loading...

Tuesday, 6 September 2016

TERKINI DLCW ADA ASET 300 JUTA WOW Kalau Ada RM300 Juta Saya Tak Perlu Kerja dan Hanya Duduk Rumah Kata DLCW

dlc.jpg

Kuala Lumpur, 26 Ogos– Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menafikan laporan yang mndakwa bahawa beliau memilik aset yang mencecah RM300 juta.

Chong Wei berkata, jika memiliki aset sebanyak itu, beliau tidak lagi perlu mengerah keringat untuk bermain badminton dan hanya perlu duduk di rumah sahaja.

Jika ada RM300 juta, saya fikir saya sudah berhenti bermain badminton.

Saya tidak perlu kerja dan hanya duduk di rumah,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik oleh portal The Star.

Semalam, satu portal berita tempatan yang memetik portal thecelebritiesnetworth.com melaporkan aset Chong Wei bernilai RM300 juta berdasarkan hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa datempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Dalam masa yang sama, Chong Wei turut memaklumkan bahawa beliau tidak merasa ahli sukan di negara ini mampu mendapat jumlah aset seperti itu.

Sukan di negara ini adalah berbeza berbanding dengan bola sepak di negara-negara lain, begitu juga dengan golf dan tenis,” katanya. –Siakapkeli.my

Mengulas lanjut mengenai laporan tersebut yang tersebar secara meluas, Chong Wei berkata ia adalah perkara biasa bagi pengguna laman Facebook dan Twitter.

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...