Batu Pahat: Wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Batu Pahat, maut selepas kereta dipandu merempuh tiang elektrik di Jalan Johor Bahru-Melaka,Tanjung Laboh, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Sharifah Nadiah Syed Omar, 34, maut serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Rengit bagi menghadiri program anjuran UMNO.
“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik di tepi jalan berkenaan.
“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Abdul Wahib berkata, mayat dibawa ke Hospitak Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-HM
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment