GUA MUSANG : Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang berdekatan kandang kuda, Kampung Kundur, di sini, kira-kira jam 6.45 petang semalam.
Mangsa, Muhamamad Naqib Rifqy Musal Hamri, 5, dikatakan hilang semasa bersama keluarganya di dusun buah dokong berdekatan kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail, mengesahkan menerima laporan daripada ibu mangsa, Norfadilah Daud, 25.
“Berdasarkan laporan yang dibuat, semasa ahli keluarga sibuk mengambil buah dukung, mangsa bersama seorang saudaranya lari ke dalam hutan.
“Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka berjaya dipegang manakala mangsa gagal dikesan. Mangsa memakai t-shirt warna biru terang dan seluar pendek warna biru.
“Buat masa ini, operasi mencari dan menyelamat disertai anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan orang awam,” katanya lagi.
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment