loading...

Wednesday, 19 October 2016

Demi Bela Kekasih, Faye Label Wartawan Bodoh?

Faye 6

SEJAK semalam, kemelut perceraian penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta menjadi gosip paling hangat dibicarakan peminat industri hiburan.

Semua selepas Azmi yang juga pengarah drama membuat satu sidang media mendedahkan punca penceraiannya termasuk dirinya dikasari penyanyi itu.
Antara yang dilaporkan media, Azmi mendakwa Elly menumbuk, memukul dan sepak terajangnya di dalam kereta gara-gara cemburukan seorang pelakon wanita.
Berikutan laporan media itu, kekasih Azmi, Faye Kusairi meluahkan rasa tidak puas hatinya selain turut mendakwa wartawan yang melaporkan berita berkenaan sebagai bodoh di laman Twitter.
Selain itu, Faye yang membela Azmi turut mempersoalkan motif penulisan wartawan yang disifatkan sebagai berbaur provokasi.
“Surat akaun tu ada 20 pages, tapi hasil penulisan depa keluar benda berbaur provokasi. How stupid? mana pi cite pasal Azmi jaga Elly itu,” tulisnya
4-Wak-Doyok-Azrinaz-Mazhar-Hakim-Bertunang-jpeg-700x420
Status yang dimuat naik Faye turut mendapat perhatian Elly yang kemudian berkongsi ke dalam Instagram miliknya.
Rata-rata peminat Elly pula dilihat mengecam Faye dengan menyifatkannya sibuk campur masalah rumah tangga orang. – MYNEWSHUB.CC

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...