katanya kepada portal Media Hiburan ketika ditanya mengenai sebab beliau dilihat jarang memuat naik gambar berdua dengan suami di laman sosial.

Selain itu Marsha turut berkongsi rutin hariannya kini yang gemar memasak. Mempunyai seorang suami yang suka makan tetapi tidak cerewet merupakan bonus bagi Marsha untuk memasak apa sahaja. Namun katanya, beliau kini sedang mempelajari masakan Pulau Pinang memandangkan suaminya itu berasal dari negeri itu, biarpun masih belum mahir sepenuhnya.

Manakala ketika ditanya mengenai perancangan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, Marsha memberitahu bahawa dirinya tidak dapat beraya bersama suami pada tahun ini kerana terpaksa pulang ke Sabah untuk menghadiri majlis kenduri keluarga sendirian. Dengan itu suaminya hanya pulang ke rumah beliau di Pulau Pinang. (rkty/w)

TTBusan-Rotikaya-300x250.jpg



SUMBER
Media Hiburan

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...