loading...

Sunday, 18 September 2016

Sayu Selamat jalan sayangakhirnya abang pergi tinggalkan saya dan anakanak

Didi%2BNazri%2BJefri%2B4.jpg

Pontian : Penatian isteri bersama 3 orang anak yang masih kecil menati khabar suami tercinta yang hilang dilaut berakhir dengan kesedihan.


Azura Hassadudin 23 terpaksa menerima hakikat suami nya Didi Nazri Jefri yang hilang di Kelong Seri Pantai Pontian 2 hari lalu ditemui lemas dan meninggal dunia.


Dia yang mempunyai 3 cahaya mata berusia 3tahun,2tahun dan 1bulan kini terpaksa tempuhi hidup tanpa suami tercinta.


Mayat suami nya berusia 26 tahun yang dikhuatiri lemas selepas hilang di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, awal pagi semalam ditemui pagi tadi.


Didi%2BNazri%2BJefri%2B2.jpg

azura%2Bdidi.jpg

Didi%2BNazri%2BJefri%2B1.jpg

Sumber Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, mangsa Didi Nazri Jefri ditemui dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.25 pagi.

“Mayat mangsa ditemui berhampiran lokasi kejadian dan berikutan itu operasi SAR ditutup 12 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Didi Nazril keluar bersama tiga rakan untuk memancing ikan di Kelong Seri Pantai dengan menaiki bot yang dipinjam daripada kenalannya.

Difahamkan, ketika memancing, mereka terkejut apabila bot yang ditambat pada tiang kelong putus dan mangsa bersama rakan terjun ke laut bagi menyelamatkan bot itu daripada terus hanyut.

Bagaimanapun, usaha mereka menyelamatkan bot itu gagal menyebabkan rakan mangsa naik semula ke kelong manakala Didi Nazril hilang dan dipercayai lemas.

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...